Mercedes-AMG G63 2024 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM1.948 Juta

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini telah melancarkan secara rasmi Mercedes-AMG G63 serba baharu bagi tahun 2024 sempena acara ‘Luxury Like No Other’ yang diadakan di Cycle & Carriage Mutiara Damansara. Model terkini G-Class dengan kod W465 ini ditawarkan di pasaran pada harga RM1.948 juta di atas jalan (tanpa insurans dan pilihan atau aksesori tambahan lain), iaitu sekitar RM150,000 lebih tinggi berbanding model terdahulu.


Mercedes-AMG G63 ini merupakan satu-satunya varian G-Class yang ditawarkan di pasaran tempatan dan mengekalkan enjin 4.0 liter V8 turbo kembar seperti model sebelumnya, namun kini dilengkapi dengan sistem hibrid ringan 48 volt (MHEV).
Menggunakan penjana pemula jenis tali sawat (BSG), sistem MHEV ini memberikan kuasa tambahan sebanyak 20 ps dan 200 Nm kepada output asal enjin yang menghasilkan 585 ps dan 850 Nm. Enjin ini juga digandingkan dengan transmisi automatik AMG Speedshift 9 kelajuan yang membolehkan SUV gergasi dengan berat mencecah 2.6 tan ini membuat pecutan daripada 0-100 km/j dalam masa hanya 4.4 saat, dengan kelajuan maksimum yang dihadkan pada 240 km/j.
Kekal Dengan Reka Bentuk Ikonik




Walaupun G63 baharu ini menerima peningkatan dari segi enjin dan suspensi AMG Active Ride Control untuk keselesaan pemanduan yang lebih baik, reka bentuknya tidak banyak berubah dan kekal menawan.
Perubahan kecil bagaimanapun masih dapat dilihat terutamanya di bahagian bampar hadapan dan belakang yang direka semula dengan liang kemasukan udara yang lebih besar di bahagian hadapan, serta bucu yang lebih aerodinamik. G63 baharu ini juga mengekalkan elemen eksklusif AMG seperti gril hadapan Panamericana, ekzos sisi berkembar, brek AMG dengan rotor beralur silang (cross-drilled) serta kaliper berwarna merah dan rim aloi AMG bersaiz 22 inci.
Kemewahan Kabin yang Ditingkatkan dengan Teknologi Terbaru




Bahagian kabinnya turut diberikan sentuhan AMG, termasuk stereng gentian karbon yang sporty, menu kluster instrumen AMG, serta logo AMG yang menonjol di pelbagai sudut. G63 2024 ini juga diberikan dua skrin MBUX 12.3 inci yang menyokong sambungan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar, serta sistem Offroad Cockpit terkini.
Antara kemudahan mewah lain termasuk tempat duduk berbalut kulit Nappa dengan fungsi pemanasan, pengudaraan serta urutan, skrin 11.6 inci untuk penumpang belakang dan sistem audio Burmester dengan 15 pembesar suara.
Harga & Jaminan


Model ini dipasang di kilang Mercedes-Benz di Magna Steyr, Austria sebelum dibawa masuk ke Malaysia. Pembelian Mercedes-AMG G63 serba baharu yang berharga RM1.948 juta ini disertakan dengan jaminan tanpa had perbatuan selama empat tahun dari MBM.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA8460
SELANGOR
BSQ4632
JOHOR
JYX5766
PULAU PINANG
PSC6242
PERAK
APH8048
PAHANG
CFG6455
KEDAH
KGG2927
NEGERI SEMBILAN
NEK5306
KOTA KINABALU
SJS1439
KUCHING
QAB9230N
Terakhir Kemas Kini 03 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000
Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.
22-05-2026
Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'
Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.
22-05-2026
RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup
GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.
21-05-2026
DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k
Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.
21-05-2026
Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?
Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid
15-05-2026
Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?
Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.
14-05-2026
Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?
Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.
13-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

