Link Copiedcheck_circle
Global

Toyota GR Celica Tiba Dalam Masa Terdekat Dengan Enjin Tengah?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Toyota-Celica-GR-Trademark.jpg


Toyota sebelum ini telah mengesahkan bahawa model ikonik Celica bakal membuat kemunculan semula dan dijangka dijual bersama GR86 generasi baharu dalam masa terdekat. Namun, perkembangan terkini menunjukkan bahawa ia mungkin akan tiba lebih awal daripada jangkaan apabila fail permohonan cap dagang untuk nama ‘GR Celica’ telah dikesan di Brazil baru-baru ini. 


Permohonan Cap Dagang di Brazil


Permohonan cap dagang tersebut telah dikemukakan kepada Institut Harta Industri Nasional dan Kementerian Ekonomi Brazil pada 15 Januari dan didedahkan kepada umum pada 4 Februari, lapor portal automotif CarScoops.


Toyota-Celica-GT4-1992-1.jpgToyota-Celica-GTS-2003-2.jpg


Bagaimanapun, permohonan ini hanya melibatkan nama ‘GR Celica’ tanpa sebarang lakaran atau imej rasmi model tersebut.


Kehadiran cap dagang ini di Brazil memberi bayangan bahawa GR Celica mungkin akan dipasarkan di peringkat global, tidak hanya terhad kepada pasaran Jepun dan Amerika Utara seperti model terdahulu. Namun, ketersediaannya masih bergantung kepada strategi Toyota dan pematuhan terhadap piawaian emisi yang semakin ketat di sesetengah negara.


Trenkuasa Masih Menjadi Tanda Tanya


Toyota-GRYaris-MConcept-5.jpgToyota-GRYaris-MConcept-4.jpgToyota-GRYaris-MConcept-3.jpgToyota-GRYaris-MConcept-2.jpg


Berdasarkan spekulasi sebelum ini, GR Celica dikatakan bakal dikuasakan oleh enjin baharu Toyota, iaitu unit 2.0L empat silinder yang mampu menghasilkan kuasa mencecah 400 hp. Enjin ini turut dipamerkan di acara Tokyo Auto Salon baru-baru ini menerusi model konsep GR Yaris M yang menampilkan enjin di bahagian tengah. 


Sekiranya spekulasi ini benar, ia akan menjadi satu perubahan besar bagi Celica kerana model-model sebelumnya menggunakan konfigurasi enjin hadapan.


Selain itu, terdapat juga kemungkinan besar GR Celica akan menggunakan sistem pacuan semua roda (AWD), GR-Four, seperti model-model GR lain memandangkan Celica banyak digunakan dalam sukan rali sebelum ini. 


Bila GR Celica Akan Dilancarkan?


Toyota-Celica-GTS-2003-1.jpgToyota-GR86-6MT-Ext-1.jpg


Setakat ini, Toyota masih belum mengumumkan tarikh pelancaran rasmi GR Celica. Namun, banyak pihak menjangkakan model ini akan diperkenalkan bersama barisan GR baharu seperti GR86 generasi seterusnya dan mungkin pengganti kepada MR2.

Baca: Toyota GR Corolla Facelift Dilancarkan Di Jepun Sarat Ciri Eksklusif – Mod Litar, 8AT

Tag:

Celica
Toyota Celica
Toyota GR Celica
Toyota Brazil
GR Celica
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Global
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global
Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global
Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global
Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global
Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026
Global
Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026
Global
Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026