- Berita
- Berita Auto
- Rakyat Malaysia Liat Bayar Saman, 6 Juta Saman JPJ Tidak Dibayar, Jangan Ingat Boleh Terlepas
Rakyat Malaysia Liat Bayar Saman, 6 Juta Saman JPJ Tidak Dibayar, Jangan Ingat Boleh Terlepas

Data yang dikeluarkan Jabatan pengangkutan Jalan (JPJ) menunjukkan masih 6 juta saman masih belum dibayar sekali gus membuktikan rakyat Malaysia liat untuk membayar saman.
Angka itu membabitkan saman tertunggak daripada 2010 hingga Oktober tahun lalu dimana ia melibatkan atas pelbagai kesalahan.
Antaranya, memandu laju, melanggar lampu merah dan mengabaikan peraturan lalu lintas yang menjadi penyumbang utama kepada peningkatan jumlah saman dikeluarkan.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli memberitahu Utusan Malaysia bahawa sekatan, seperti larangan memperbaharui lesen memandu atau cukai jalan kenderaan boleh dikenakan kepada mereka yang mempunyai saman tertunggak dan masih keberatan untuk membayarnya.
"Ia adalah antara tindakan yang boleh diambil JPJ terhadap orang ramai yang gagal menyelesaikan saman tertunggak mereka," katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai untuk mengambil kesempatan daripada diskaun istimewa yang diumumkan oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke sebelum ini yang berterusan sehingga Jun tahun ini.
"Kami menawarkan diskaun saman istimewa RM150 untuk tiga kategori saman di bawah Seksyen 53A Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), termasuk saman daripada kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS), saman di bawah Notis 114, dan saman di bawah Notis 115.
"Bagi tiga kategori saman ini, orang ramai dikehendaki membayar RM300. Saya menggesa rakyat Malaysia untuk memanfaatkan peluang ini kerana ia adalah tawaran sekali sahaja.
Untuk makluman, rekod saman tertunggak tertinggi dicatatkan tahun lalu sebanyak RM286.2 juta berbanding RM203.38 juta pada 2023 dan RM86.88 juta pada 2022; RM29.98 juta pada 2021 dan RM8.86 juta pada 2020.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/