Tempahan Toyota GR86 2024 Kini Dibuka – Dari RM295K

Selain Toyota Hilux dan Fortuner 4x4 versi 2024, UMW Toyota Motor (UMWT) kini juga membuka tempahan untuk Toyota GR86 yang telah dikemaskini bagi tahun 2024.
PRESTASI & KUALITI PENGENDALIAN LEBIH BAIK


Dalam aspek pengendalian, jurutera Toyota telah menambah baik dan membuat penyelarasan semula penyerap hentak serta kawalan stereng kuasa elektrik pada GR86 2024. Ini membolehkan kereta ini mempunyai pengendalian yang lebih tajam dan responsif, menjadikan pengalaman pemanduan lebih menarik. Selain itu, respons pedal minyak juga telah ditala dengan teliti untuk memberikan kawalan yang luar biasa.
Untuk varian 6AT, transmisi telah dipertingkatkan, membolehkan enjin mencapai RPM yang lebih tinggi selepas penurunan gear (downshift), menjanjikan kawalan yang lebih baik terutama ketika dipecut laju.
ENJIN 'BOXER' YANG KEKAL BERKUASA


Pada bahagian enjin, model ini masih dikuasakan oleh enjin 2.4 liter 4 silinder ‘Boxer’ tanpa turbo yang dibangunkan bersama Subaru. Enjin ini mampu menghasilkan 237 ps dan tork 250 Nm, disalurkan kepada roda belakang (RWD) melalui sistem limited-slip differential (LSD) dengan pilihan transmisi automatik 6 kelajuan atau manual.
PENINGKATAN CIRI KESELAMATAN


Selain peningkatan prestasi yang dinyatakan, Toyota GR86 2024 kini dilengkapi dengan perakam video digital (DVR) di hadapan dan belakang sebagai ciri standard. Sebelum ini, ciri ini hanya ditawarkan sebagai pilihan tambahan. Perakam video ini akan mula merakam secara automatik setiap kali enjin dihidupkan, memberikan perlindungan tambahan.
HARGA & WARANTI


Tempahan untuk Toyota GR86 2024 kini dibuka, dengan harga bermula daripada RM295,000 untuk varian 6MT hingga RM305,000 untuk model 6AT. Harga ini termasuk waranti kenderaan lima tahun tanpa had perbatuan oleh UMWT.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM5627
SELANGOR
BST2260
JOHOR
JD1347J
PULAU PINANG
PSF832
PERAK
APK9530
PAHANG
CFH5385
KEDAH
KGH7203
NEGERI SEMBILAN
NEL5710
KOTA KINABALU
SJT6940
KUCHING
QAB4514P
Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900
Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!
08-05-2026
UMW Toyota Tak Gentar Jualan Rendah, Fokus Bina Ekosistem Hibrid Yang Kukuh
UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengumumkan pencapaian awal tahun 2026.
09-02-2026
Toyota Vios HEV 2026 Kini Di Malaysia: 2 Varian, Guna 3.6L/100km, Dari RM103,900!
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi melancarkan Toyota Vios HEV 2026 untuk pasaran tempatan hari ini.
29-01-2026
Jualan Kereta Toyota Dari Jan-Nov 2025 Catat 88,133 Unit
UMW Toyota Motor (UMWT) mencatatkan jualan kereta sebanyak 88,133 unit dalam tempoh 11 bulan ini .
05-12-2025
Pusingan Akhir Toyota GR Malaysia eRacing Championship 2025 Sengit & Meriah
Pusingan terakhir Toyota GR Malaysia eRacing Championship 2025 yang berlangsung di Sunway University menjadi medan persaingan sengit antara pelumba simulator terbaik negara dengan hadiah keseluruhan bernilai RM123,000.
15-10-2025
Jualan UMWT Melonjak Bulan Lepas, Jual 8,172 Unit Kereta Dalam Sebulan
UMW Toyota Motor (UMWT) mencatat jualan agak memberangsangkan pada bulan lepas apabila jualan kereta mencecah sebanyak 8,172 unit.
06-10-2025
5 Sebab Kenapa Pemilik Kereta Toyota Di Malaysia Bertuah
Dalam artikel kali ini, kami dedahkan LIMA faktor utama yang membuatkan ramai pemilik Toyota rasa ‘bertuah’ membeli model kereta jenama Jepun ini.
09-09-2025
UMW Toyota Jual Hampir 9,000 Unit Pada Julai 2025, Umum Kempen Bulan Kemerdekaan
UMWT mengumumkan pencapaian jualan pada Julai 2025 yang cukup memberangsangkan iaitu mencecah 8,877 unit kenderaan.
07-08-2025
Berita Terkini
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja
JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.
22-08-2026
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar
MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.
10-08-2026
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?
Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?
07-08-2026
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia
Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.
06-08-2026
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800
Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.
22-07-2026
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000
OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.
18-07-2026
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k
Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.
16-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat