- Berita
- Pandu Uji
- Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia
Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia
Carz.com diberi peluang menyertai sesi pandu uji Festival Snow dan GWM Ice yang diadakan di kawasan pergunungan Changbai, China pada Januari lepas.
Menerusi program mencabar itu, wakil kami berpeluang menguji ketahanan GWM Tank 500 yang akhirnya berjaya membuktikan kehebatan kejuruteraan GWM.
Kejuruteraan mereka sebenarnya menunjukkan GWM Tank 500 ini mampu meredah pelbagai cabaran rupa bumi termasuk dalam apa jua keadaan cuaca.
Untuk makluman, GWM Tank 500 Hi4-Z serba baharu ini dikuasakan dengan enjin petrol 2.0 liter dan sistem pacuan empat roda elektrik (4WD).
Dengan dua motor elektrik, ia mampu menghamburkan kuasa setakat 851 hp dan tork 1,165 Nm.
Bagaimanapun, Tank 500 Hi4-Z yang dipandu uji ini sebenarnya tidak sama dengan unit pratonton yang didedahkan pada KL International Mobilit Show (KLIMS) 2024.
Tank 500 yang dilancarkan untuk pasaran Malaysia nanti akan dijual pada harga sekitar RM400,000.
Versi untuk kita dikatakan akan menampilkan enjin petrol 4 silinder pengecas turbo 2.0 liter yang dipasangkan dengan motor elektrik hibrid.
Ini membolehkan ia mampu menghamburkan kuasa setakat 346 hp dan tork 658 Nm – dimana hamburan tenaga yang diberikan itu sudah memadai untuk meredah trafik di ibu kota mahupun melakukan off-road.
Berbalik kepada acara itu, pelumba terkenal, Lu Binglong juga turut serta dalam sesi pandu uji Tank 500.
Berbalik kepada unit pandu uji, Tank 500 yang diuji itu dikatakan menggunakan suspensi adaptif dimana ia menawarkan pemanduan yang lebih selesa pada permukaan jalan yang beralun, berlubang mahupun berbatu.
Malah, GWM ada juga menampilkan ciri GWM Off-Road Alliance pada acara itu dimana ia bertujuan untuk menerokai laluan off-road.
Ia menjanjikan latihan dan pengalaman yang disesuaikan untuk meningkatkan pengembaraan tempatan.
Sistem cengkaman lanjutan yang ada pada jentera ini juga memastikan keyakinan dalam menangani rupa bumi yang tidak dapat diramalkan, sama ada di atas pasir pantai atau laluan berlumpur.
Ciri Off-Road Alliance yang akan diperkenalkan di Malaysia juga dijangka akan memberi tumpuan kepada kemahiran praktikal, seperti menavigasi tanjakan curam, menyeberangi jalan berair dan mengoptimumkan prestasi kenderaan.
Secara keseluruhannya, program pandu uji itu bukan hanya tentang mempamerkan kenderaan tetapi menunjukkan mengamalkan gaya hidup.
Komitmen GWM untuk memupuk komuniti dan mereka bentuk kenderaan untuk semua persekitaran sejajar dengan pemanduan di Malaysia nanti.
Selepas menyaksikan sendiri aksi jentera GWM Tank 500, kami cukup teruja untuk melihat bagaimana GWM akan mentakrifkan semula penggendalian jentera itu di Malaysia.
Gallery







Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari