- Berita
- Berita Auto
- Stesen LRT Glenmarie: Lokasi Pencuri Bateri Kereta
Hati-hati parkir kereta di sekitar stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Glenmarie, Shah Alam. Ini kerana lokasi terbabit menjadi sasaran pencuri bateri kereta.
Perkara itu dikongsikan seorang mekanik, @Batterikuttdishahalam, yang menasihatkan orang ramai supaya tidak meninggalkan pesanan kepada pemilik kenderaan meletakkan kenderaan di kawasan sunyi berhampiran semak samun di stesen LRT berkenaan.
“Kalau boleh janganlah parkir bahagian atas bukit ini. Memang parkir tidak banyak, tetapi kalau boleh cari tempat lain sebab di sini sudah banyak kes bateri hilang,” katanya.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman masing-masing.
“Saya pernah parking, tingkap (kereta) belah kiri kena pecah. Habis semua dia (penjenayah) selongkar tapi itulah tiada apa (barangan) yang diambil sebab tiada yang berharga cuma trauma,” kongsi @Nurin.
“Saya pun sudah kena (jadi mangsa) tahun lepas dan pada waktu itu kereta masih baharu,” kata @Anna.
Gallery


Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari