Link Copiedcheck_circle
EV

EV Perodua Dijual Tanpa Bateri, Ini Penjelasan Perodua..

Suhana Veru

10-2-2025

Kongsi melalui

image.png

Pada minggu lepas, kecoh mengenai kenderaan elektrik pertama Perodua yang bakal dijual pada harga RM80,000, berkemungkinan besar akan dijual tanpa bateri.

Namun ini tidak bermakna, EV Perodua tidak didatangkan bateri tetapi Perodua tampil dengan konsep yang cukup berbeza memandangkan Perodua akan melaksanakan Skim Pajakan Bateri secara pajakan atau leasing.

Bercakap mengenai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PEROFUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad mengakui cara menawarkan EV mereka  pada harga  RM80,000 itu adalah menjualnya tanpa bateri.

"Bateri akan disewa secara pajakan atau 'leasing' kepada pembeli," katanya ringkas kepada media.

Ini bermakna, pembeli  akan membeli EV itu tetapi membayar "sewa" untuk bateri kerana ia milik Perodua.

image.pngimage.png

Difahamkan, skim pajakan bateri EV menyebabkan harga EV Perodua dijual pada harga mampu milik namun pada masa sama menjamin pemilik agar sentiasa mendapat bateri dalam keadaan terbaik.

"Untuk projek EV ini, Perodua menggunakan teknologi yang dibangunkan sendiri dengan bantuan dari vendor-vendor tempatan dan luar negara," katanya.

Di sebalik idea ini, PERODUA adalah syarikat pertama di Malaysia yang hadir dengan konsep yang cukup berbeza dengan menjual EV pada harga marhaen dan si pembeli pula dikehendaki menyewa bateri secara berasingan.

Langkah ini dilihat bertujuan untuk menangani kebimbangan para pembeli terutamanya dari segi  masalah penurunan prestasi bateri (battery degradation). 

image.png

Apa yang cukup menarik ialah apabila bateri mengalami masalah, bateri akan ditukar secara percuma.

Pendek kata, ia seolah-olah para pembeli diberi waranti untuk semur hidup!

Di sebalik skim leasing, ini bermakna, tindakan mengitar semula bateri itu  akan menjadi tanggungjawab sepenuhnya oleh pihak pengeluar.

Apa pula pandangan anda mengenai idea Perodua yang menjual EV tanpa bateri?

Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini. 

Gallery

Tag:

Perodua
EMO Concept
PERODUA EMO
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Jualan Perodua Bakal Melonjak Sebab Peraturan Eksais 2025 Ditangguh!

Perodua dikatakan akan terus menguasai pasaran automotif tempatan.

29-04-2025
Berita Auto

Perodua: Kerjasama Dimeterai Untuk Dapatkan Akses Pengesahan Pengguna

Ia adalah sebahagian usaha Perodua dalam menambahbaik perjalanannya ke arah transaksi tanpa tunai.

19-03-2025
Berita Auto

Jualan Kereta Bukan Nasional Menyusut Tapi Lain Pula Buat Kereta Nasional

Nampaknya, jualan kenderaan bukan nasional mencatatkan penurunan yang agak ketara, namun PERODUA kekal menunjukkan prestasi yang stabil di pasaran.

14-03-2025
Berita Auto

Perodua: 68,000 Tempahan Masih Belum Diselesaikan

Seramai 28,000 daripada 68,000 pembeli sudah pun mempunyai surat aku janji dikeluarkan tanpa stok.

12-02-2025
Berita Auto

Perodua Berjaya Jual 5.1 Juta Kereta, Perodua Pilihan Rakyat Malaysia!

Dalam tempoh 30 tahun, jualan Perodua mencecah 5.1 juta unit.

10-02-2025
Berita Auto
Berita Auto

Perodua Gandakan Perbelanjaan CAPEX, Mahu Tambah Baik Kilang, R&D

Peruntukan itu akan digunakan untuk menambah baik kilang, peningkatan kapasiti tera (stamping) serta pembangunan model baharu dan perkakasan.

07-02-2025
Berita Auto

Jualan TIV Meningkat 816,747 Unit Dalam Sejarah Automotif Sebab Ramai Beli Perodua?

TIV melepasi angka 800,000 unit buat pertama kali dalam sejarah automotif.

21-01-2025

Berita Terkini

EV

Bateri CATL Tidak Boleh Terbakar, Meletup

CATL mengesahkan bahawa baterinya tidak boleh terbakar atau meletup, walaupun berlaku kegagalan haba dalaman .

02-05-2025
EV

Pameran Pertama Denza Malaysia Gegar TRX, Ini Yang Menarik

Denza Malaysia membuat kemunculan umum pertamanya di khalayak ramai setelah memasuki pasaran negara secara rasmi pada Februari lalu.

02-05-2025
EV

Toyota bZ3X: SUV Elektrik China yang Mampu Gegar Pasaran Global

Toyota terus melangkah berani dalam dunia kenderaan elektrik (EV) apabila memperkenalkan model bZ3X di Auto Shanghai 2025.

02-05-2025
EV

Pengeluaran Isuzu D-Max EV Dimulakan – Dua Motor, 66.9 kWj, Cecah 361 KM

Isuzu secara rasmi memperkenalkan trak pikapnya yang terlaris di pasaran, D-Max, dalam versi elektrik (EV).

02-05-2025
EV

Imej Teaser Sudah Mula Keluar, iCaur 03 Bakal Ditunjuk Di MAS 2025

iCaur 03 sebelum ini telah dipratonton pada tahun lepas di MAS 2024 sebagai Jaecoo J6.

30-04-2025
EV

Teksi Ikonik London Curi Perhatian – Mesra OKU, Jarak Hampir 500 KM!

Kalau berkunjung ke London, pasti anda tidak akan terlepas pandang teksi hitam ikonik yang menjadi lambang kota itu, teksi TX5.

30-04-2025
EV

Ini 2 Sebab Jualan EV Sukar Meningkat Di Malaysia

EV sebenarnya semakin mendapat sambutan, namun masih ada dua perkara utama yang menghalang penjualannya.

28-04-2025
EV

Auto Shanghai 2025: Panda Knight, Model Ranggi Yang Kecil Dari Axia

Diperkenalkan di pasaran China pada harga sekitar RM32,350, Panda Knight tampil ranggi dengan gaya seperti sebuah jentera off-road.

26-04-2025