Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

"Jangan Sewenangnya Batal Lesen Memandu Kerana OKU Mental." – Anthony Loke

Sofea Najmi

Kongsi melalui

THUMB-oku-mental-memandu.png


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook tidak setuju lesen memandu OKU mental dibatalkan sewenangnya


Hanya kerana mereka tergolong sebagai orang kurang upaya (OKU) mental, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak seharusnya membatalkan lesen memandu individu, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook. 


Menurut beliau, tidak semua OKU mental tidak layak untuk memandu, dan sebarang tindakan perlu dibuat secara teliti, berdasarkan kes tertentu.


Ujarnya, “Jangan generalisasi sebab ramai OKU yang mampu membawa kenderaan dengan selamat malah kita ada pemandu e-hailing pun daripada golongan OKU yang mungkin bisu, pekak dan sebagainya mereka pemandu e-hailing yang kita lesenkan.”


Beliau menambah bahawa lesen memandu adalah keperluan penting bagi OKU, sama ada untuk bekerja atau menjalankan urusan harian.


Pendekatan Berdasarkan Kes


pexels-pripicart-620335.jpg


Golongan OKU memerlukan kenderaan untuk pelbagai keperluan harian (Gambar hiasan)


Anthony menjelaskan bahawa jika terdapat kes terpencil melibatkan OKU mental yang tidak layak memandu, JPJ akan meneliti situasi tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya.


"Mereka adalah pemandu-pemandu yang baik jadi saya tak nak nanti satu kenyataan secara umum mangsakan yang lain. Jadi kalau ada kes-kes tertentu kita akan lihat dan ambil tindakan dengan sewajarnya," tambahnya lagi. 


Reaksi Terhadap Cadangan NGO


Anthony membuat kenyataan tersebut selepas sebuah NGO mencadangkan agar JPJ membatalkan lesen memandu individu yang disahkan sebagai OKU mental oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Presiden Persatuan Pengguna Jalan Raya Kebangsaan (PPJK), Fahami Ashrof Badaruddin, sebelum ini berkata bahawa membenarkan individu yang tidak waras memandu berpotensi menimbulkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain.


Kes Pukul OKU Mental 


Screenshot-2025-01-23-at-10.33.42 PM.png


Tangkap layar kes pukul OKU  yang tular baru-baru ini


Cadangan ini turut dikaitkan dengan insiden yang tular baru-baru ini, di mana seorang lelaki OKU mental berusia 47 tahun dipukul beberapa individu di Pasar Tani Padang Astaka Chukai. Kejadian tersebut menimbulkan perdebatan mengenai isu keselamatan berkaitan OKU mental.


Baca: Hati-Hati Ops Khas Tahun Baharu Cina 2025: JPJ Tumpu 9 Kesalahan

Tag:

LESEN MEMANDU
Lesen Memandu OKU
Lesen Memandu OKU Mental
Anthony Loke
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal

Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.

25-08-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Tips

Analisis: Lesen Seumur Hidup: Adakah Sudah Tiba Masa Ia Dikaji Semula?

Bukan Diskriminasi, Tapi Perlindungan: Kenapa Pemandu Veteran Perlu Disaring.

06-05-2026
Berita Auto

Kemalangan Babit Pemandu Veteran Kian Meningkat – Perlu Syarat Tambahan Pembaharuan Lesen?

Jumlah kemalangan jalan raya melibatkan pemandu warga emas di Malaysia semakin membimbangkan. Salah satu langkah yang dicadangkan untuk mengurangkan risiko ini ialah memperkenalkan syarat tambahan.

25-11-2024
Berita Auto

Permit Sekolah Memandu Dibatalkan Sekiranya Bagi Lesen 'Terbang'

Institut memandu yang terlibat dalam rasuah pengujian memandu akan menghadapi risiko pembatalan permit operasi.

23-06-2024
Berita Auto

JPJ Cari Syarikat & Pemilik Kenderaan Bagi Sewa Kepada Warga Asing

Padah menanti syarikat dan pemilik kenderaan yang menyewakan kenderaan kepada warga asing tanpa lesen memandu sah dan insurans kenderaan.

18-05-2024
Berita Auto

Warga Asing Beli Lesen Dari Media Sosial, Guna Nama Penduduk Tempatan Yang 'Baik Hati'

Semakin hari semakin ramai warga asing menggunakan kenderaan tanpa lesen memandu sah.

25-04-2024
Berita Auto

Kamera, Sensor Jadi 'Saksi' - Ujian Memandu Elektronik Dalam Fasa Percubaan

Sistem ujian pemanduan elektronik kini sedang diuji dalam fasa percubaan.

08-11-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026