Link Copiedcheck_circle
EV

Sasaran EV Johor 2030: 15,840 EV & 1,245 Stesen Pengecas

Sofea Najmi

Kongsi melalui

thumb-(6).jpg


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Ling Tian Soon, dedah sasaran tenaga bersih Johor menjelang 2030


Kerajaan Negeri Johor kini menetapkan sasaran untuk mewujudkan sejumlah 1,245 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dan memiliki lebih 15,000 unit EV berdaftar di seluruh negeri menjelang tahun 2030.


Wajibkan Kemudahan Pengecas EV Disediakan


Bagi merealisasikan matlamat ini, kerajaan negeri turut memperkenalkan dasar baharu yang mewajibkan setiap pembangunan kawasan komersial menyediakan sebahagian tempat letak kereta dengan kemudahan pengecas EV.


Tempoh Kelulusan Pembinaan Stesen Dipendekkan


Chargesini-Pekin-80DC-Caricarz-(1)-full.jpg


Lebih menarik, dasar baharu yang diperkenalkan ini turut menetapkan bahawa kelulusan untuk pembinaan stesen pengecas EV akan dipendekkan kepada hanya tujuh hari bekerja, langkah yang dijangka memudahkan operasi penyedia perkhidmatan pengecasan. Setiap pihak berkuasa tempatan juga akan diberi sasaran khusus untuk meluaskan infrastruktur pengecas EV di kawasan masing-masing.


Perbanyakkan Stesen Pengecas Untuk Menggalakkan Penggunaan EV


Selain meningkatkan jumlah stesen pengecas, kerajaan negeri turut berusaha mempercepatkan peralihan ke arah mobiliti hijau dengan mensasarkan 15,840 unit EV berdaftar menjelang 2030. Angka ini jauh lebih tinggi berbanding 977 unit EV yang berdaftar ketika ini, dedah data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).


Untuk meningkatkan penggunaan EV, Johor bercadang untuk memperluaskan ketersediaan stesen pengecas EV kepada 1,245 buah dalam tahun yang sama, berbanding hanya 377 yang tersedia buat masa ini. 


Berbeza dengan Data dalam Portal Kerajaan? 


image-(37).jpg


Bagaimanapun, berdasarkan semakan kami, angka 377 unit stesen yang didedahkan ini tidak sama dengan yang dipaparkan di dalam laman web MEVNet PLANMalaysia, portal yang memantau secara langsung perkembangan terkini pemasangan pengecas EV negara. Portal ini menunjukkan Johor hanya memiliki 351 stesen aktif setakat Oktober 2024 (225 AC dan 126 DC). 


Ini menimbulkan persoalan sama ada maklumat di dalam portal tersebut jarang dikemas kini memandangkan angka pertumbuhan stesen tidak begitu ‘memberangsangkan’ untuk mencapai agenda nasional iaitu penyediaan sebanyak 10,000 pengecas menjelang hujung tahun ini. Untuk mencapai matlamat ini, secara puratanya 554 pengecas perlu disediakan di seluruh negara setiap bulan. 


Tarik Pengguna EV Singapura ke Johor


Dalam pada itu, Ling turut menjangkakan peningkatan jumlah stesen pengecas EV di Johor akan menarik lebih ramai pemilik EV dari Singapura, selaras dengan keputusan negara jiran itu untuk hanya membenarkan pendaftaran EV atau tenaga bersih bermula 2030.


Baca: ChargeSini & Charge+ Berkolaborasi: Guna 1 Aplikasi Pengecas EV Di Singapura & Malaysia


Peningkatan Kapasiti Tenaga Boleh Diperbaharui


IMG_20240918_142123-full_normal.jpg476803836_649357444272738_1344113227107963821_n.jpg


Selain itu, kerajaan negeri juga menyasarkan kapasiti tenaga boleh diperbaharui sebanyak 600 megawatt (MW) menjelang 2030, pertambahan daripada 199 MW ketika ini. Langkah ini akan diperkuatkan melalui galakan pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui dan penggunaan teknologi hijau oleh syarikat-syarikat di Malaysia.


Dasar-dasar ini akan dibentangkan dalam mesyuarat kerajaan negeri yang akan datang untuk mendapatkan kelulusan lanjut.

Sumber: The StarBernama

Baca: Huawei Bakal Keluarkan Pengecas EV Guna Robot Secara Besar-Besaran

Baca: Hanya 1 Aplikasi, MyBorderPass Diperlukan, Proses Imigresen Johor-Singapura Jadi Lebih Pantas

Tag:

Kerajaan Negeri Johor
EV Johor
Kenderaan Elektrik
Pengecas EV Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV

Kenapa Nombor Plat EV Lambat Keluar Malaysia?

Ada pemilik EV mengadu plat putih lambat siap. Adakah ia masalah sistem, vendor, atau kroni? Ketahui punca sebenar dan apa yang anda perlu buat.

17-04-2026
EV

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026