Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pusat 3S Jaecoo Kini Di PJ

Suhana Veru

22-1-2025

Kongsi melalui

image.png

Jaecoo Malaysia baru sahaja membuka Pusat 3S di Seksyen 13, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Lokasinya yang strategik dikatakan dapat   memenuhi keperluan pelanggan dari kawasan sekitar seperti Bandar Utama, Damansara, Mont Kiara, Hartamas, Bangsar, TTDI dan Petaling Jaya.

Fasiliti yang dikendalikan oleh EVENERGY Auto Sdn Bhd menawarkan kemudahan 3S (Sales, Service & Spare Parts) dan terdapat juga sebuah pusat servis satelit berkeluasan 6,000 kaki persegi.

Naib Presiden JAECOO Malaysia, Emily Lek berkata, pihaknya sedang mentakrifkan semula kemewahan yang boleh dicapai dalam pasaran.

image.png

“Ia diterapkan daripada reka bentuk kenderaan,  pengedar sehinggalah kepada  pengalaman pemilikan yang luar biasa untuk pelanggan,” katanya.

Untuk makluman, fasiliti baharu ini turut mempamerkan barisan SUV premium JAECOO, termasuk JAECOO J7 dan C9 dalam varian AWD dan 2WD.

Maka, Jaecoo  Malaysia turut menjangkakan lebih 300 pengunjung setiap bulan, yang mana pusat 3S ini dikendalikan oleh pasukan penasihat jualan profesional yang akan memberi penerangan produk dan mengatur sesi pandu uji.

image.pngimage.png

Selain itu, terdapat juga ruang lounge eksklusif, lengkap dengan akses internet berkelajuan tinggi, kemudahan kopi dan teh, serta suasana moden.

Bukan itu sahaja, ia turut menawarkan lima ruang servis yang dilengkapi peralatan moden, gudang alat ganti asli JAECOO.

Untuk keterangan lanjut, layari  www.jaecoo.com.my.


Gallery

Tag:

Jaecoo Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

06-05-2025
Global

28-04-2025
Berita Auto

25-04-2025
Berita Auto

08-04-2025
Kereta Baru

26-03-2025
Berita Auto

21-03-2025
Kereta Baru

17-03-2025
Kereta Baru

28-02-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Sidang Kemuncak ASEAN: Kakitangan Kerajaan Boleh Kerja Dari Rumah

Penjawat awam boleh memohon untuk bekerja dari rumah.

07-05-2025
Berita Auto

Stesen LRT Glenmarie: Lokasi Pencuri Bateri Kereta

Stesen LRT Glenmarie kini menjadi sasaran pencuri bateri kereta.

07-05-2025
Berita Auto

Apa Yang Menarik Di Malaysia Autoshow 2025 Pada 9-15 Mei Nanti?

Pameran automotif tahunan terbesar negara, Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) kembali tahun ini dengan tema baharu ‘Shifting The Future’.

07-05-2025
Berita Auto

Viral: Wanita Maut Tercampak Keluar Dari Van, Ini Pula Kata Polis!

Wanita maut dipercayai tercampak keluar van di tepi KESAS.

06-05-2025
Berita Auto

Jualan Proton Melonjak Kepada 12,692 unit Bulan Lepas, e,MAS Dahului Jualan EV

Jualan Proton melonjak sebanyak 12,692 unit pada bulan lepas.

06-05-2025
Berita Auto

Ada Berita Baik Untuk Pencari Kerja, Projek ECRL Bakal Tawar 3,200 Peluang Pekerjaan

Projek ECRL bakal mewujudkan lebih 3,200 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

06-05-2025
Berita Auto

'Content Creator' & Golongan Profesional Boleh Beli Jaecoo J7 Dengan Diskaun Khas

Jenama kenderaan premium dari China, Jaecoo Malaysia, hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Program Rakan Profesional atau Professional Affiliates Programme (PAP).

06-05-2025
Berita Auto

Projek ECRL Telah Capai Kemajuan Lebih 80%

Projek ECRL yang merentasi empat negeri telah mencapai kemajuan keseluruhan sebanyak 82.45 peratus sehingga April 2025.

06-05-2025