Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Tempahan Volvo EX30 Versi CKD Kini Dibuka – Tiada Lagi Varian Plus, Dari RM208,888

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_CariCarz_MA_Volvo-EX30-launch_-5.jpg


Volvo EX30 versi import sepenuhnya (CBU) dilancarkan pada September tahun lalu. 


Volvo Car Malaysia kini telah membuka tempahan bagi SUV elektrik kompak, EX30 versi pemasangan tempatan (CKD) dalam dua varian, Ultra dan Ultra Twin Performance dengan harga bermula daripada RM208,888.


Untuk makluman pembaca, semasa pertama kali dilancarkan di pasaran Malaysia pada September 2024, tiga varian versi import (CBU) ditawarkan. Ini bermaksud tiada varian asas, Plus versi CKD dijual buat masa ini. 


TRENKUASA VOLVO EX30


web_CariCarz_MA_Volvo-EX30-launch_-2-full.jpg


Varian Ultra menggunakan satu motor elektrik yang dipasang pada gandar belakang (RWD) dengan kuasa 268 hp dan 343 Nm. Masa yang diambil untuk membuat pecutan 0-100 km/j hanya 5.3 saat.


Manakala, varian lebih tinggi, Ultra Twin Performance dilengkapi dengan dua motor elektrik pacuan semua roda (AWD) yang menghasilkan output sistem keseluruhan sebanyak 422 hp dan 543 Nm, membolehkannya bergerak jauh lebih laju dari 0-100 km/j dengan catatan masa hanya 3.6 saat. 


Kedua-dua varian EX30 dikuasakan oleh bateri NMC 69 kWj yang boleh dicas dengan pengecas AC 11 kW dan DC 153 kW. Menggunakan pengecas pantas DC, masa yang diambil untuk dicas dari 10-80% hanyalah 28 minit. Dengan cas penuh, varian satu motor boleh mencapai jarak EV sehingga 473 km dan varian dua motor pula 450 km. 


REKAAN VOLVO EX30


web_CariCarz_MA_Volvo-EX30-launch_-8.jpgweb_CariCarz_MA_Volvo-EX30-launch_-11.jpgweb_CariCarz_MA_Volvo-EX30-launch_-6.jpg


Dibangunkan berdasarkan platform SEA dari Geely sama seperti smart #1 dan smart #3 namun lebih kecil berbanding kedua-dua model tersebut, EX30 berukuran 4,233 mm panjang, 1,836 mm lebar, 1,550 mm tinggi dengan jarak roda 2,650 mm. Berdasarkan ukuran ini, SUV ini juga jelas lebih kecil daripada C40 dan XC40.


Secara visualnya, EX30 tampil menyerlah dengan sentuhan rekaan minimalis Skandinavia seperti lampu LED penuh dengan motif piksel, serta lampu nyalaan siang (DRL) berbentuk tukul Thor yang ikonik. Sudut belakang juga menonjol dengan lampu piksel yang kelihatan unik.


KABIN VOLVO EX30


web_TA_FirstDrive_Volvo-EX30_.jpgweb_TA_FirstDrive_Volvo-EX30_-54.jpg


EX30 dilengkapi dengan teknologi seperti skrin infotainmen 12.3 inci yang diletakkan pada kedudukan potret dengan sistem operasi Google, tempat duduk hadapan yang boleh dilaraskan secara automatik, kawalan suhu dua zon, pencahayaan ambien dan sistem audio premium Harman Kardon.


web_TA_FirstDrive_Volvo-EX30_-48.jpgweb_TA_FirstDrive_Volvo-EX30_-44.jpg

web_TA_FirstDrive_Volvo-EX30_-40.jpgweb_TA_FirstDrive_Volvo-EX30_-37.jpgweb_TA_FirstDrive_Volvo-EX30_-43.jpgweb_TA_FirstDrive_Volvo-EX30_-32.jpg


Diberikan sentuhan minimalis, ruang kabin model ini kelihatan lapang dan ringkas tanpa butang kawalan fizikal pada pintu dan konsol tengah. Suis kawalan tingkap dan pendingin hawa diletakkan pada perehat tangan, manakala kawalan untuk cermin sisi dan pendingin hawa pula di dalam sistem infotainmen. 


CariCarz_SN_Volvo-EX30-Launched-in-Malaysia_26.jpegCariCarz_SN_Volvo-EX30-Launched-in-Malaysia_25.jpeg


Sentuhan premium dapat dilihat pada segenap sudut dengan penggunaan  plastik sentuhan lembut dan kulit faux dan bukannya plastik keras seperti pesaingnya. 


CIRI KESELAMATAN VOLVO EX30


Dari segi keselamatan, EX30 didatangkan dengan ciri bantuan pemandu separa autonomi (ADAS). Antara yang menarik adalah bantuan parkir terkini, Pilot Assist yang telah diperbaik, pengelak pelanggaran, kamera dan sensor untuk memudahkan pengawasan 360 darjah dan banyak lagi.


HARGA JUALAN  & JAMINAN PEMBELIAN VOLVO EX30 VERSI CKD


web_CariCarz_MA_Volvo-EX30-launch_WA_.jpg


Varian Plus serta warna Moss Yellow seperti yang dipaparkan di atas tidak ditawarkan dalam versi CKD


Volvo EX30 ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Cloud Blue, Vapour Grey dan Crystal White dengan harga bermula daripada RM208,888 untuk varian Ultra dan RM228,888 untuk varian Ultra Twin Performance. Penghantaran model CKD ini akan dimulakan dalam minggu kedua Januari 2025. 


Pembelian adalah termasuk jaminan kenderaan selama 5 tahun tanpa had perbatuan serta jaminan bateri voltan tinggi selama 8 tahun atau 160,000 km. Dalam tempoh jaminan bateri, pelanggan boleh mendapatkan pembaikan atau penggantian percuma sekiranya kapasiti bateri jatuh di bawah 70%. 


Turut ditawarkan ialah sokongan selepas jualan yang komprehensif di bawah Pelan Servis Volvo Car (VSP) yang merangkumi penggantian penapis udara kabin, pemeriksaan cecair brek, penggantian bilah pengelap dan kemas kini perisian sehingga 5 tahun atau 100,000 km. Ini juga termasuk bahagian wear-and-tear seperti pad dan cakera brek. 


Pelanggan yang membeli EX30 turut dilindungi di bawah program bantuan jalan raya 24 jam selama 5 tahun, termasuk perkhidmatan tunda ke pusat servis Volvo. 

Tag:

Volvo EX30
EX30
Volvo EX30 CKD
Volvo CKD
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru
Volvo EX30 Kini Rasmi Di Malaysia – 3 Varian, Dari RM188,888

Volvo EX30 Kini Rasmi Di Malaysia – 3 Varian, Dari RM188,888

Volvo Car Malaysia hari ini telah melancarkan secara rasmi SUV elektrik kompak, EX30, untuk pasaran Malaysia. Ini spesifikasinya...

25-09-2024
Pandu Uji
[PANDU UJI] 6 Perkara Menarik Tentang EV Kompak Volvo EX30

[PANDU UJI] 6 Perkara Menarik Tentang EV Kompak Volvo EX30

Kami berpeluang untuk memandu uji Volvo EX30 dan ini ENAM sebab mengapa Volvo EX30 patut dipertimbangkan...

16-09-2024
EV
SUV Kompak Elektrik, Volvo EX30: Pendaftaran Minat Pasaran Malaysia Kini Dibuka

SUV Kompak Elektrik, Volvo EX30: Pendaftaran Minat Pasaran Malaysia Kini Dibuka

Volvo Car Malaysia (VCM) akan memperkenalkan Volvo EX30 tidak lama lagi?

12-08-2024
EV
Volvo EX30: EV Kecil Yang Tidak Sempit, Ini Rahsianya…

Volvo EX30: EV Kecil Yang Tidak Sempit, Ini Rahsianya…

Ini bagaimana kabin kereta bersaiz kecil, EX30, direka untuk memaksimumkan keselesaan.

11-06-2023
EV
Bak Kata Orang Kecil-Kecil Cili Api

Bak Kata Orang Kecil-Kecil Cili Api

Biarpun, SUV paling kecil tapi yang penting mampu milik.

08-06-2023
EV
Info Penting Volvo EX30 Terbongkar! Berpunca Laman Web Rasmi Volvo Sendiri?

Info Penting Volvo EX30 Terbongkar! Berpunca Laman Web Rasmi Volvo Sendiri?

Beberapa info penting Volvo EX30 terbongkar! Klik untuk pendedahannya...

29-05-2023
EV
[FOTO] Volvo EX30: EV Terkecil Volvo Bakal Diperkenalkan 7 Jun Ini

[FOTO] Volvo EX30: EV Terkecil Volvo Bakal Diperkenalkan 7 Jun Ini

EX30 akan didedahkan lebih awal, pada 7 Jun 2023. Jom lihat video dan foto teaser EV terkecil Volvo.

10-05-2023
EV
EV Terkecil & Termurah Volvo, EX30, Bakal Diperkenalkan Jun 2023, Sasar Golongan Muda

EV Terkecil & Termurah Volvo, EX30, Bakal Diperkenalkan Jun 2023, Sasar Golongan Muda

Syarikat pengeluar kereta daripada Sweden, Volvo, akan memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) terbaharu.

24-01-2023

Berita Terkini

Kereta Baru
Kia Carnival Facelift Bakal Tiba Di Malaysia – Ada Versi Hibrid?

Kia Carnival Facelift Bakal Tiba Di Malaysia – Ada Versi Hibrid?

Tidak sampai sebulan selepas syarikat jualan nasional (NSC) baharu ditubuhkan, Kia Sales Malaysia (KSM) nampaknya sudah bersedia untuk ‘menggegarkan’ pasaran tempatan.

09-01-2026
Kereta Baru
Proton X70 2026 Kini Rasmi: Kabin & Enjin Lebih Senyap, Jimat Minyak, Dari RM99.8K!

Proton X70 2026 Kini Rasmi: Kabin & Enjin Lebih Senyap, Jimat Minyak, Dari RM99.8K!

Proton secara rasmi melancarkan Proton X70 2026. Tampil dengan pelbagai penambahbaikan mekanikal dan teknologi, model ini memperkukuh kedudukannya sebagai SUV premium mampu milik paling berbaloi di pasaran.

08-01-2026
Kereta Baru
Kelibat Mitsubishi XForce Dikesan Di Shah Alam, Maknanya Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi!

Kelibat Mitsubishi XForce Dikesan Di Shah Alam, Maknanya Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi!

Mitsubishi XForce akhirnya telah selamat mendarat di Malaysia apabila beberapa imej menunjukkan SUV kompak segmen B itu diturunkan dari sebuah lori pengangkut di Shah Alam, Selangor.

05-01-2026
Kereta Baru
Volvo ES90 Bakal Dilancar Bulan Ini Tetapi ROI Sudah Dibuka!

Volvo ES90 Bakal Dilancar Bulan Ini Tetapi ROI Sudah Dibuka!

Volvo Car Malaysia mengumumkan pihaknya sudah membuka pendaftaran minat (ROI) untuk model terbaharunya, Volvo ES90.

02-01-2026
Kereta Baru
Ini Dia Satu Lagi Pencabar Sengit Proton X50, HR-V, Lepas L4, Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi

Ini Dia Satu Lagi Pencabar Sengit Proton X50, HR-V, Lepas L4, Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi

Lepas L4 yang bakal dilancarkan pada suku pertama tahun ini adalah salah satu pencabar sengit buat Proton X50 dan Honda HR-V.

01-01-2026
Kereta Baru
Pendaftaran Minat Jaecoo J5 Kini Dibuka – Lancar Jan 2026 Nanti?

Pendaftaran Minat Jaecoo J5 Kini Dibuka – Lancar Jan 2026 Nanti?

OMODA | JAECOO Malaysia secara rasmi telah membuka laman pendaftaran minat (ROI) bagi model terbarunya, Jaecoo J5.

17-12-2025
Kereta Baru
Perodua Traz Dilancarkan, Ada 2 Varian, Harga Bermula Serendah RM76,100

Perodua Traz Dilancarkan, Ada 2 Varian, Harga Bermula Serendah RM76,100

Perodua melancarkan secara rasminya, Perodua Traz yang dinantikan sejak sekian lama di pasaran tempatan, sebentar tadi.

17-12-2025
Kereta Baru
EV TQ Wuling Bingo Dilancarkan Di Malaysia – Kecil Tapi Praktikal, Dari RM62,800 Dengan Rebat

EV TQ Wuling Bingo Dilancarkan Di Malaysia – Kecil Tapi Praktikal, Dari RM62,800 Dengan Rebat

Selepas beberapa kali dipertontonkan di Malaysia, kenderaan elektrik (EV) bersaiz kompak, TQ Wuling Bingo akhirnya dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan.

17-12-2025