Link Copiedcheck_circle
EV

Mazda 6e Bakal Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Pasaran Seterusnya?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_MA_CariCarz_AutoChina2024_Mazda-EZ-6_-1.jpg


Baru-baru ini, Mazda mengumumkan bahawa Mazda 6e, yang dikenali sebagai EZ-6 di China, bakal memasuki pasaran Thailand tidak lama lagi memandangkan permintaan terhadap kenderaan elektrik (EV) semakin meningkat di negara tersebut.


Sasar Ulangi Kejayaan di China


web_MA_CariCarz_AutoChina2024_Mazda-EZ-6_-3.jpg


Mazda EZ-6 mula dilancarkan di China pada 26 Oktober tahun lalu, dan berjaya mencatatkan jualan sebanyak 2,445 unit pada November, menjadikannya salah satu daripada tiga sedan tenaga baharu paling laris di negara tersebut. 


Di China, EZ-6 ditawarkan dalam tujuh varian dengan harga antara RMB139,800 hingga RMB179,800 (~RM91,000 hingga ~RM117,000).


Trenkuasa BEV & EREV


web_MA_CariCarz_AutoChina2024_Mazda-EZ-6_-5.jpgweb_MA_CariCarz_AutoChina2024_Mazda-EZ-6_-2.jpg


Mazda EZ-6 di China hadir dalam dua pilihan trenkuasa iaitu versi bateri elektrik sepenuhnya (BEV) atau elektrik jarak lanjutan (EREV). Versi BEV dilengkapi motor 190 kW dengan jarak pemanduan antara 480 km hingga 600 km, manakala EREV pula menggunakan enjin 1.5 liter yang dipadankan dengan motor 160 kW, membolehkan jarak keseluruhan sehingga 1,301 km.


Kabin Premium


1400x0_1_q95_autohomecar__ChtlyGYmqGeAWiD3ACmuryDPmhA551.jpg

1400x0_1_q95_autohomecar__ChxoHWYmqH-AGG4nADH_w_yMcpM284.jpg1400x0_1_q95_autohomecar__ChxoHWYmqIqAP6T5ACwP_b2UFds495.jpg


Ruang kabinnya menawarkan pengalaman pemanduan premium dengan beberapa ciri menarik, antaranya skrin infotainmen 14.6 inci, papar pandu AR, sistem audio Sony dan tempat duduk rekaan zero-gravity atau graviti sifar yang ergonomik untuk keselesaan maksimum.


Baca: Mazda CX-60 Rally Concept Diperkenalkan – Kerusi 'Bucket' Karbon Recaro, Spoiler


Pelaburan Besar di Thailand


Bagi memperkukuh operasinya, Mazda bersama rakan kongsinya di Thailand telah mengumumkan pelaburan bernilai THB 5 bilion (~RM658.7 juta) untuk menaik taraf fasiliti pemasangan mereka di negara itu.


Kilang ini akan mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 100,000 unit, dengan tumpuan kepada pengeluaran SUV kompak untuk pasaran domestik dan eksport ke Jepun serta negara ASEAN lain.


Mazda 6e Berpotensi Dieksport ke Malaysia?


Mazda merancang untuk melancarkan lima model elektrifikasi menjelang 2027, termasuk Mazda 6e, menerusi kerjasama dengan Changan Automobile.


Dengan pengesahan pengeluaran model ini di Thailand, tidak mustahil Mazda 6e akan turut dieksport ke Malaysia.

Sumber: CarNewsChina

Baca: Mazda & Toyota Bergabung Bangunkan RX & Supra?

Tag:

Mazda Thailand
Mazda EZ-6
Mazda 6e
Mazda EV
Kenderaan Elektrik
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Mazda MX-5 Miata 35th Anniversary Edition Rasmi Di Thailand – Malaysia Seterusnya?

Mazda secara rasmi telah melancarkan MX-5 35th Anniversary Edition atau Edisi Ulang Tahun ke-35 di Thailand.

03-04-2025
EV

Mazda EZ-6 Sports Edition Diperkenalkan Di China – Lebih Agresif & Menyerlah

Changan Mazda telah mendedahkan Mazda EZ-6 Sports Edition yang tampil lebih agresif.

19-05-2025
EV

Auto China 2024: EV Mazda EZ-6 Pengganti Sedan Mazda 6 Masuki Fasa Pengeluaran Sebelum 2025

Menjadi perhatian ramai semasa pameran automotif Auto China 2024 minggu ini ialah Mazda EZ-6. Ini yang menarik...

26-04-2024
EV

Mazda 6e Diperkenalkan Untuk Pasaran Eropah – Sedan 'Rebadge' EZ-6 Dari China?

Pasaran Eropah bakal menerima kedatangan model kenderaan elektrik (EV) baharu, Mazda 6e, menjelang hujung tahun ini. Sedan elektrik ini merupakan Mazda EZ-6 yang diberikan penjenamaan semula (rebadge) dari China.

14-01-2025
EV

Mazda EZ-6 Sports Edition Diperkenalkan Di China – Lebih Agresif & Menyerlah

Changan Mazda telah mendedahkan Mazda EZ-6 Sports Edition yang tampil lebih agresif.

19-05-2025
EV

Mazda-CATL Sasar Hasilkan EV Baharu Dengan Pantas, Selamat

Mazda Motor Corporation mengumumkan kerjasama dengan pengeluar bateri terkemuka China, Contemporary Amperex Technology Co., Ltd. (CATL).

14-05-2025
EV

Mazda EZ-60 Didedah: SUV Elektrik Futuristik Ini Bakal Gegar Auto Shanghai 2025

Mazda telah mendedahkan imej rasmi model elektrik terbarunya, Mazda EZ-60.

11-04-2025
EV

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026

Berita Terkini

EV

UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

UPSI menjalinkan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.

25-02-2026
EV

Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Jenama kacukan Sino-Sweden ini baru sahaja mengumumkan strategi pengembangan produk yang cukup berani dengan empat model elektrik (EV) baharu bakal dilancarkan menjelang 2028.

20-02-2026
EV

Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

19-02-2026
EV

BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.

12-02-2026
EV

Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.

12-02-2026
EV

smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.

11-02-2026
EV

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
EV

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026