Link Copiedcheck_circle
EV

Proton Mula Pembinaan Kilang EV Berteknologi Tinggi Di Tanjung Malim

Sofea Najmi

Kongsi melalui

(Photo-caption-as-attached-1)w.JPG


Proton secara rasmi telah memulakan pembinaan kilang pertama yang dikhususkan untuk pengeluaran kenderaan elektrik (EV), terletak berhampiran fasiliti berteknologi tinggi syarikat itu di Tanjung Malim.


Majlis Pecah Tanah


Majlis pecah tanah berlangsung semalam dengan kehadiran Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, ahli lembaga pengarah Proton, Ahmad Jauhari Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Li Chunrong serta Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Roslan Abdullah. Turut hadir ialah wakil-wakil kementerian, agensi persekutuan dan pihak berkuasa negeri.


Pelaburan RM82 Juta, Kapasiti Awal 20,000 Unit Setahun


Fasiliti baharu ini dibangunkan dengan pelaburan sebanyak RM82 juta, dan fasa pertama pembinaannya dijangka siap menjelang penghujung 2025. Sebaik beroperasi, kilang ini akan mempunyai kapasiti pengeluaran awal sebanyak 20,000 unit setahun.


CariCarz_SN_Proton-EV-Name-Launch-Event_66-full.jpg


Kilang ini akan menjadi pusat pengeluaran untuk beberapa model EV menggunakan platform Global Modular Architecture (GMA) daripada Geely. Model pertama yang akan dihasilkan ialah model EV sulung Proton, Proton e.MAS 7.


Pelan Jangka Panjang: Lima Model EV Proton Akan Datang


The-production-line-features-a-high-degree-of-automation-in-its-operations.jpg


Ketika pelancaran jenama Proton e.MAS, Dr Li Chunrong menjelaskan bahawa platform GMA dibangunkan sebagai asas bagi model Proton generasi baharu. Beliau turut mendedahkan bahawa lima lagi model EV lain kini sedang dalam perancangan.


Pembinaan kilang ini juga seiring dengan strategi perindustrian EV Malaysia, serta menyokong dasar negara seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP), Dasar Automotif Negara (NAP 2020), Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon (LCMB) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).


Pusat Pengeluaran Bertaraf Dunia


A-world-class-facility-located-at-AHTV-to-serve-the-expansion-of-PROTON’s-EV-models.png


Proton menyifatkan pembinaan kilang ini sebagai langkah penting untuk menyatukan semua operasi pembuatan di Tanjung Malim, sekaligus mengukuhkan peranan Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV) sebagai hab industri automotif masa depan.


Fasiliti ini direka khusus untuk pengeluaran kenderaan tenaga baharu (NEV) dan akan menggabungkan teknologi pintar bagi memastikan kecekapan, kualiti tinggi, serta kesan alam sekitar yang minimum. 


Antara teknologi penting yang bakal diterapkan termasuk automasi tinggi & integrasi robotik, pengurusan kilang berasaskan awan, internet kebendaan (IoT) dan teknologi Industri 4.0


Lebih 200 Peluang Pekerjaan, Rangsang Ekonomi Tempatan


Walaupun mengutamakan automasi, kilang ini dijangka mewujudkan lebih 200 peluang pekerjaan khusus, memberi manfaat kepada tenaga kerja tempatan. Selain itu, perkembangan ekosistem vendor di AHTV juga dijangka merancakkan lagi pembangunan rantaian bekalan dan pertumbuhan ekonomi.


Fasa Kedua: Sasaran Kapasiti 45,000 Unit Setahun


web_MA_CariCarz_Proton-e.MAS-7-launch_batch-2_-1-full.jpg


Bagi memenuhi permintaan pasaran EV di Malaysia dan peringkat antarabangsa, Proton telah merancang fasa kedua pembangunan kilang ini, dengan sasaran meningkatkan kapasiti kepada 45,000 unit setahun. Pelaksanaan fasa ini akan bergantung kepada permintaan pasaran.


Dr Li turut berharap kejayaan Proton dalam industri EV akan menjadi penanda aras kepada syarikat automotif lain, sekali gus menarik lebih banyak pengeluar untuk menjadikan Malaysia dan AHTV sebagai hab serantau bagi kenderaan elektrik.

Baca: Proton e.MAS 7 Terbukti Efisien, Hanya Guna 30% Bateri Ke Melaka

Baca: Proton Bakal Lancar 3 Model Baharu & Tingkatkan Pengeluaran Tahun Ini


Tag:

Proton EV
Kilang EV Proton
Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

18-04-2025
Berita Auto

13-06-2024
EV

31-05-2024
Global

08-05-2024
EV

01-02-2023

Berita Terkini

EV
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas  Gentari Melalui Aps ChargeSini

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026