Link Copiedcheck_circle
EV

Proton Sasar Lancar 5 EV Di Bawah Jenama e.MAS – Platform GMA, Harga Berpatutan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CariCarz_SN_-Proton-EV-Name-Launch-Event-24.jpg


Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) akan melancarkan lima model kenderaan elektrik (EV) menggunakan platform Global Modular Architecture (GMA) di bawah jenama EV baharu mereka, Proton e.MAS.


CariCarz_SN_Proton-EV-Name-Launch-Event_66.JPG


Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Li Chunrong berkata, platform GMA akan menjadi asas pembangunan banyak model baharu Proton, termasuk model PHEV dan BEV.


Model Pertama Dilancarkan Tahun Hadapan


Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Roslan Abdullah, mengumumkan bahawa model EV pertama di bawah jenama baharu ini dijangka akan dilancarkan pada tahun hadapan.


CariCarz_SN_-Proton-EV-Name-Launch-Event-27.jpg


Bagaimanapun, garis masa yang tepat masih belum diputuskan, tetapi model pertama dijangka akan tiba tidak lama lagi, kemungkinan seawal 2025 atau lebih awal.


“Kami mahu memastikan penerimaan EV Proton dalam pasaran. Berdasarkan permintaan dan penerimaan umum, kami akan menentukan jumlah dan barisan model untuk pelancaran masa hadapan,” katanya.


Harga Berpatutan Untuk Semua


Roslan juga memaklumkan bahawa Proton akan menawarkan harga yang sesuai untuk EV Proton e.MAS demi manfaat orang ramai dan kerajaan.


“Selain membangunkan ekosistem automotif, kami diamanahkan oleh kerajaan dan pemegang saham untuk menghasilkan kereta mampu milik untuk rakyat Malaysia.


Ujar Roslan, kebanyakan EV yang kini ditawarkan di pasaran dijual pada harga lebih daripada RM100,000. Oleh itu, Proton menyasarkan untuk menetapkan harga yang lebih sesuai demi manfaat Proton, orang ramai dan kerajaan. 


Jenama Proton e.MAS: Mobiliti Elektrik Untuk Rakyat Malaysia


CariCarz_SN_-Proton-EV-Name-Launch-Event-10.jpg


Penerangan mengenai logo dan nama jenama EV Proton oleh Ketua Bahagian Reka Bentuk Proton, Azlan Othman. 


Jenama e.MAS Proton diwujudkan dengan sasaran untuk memperkenalkan mobiliti elektrik kepada rakyat Malaysia melalui model EV baharu yang akan datang, kata CEO Proton, Li Chunrong.


Menurutnya, jenama e.MAS dan produknya adalah lanjutan daripada tiga nilai teras Proton: teknologi inovatif, kebolehpercayaan dan bertaraf antarabangsa.


“Ini adalah langkah seterusnya dalam evolusi syarikat dan dalam beberapa bulan akan datang, akan ada pengumuman tambahan untuk membina pengiktirafan jenama dan sokongan produk menjelang pelancaran EV Proton e.MAS yang pertama pada Disember tahun ini,” katanya.


Usaha Eksport Proton e.MAS


Tidak hanya terhad kepada pasaran Malaysia, Proton juga merancang untuk mengeluarkan model-model ini secara lokal di Malaysia dengan sasaran keseluruhan pengeluaran tahunan sebanyak 200,000 unit untuk pasaran domestik dan eksport.

Tag:

Proton e.MAS
e.MAS
Proton EV
Model EV Proton
e.MAS EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV
Proton e.MAS Kini Miliki Lebih 50 Cawangan, Antara Pengedar EV Terbesar Di Malaysia

Proton e.MAS Kini Miliki Lebih 50 Cawangan, Antara Pengedar EV Terbesar Di Malaysia

Pengedar rasmi Proton e.MAS, kini merupakan rangkaian pengedar kenderaan elektrik (EV) terbesar di Malaysia memandangkan ia kini mempunyai lebih 50 cawangan di seluruh negara, setakat ini.

27-10-2025
EV
Proton e.MAS 5 Bakal  Tiba Dengan Kabin Hitam?

Proton e.MAS 5 Bakal Tiba Dengan Kabin Hitam?

Nampaknya, Proton e.MAS 5 bakal ditawarkan dalam versi kabin berwarna hitam. Pilihan warna kabin yang gelap ini dipamerkan ‘dalam diam’ oleh Proton di beberapa lokasi roadshow Jelajah MISI 5 yang kini sedang berlangsung.

25-09-2025
EV
Proton Lancar Kilang EV Pertama Malaysia Di Tanjung Malim

Proton Lancar Kilang EV Pertama Malaysia Di Tanjung Malim

Dalam tempoh kurang setahun selepas majlis pecah tanah, Proton telah merasmikan kilang pengeluaran kenderaan elektrik (EV) pertamanya di Tanjung Malim, Perak.

05-09-2025
Berita Auto
Proton e.MAS 5 Turut 'Berarak' Di Dataran Putrajaya

Proton e.MAS 5 Turut 'Berarak' Di Dataran Putrajaya

‘Tradisi’ pengenalan model EV e.MAS kepada umum di bulan Merdeka diteruskan tahun ini untuk model hatchback kompak yang bakal dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi, Proton e.MAS 5.

01-09-2025
Kereta Baru
Kritikan Didengar, Proton e.Mas 7 Kini Lebih Canggih & Menawan – Apple CarPlay, Obsidian Black

Kritikan Didengar, Proton e.Mas 7 Kini Lebih Canggih & Menawan – Apple CarPlay, Obsidian Black

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat PROTON, hari ini secara rasmi melancarkan varian terbaru yang lebih ‘mengancam’ untuk EV e.Mas 7.

02-07-2025
EV
Ini Dia Tiga Cawangan Pengedar Baharu Proton e.MAS & smart

Ini Dia Tiga Cawangan Pengedar Baharu Proton e.MAS & smart

PRO-NET lancarkan pusat pengedaran baharu Proton e.MAS dan smart di Kota Kinabalu, IOI Putrajaya dan Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

18-06-2025
EV
Proton e.MAS 7 Kekal EV No. 1 Di Malaysia, Lebih 3,000 e.MAS 7 Terjual Dalam 5 Bulan

Proton e.MAS 7 Kekal EV No. 1 Di Malaysia, Lebih 3,000 e.MAS 7 Terjual Dalam 5 Bulan

PRO- NET mengumumkan bahawa e.MAS 7 terus menjadi model EV No.1 di Malaysia, apabila 3,632 unit terjual setakat 31 Mei lalu.

06-06-2025
EV
MAS 2025: Proton e.MAS 5 Dipertontonkan – Tiba Hujung Tahun Ini?

MAS 2025: Proton e.MAS 5 Dipertontonkan – Tiba Hujung Tahun Ini?

Proton pamerkan e.MAS 5 yang dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi.

08-05-2025

Berita Terkini

EV
Rapid Bus Hidupkan Bas Diesel Tua, Jadi Canggih Dengan Teknologi EV

Rapid Bus Hidupkan Bas Diesel Tua, Jadi Canggih Dengan Teknologi EV

Rapid Bus, pengendali rangkaian bas Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan, kini sedang menerokai langkah inovatif dalam usaha ‘menghijaukan’ pengangkutan awam negara, lapor The Star.

08-01-2026
EV
Xiaomi SU7 Didedah, Bakal Dijual Tetapi Bukan Di Malaysia

Xiaomi SU7 Didedah, Bakal Dijual Tetapi Bukan Di Malaysia

Xiaomi baru sahaja mengemas kini SU7 2026, dimana pra-pesanan kini dibuka secara rasmi di China.

07-01-2026
EV
CES 2026: Prototaip Afeela 2026 Dipertonton

CES 2026: Prototaip Afeela 2026 Dipertonton

Sony Honda Mobility menayangkan sebuah prototaip terbaharunya, Afeela 2026.

07-01-2026
EV
Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.

07-01-2026
EV
VW 'Taubat'! Kembalikan Butang Kawalan Fizikal Dalam VW ID.Polo

VW 'Taubat'! Kembalikan Butang Kawalan Fizikal Dalam VW ID.Polo

Jenama Jerman ini mendedahkan rekaan dalaman yang bakal membuatkan ramai peminat old-school tersenyum lebar.

06-01-2026
EV
Model PHEV BYD, Song Pro, Qin L & Qin Plus Capai Jarak Elektrik Menakjubkan, Cecah 210 KM!

Model PHEV BYD, Song Pro, Qin L & Qin Plus Capai Jarak Elektrik Menakjubkan, Cecah 210 KM!

Gergasi automotif China, BYD, nampaknya semakin rancak berinovasi. Terbaru, BYD mempertontonkan versi Long Range untuk tiga model popularnya, Song Pro DM-i (SUV) serta dua model sedan, Qin L dan Qin Plus.

06-01-2026
EV
EV & Pengecas Ada Risiko Renjatan Elektrik Semasa Banjir? Ini Jawapan TNB

EV & Pengecas Ada Risiko Renjatan Elektrik Semasa Banjir? Ini Jawapan TNB

Seiring dengan peningkatan mendadak penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, timbul kegusaran mengenai tahap keselamatannya ketika musim banjir. Ramai yang bimbang jika tersentuh air banjir berdekatan EV atau pengecasnya boleh membawa maut akibat renjatan elektrik.

05-01-2026
EV
EV/REEV XPeng P7+ Dikemaskini – 100+  Penambahbaikan, Bakal Tiba Di Malaysia?

EV/REEV XPeng P7+ Dikemaskini – 100+ Penambahbaikan, Bakal Tiba Di Malaysia?

Syarikat kenderaan elektrik dari China, XPeng, baru sahaja memperkenalkan versi yang dikemaskini bagi tahun 2026 untuk model sedan segmen E, XPeng P7+.

02-01-2026