Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Mercedes-Benz Malaysia Raikan Pelanggan Mercedes-AMG – Lapan Terpilih Ke Sweden & Jerman

Sofea Najmi

Kongsi melalui

4.-Vibrant-crowd-at-the-AMG-Celebration,-united-by-their-shared-enthusiasm-for-performance-and-automotive-excellence.jpg


Bukan satu, tetapi 14 model baharu dan facelift Mercedes-AMG diperkenalkan sepanjang tahun 2024 di pasaran Malaysia. Jumlah ini adalah yang tertinggi dalam tempoh setahun, mencerminkan komitmen  Mercedes-Benz Malaysia (MBM) untuk menawarkan pelbagai pilihan kereta berprestasi tinggi kepada pelanggan di negara ini. 


Majlis Eksklusif Untuk Pelanggan Setia


3.-Amanda-Zhang,-CEO-&-President,-Mercedes-Benz-Malaysia,-expressing-her-heartfelt-gratitude-to-the-Mercedes-AMG-family-for-their-unwavering-support-and-passion-for-the-brand.jpgweb_press_Mercedes-AMG-SL-63-4Matic-_launch_Malaysia_CariCarz_-65-full.jpg2024-Mercedes-AMG-G63-29-full.jpg


Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia, MBM mengadakan acara eksklusif “Drive To Thrill” hujung minggu lalu di Autohaus Hap Seng Star Balakong (HSS Balakong). Majlis ini diadakan khas untuk pemilik Mercedes-AMG yang mendaftar kenderaan mereka pada 2024.


Di majlis ini, antara model yang dipamerkan ialah kabriolet SL63 4Matic+ dan SUV G63, dua model terbaru dalam barisan Mercedes-AMG. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden MBM, Amanda Zhang yang menyampaikan pelbagai hadiah menarik kepada para tetamu.


Baca: Mercedes-AMG SL 63 4Matic+ Kini Di Pasaran Malaysia – Enjin V8 Cecah 585 HP, Dari RM1.9 Juta


Baca: Mercedes-AMG G63 2024 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM1.948 Juta


Hadiah Eksklusif Untuk Pelanggan Bertuah


1.-(5th-from-left)-Amanda-Zhang,-CEO-&-President,-Mercedes-Benz-Malaysia,-with-the-eight-AMG-Experience-on-Ice-winners.jpg


Selain barangan eksklusif dan slot untuk acara Mercedes-AMG Trackday, acara ini turut diserikan dengan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah istimewa. Hadiah utama yang mencuri tumpuan ialah perjalanan ke program AMG Experience On Ice, bernilai kira-kira RM50,000 seorang.


Sebanyak lapan pemenang dipilih untuk menikmati pengalaman memandu di atas ais di Lapland Sweden, berlatarbelakangkan keindahan Tasik Galtisjaure. Peserta akan mempelajari kemahiran pemanduan ekstrem menggunakan model berprestasi tinggi Mercedes-AMG di bawah bimbingan jurulatih pakar. Perjalanan ini turut merangkumi lawatan ke ibu pejabat Mercedes-AMG di Stuttgart, Jerman.


2.-(Right)-Sanjay-Pattis,-CEO-&-Team-Principal,-Racing-Aurora,-presenting-the-lucky-winner-with-exclusive-tickets-to-witness-the-Mercedes-AMG-GT-Racing-Aurora-compete-at-the-TSS-Thailand-Super-Series-in-Bangsaen-St.jpg


Selain itu, seorang pemenang bertuah juga memenangi peluang untuk menghadiri Thailand Super Series 2025 di Bangsaen sebagai tetamu pasukan Racing Aurora Mercedes-AMG, yang bersaing dalam siri perlumbaan tersebut.

Baca: Mercedes-AMG GT 63 Pro 4Matic+ Memukau – Jentera F1 Mercedes-AMG Petronas Jadi Inspirasi

Tag:

Drive To Thrill
Autohaus Hap Seng Star Balakong
Mercedes-Benz Malaysia (MBM)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Mercedes-Benz GLC 200 4Matic Bakal Tiba Di Malaysia

Seperti yang dijangkakan, Malaysia bakal menjadi antara pasaran penting yang bakal menerima kemasukan varian baharu peringkat asas bagi model SUV crossover premium, Mercedes-Benz GLC 200 4Matic.

07-11-2025
EV

Mercedes-Benz Malaysia, DC Handal Bekerjasama Perluas Rangkaian Pengecasan EV

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) memperkukuhkan jaringan pengecasan kenderaan elektrik (EV) di negara ini menerusi kerjasama dengan pengendali stesen pengecasan tempatan, DC Handal.

07-10-2025
Kereta Baru

Mercedes-AMG CLE 53 4Matic+ Coupe Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM722,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini secara rasmi telah melancarkan model terbaru dalam ‘keluarga’ coupe AMG, iaitu Mercedes-AMG CLE 53 4Matic+ Coupe.

10-09-2025
EV

Mercedes-Benz Malaysia Tawar Pelan Cas EV Bergerak – MB Platinum 5

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) memperkenalkan pelan langganan pengecasan, MB Platinum 5, khusus untuk pengguna kenderaan elektrik (EV) EQ.

26-08-2025
Kereta Baru

Dilancar: Mercedes AMG GT 63 4Matic+Coupe, Harga Berjuta, 585 Hp

MBM akhirnya melancarkan secara rasminya Mercedes-AMG GT Coupe generasi kedua ke pasaran tempatan., sebentar tadi.

05-06-2025
Kereta Baru

Mercedes-Maybach EQS SUV Dilancarkan – Dari RM1.08 Juta

Mercedes-Maybach EQS SUV kini rasmi diperkenalkan di Malaysia. Model ini ditawarkan di pasaran pada harga RM1.08 juta.

25-02-2025
Berita Auto

Khidmat Pemindahan Terminal MAS Guna Mercedes-Benz EQS 500 & S580e

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah menjalin kerjasama dengan syarikat induk Malaysia Airlines (MAS), Malaysia Aviation Group (MAG).

22-01-2025
EV

Mercedes-Benz Jalin Kerjasama Demi Menyediakan Pengecas EV Untuk Pelanggan

MBM turut memeterai kerjasama dengan beberapa CPO untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV yang lebih cekap di seluruh negara.

29-11-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Perhatian: Laluan Ke Lebuhraya WCE Ditutup Sementara Bermula Esok

Beberapa laluan di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) akan ditutup dan dilencongkan sementara bersempena penganjuran Klang Royal City Marathon 2025 pada Ahad, 9 November.

07-11-2025
Berita Auto

GWM Malaysia Tawar Hadiah Cabutan RM150,000, Pakej Waranti, 'Trade-In' Menarik

Sempena sambutan ulang tahun ketiga, Great Wall Motor (GWM) Malaysia mengumumkan pelbagai ganjaran yang mengujakan.

07-11-2025
Berita Auto

Harga Kereta Naik, Kerajaan Cari Kaedah Kurangkan Kesan Kenaikan Harga Kereta

Kerajaan sedang mengenal pasti kaedah terbaik bagi mengurangkan implikasi kenaikan harga kenderaan tempatan selaras penguatkuasaan peraturan cukai eksais P.U.(A) 402/2019.

07-11-2025
Berita Auto

Ramai Betul Tak Bayar Saman JPJ, JPJ Tawar Diskaun Saman 50% Pun Masih Liat Nak Bayar?

JPJ mendedahkan sebanyak 5.5 juta saman tertunggak atas pelbagai kesalahan lalu lintas di seluruh negara masih belum dijelaskan orang ramai setakat ini.

07-11-2025
Berita Auto

Kejadian Lubang Benam dI Pulau Pinang Bukan Disebabkan Projek LRT

Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri menafikan beberapa insiden lubang benam yang berlaku di Pulau Pinang dikaitkan dengan pembinaan projek Transit Aliran Ringan (LRT).

06-11-2025
Berita Auto

Jaecoo J5 & J7 PHEV Jadi 'Kanvas Seni' Di LahLahLand 2025

Omoda | Jaecoo Malaysia mencuri perhatian umum di festival gaya hidup LahLahLand 2025 dengan pameran dua SUV gah, Jaecoo J5 dan J7 PHEV.

06-11-2025
Berita Auto

Penggantungan Bas Aeroline: Bukti Polisi Pengangkutan Awam Malaysia 'Sudah Lapuk'?

Keputusan menggantung operasi bas ekspres premium, Aeroline, mendedahkan kelemahan mendalam dalam dasar pengangkutan awam Malaysia.

06-11-2025
Berita Auto

Kesesakan Dari Senawang-KL Bakal Selesai Tidak Lama Lagi

Kesesakan trafik dari Senawang menghala ke Kuala Lumpur bakal selesai apabila projek pembinaan susur keluar masuk (interchange) baharu di Nilai diluluskan dan dijadualkan bermula tahun hadapan.

06-11-2025