Link Copiedcheck_circle
Global

Toyota GR Corolla Facelift Dilancarkan Di Jepun Sarat Ciri Eksklusif – Mod Litar, 8AT

Sofea Najmi

Kongsi melalui

2205-Toyota-GRCorolla-Facelift-JDM-12.jpg


Toyota GR Corolla versi facelift akhirnya ditawarkan di pasaran Jepun, beberapa bulan selepas pelancarannya di peringkat global. Model ini hadir dengan penambahbaikan sama seperti versi antarabangsa, tetapi dengan beberapa ciri eksklusif khas untuk pasaran domestik Jepun (JDM).


Pilihan Transmisi Baharu


2205-Toyota-GRCorolla-Facelift-JDM-43.jpg2205-Toyota-GRCorolla-Facelift-JDM-42.jpg2205-Toyota-GRCorolla-Facelift-JDM-21.jpg2205-Toyota-GRCorolla-Facelift-JDM-22.jpg


Salah satu perubahan terbesar pada GR Corolla facelift JDM ialah kehadiran pilihan transmisi automatik 8 kelajuan GR Direct Automatic Transmission (DAT). Ini memberikan lebih fleksibiliti kepada pembeli yang mahukan transmisi automatik selain pilihan manual 6 kelajuan (6MT) yang masih ditawarkan.


Tanpa mengira pilihan transmisi, kedua-dua varian dikuasakan oleh enjin 1.6L 3 silinder turbo G16E-GTS yang menghasilkan kuasa 300 hp dan tork 400 Nm, sama dengan model kembarnya, Toyota GR Yaris facelift.


Baca: Toyota GR Corolla 2025 Didedahkan – Gear Automatik 8 Kelajuan, Tork 400 Nm!


Sistem AWD GR-Four Dengan Tetapan Tork Baharu


Kuasa enjin dihantar ke semua roda menerusi sistem pacuan semua roda GR-Four AWD. Untuk model facelift ini, Toyota menambah beberapa tetapan tork baharu yang berbeza mengikut mod pemanduan:

  • Normal: 60:40
  • Gravel: 50:50
  • Track: Berubah dari 60:40 hingga 30:70 mengikut keperluan pemanduan

Mod Litar Baharu & Had Kelajuan Ditambah


2205-Toyota-GRCorolla-Facelift-JDM-41.jpg2205-Toyota-GRCorolla-Facelift-JDM-49.jpg


Ciri paling menarik pada GR Corolla facelift JDM ialah Circuit Mode (mod litar), yang membolehkan enjin menghasilkan lebih kuasa apabila jentera berada berhampiran dengan litar lumba. Fungsi ini diaktifkan menggunakan sistem GPS yang mengesan lokasi litar yang disokong.


Apabila Circuit Mode diaktifkan, paparan kluster meter akan berubah ke mod perlumbaan. Bukan itu sahaja, Toyota turut menambah sistem anti-lag terbina dalam (built-in) dengan tetapan boleh laras untuk meningkatkan tindak balas turbo. Tidak cukup dengan itu, had kelajuan maksimum juga dinaikkan daripada 180 km/j (had yang ditetapkan kerajaan Jepun) kepada 230 km/j.


Rekaan Baharu & Naik Taraf Kabin


2205-Toyota-GRCorolla-Facelift-JDM-40.jpg2205-Toyota-GRCorolla-Facelift-JDM-39.jpg2205-Toyota-GRCorolla-Facelift-JDM-14.jpg2205-Toyota-GRCorolla-Facelift-JDM-34.jpg


Dari segi reka bentuk, GR Corolla facelift JDM masih mengekalkan gaya rekaan yang sama dengan versi antarabangsa ini termasuklah kehadiran bampar depan baharu dengan liang udara lebih besar dan ketiadaan lampu kabus. Selain itu, model ini turut didatangkan standard dengan rim tempaan BBS 18 inci, berbanding sebelum ini yang hanya eksklusif untuk edisi Morizo.


2205-Toyota-GRCorolla-Facelift-JDM-19.jpg2205-Toyota-GRCorolla-Facelift-JDM-31.jpg2205-Toyota-GRCorolla-Facelift-JDM-23.jpg2205-Toyota-GRCorolla-Facelift-JDM-25.jpg


Di bahagian kabin, GR Corolla facelift tidak menerima perubahan drastik seperti GR Yaris facelift. Namun, pembeli di Jepun boleh mendapatkan Sport Package, yang menambah kemasan merah di beberapa bahagian kabin, tempat duduk semi-bucket baharu, serta stereng yang dibalut ultrasuede untuk cengkaman lebih baik.


Harga Yang Jauh Lebih Murah Berbanding Malaysia


2205-Toyota-GRCorolla-Facelift-JDM-13.jpg


Berikut adalah senarai harga Toyota GR Corolla facelift di Jepun:

  • 6MT – JPY 5.68 juta (~RM163,300)
  • 8AT – JPY 5.98 juta (~RM171,900)

Sebagai perbandingan, model sama di Malaysia dijual pada harga RM367,000 bagi varian 6MT atau lebih dua kali ganda berbanding harga di Jepun!

Baca: Toyota GR Yaris & GR Corolla 2025 Kini Di Pasaran Malaysia

Baca: [PANDU UJI] Ini 5 Kelebihan Toyota GR Corolla & Kenapa Ia Bukan Untuk Semua

2205-Toyota-GRCorolla-Facelift-JDM-51.jpg

Tag:

Toyota Jepun
Toyota GR Corolla
Toyota GR Corolla Facelift
Toyota GR Corolla Facelift 2025
Toyota GR Corolla Facelift Jepun
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

03-06-2025
Global

04-04-2025
Global

05-02-2025
Global

02-08-2024
Global

09-07-2024
Global

30-05-2024
Gaya Hidup

26-02-2024
Pandu Uji

06-02-2024

Berita Terkini

Global

SUV Ranggi iCaur V27 Diperkenalkan Di Dubai – REEV 449 HP

Jenama kenderaan elektrik (EV) di bawah Chery, iCaur, telah membuat kemunculan rasmi di Dubai dengan pengenalan model iCaur V27.

04-08-2025
Global

Wagon Paling Laju, BMW M3 CS Touring Catat Masa 7 Minit 29 Saat Di Litar Nurburgring

BMW M3 CS Touring memecahkan rekod sebagai wagon terlaju apabila mencatatkan masa 7 minit 29 saat di litar Nürburgring

01-08-2025
Global

Brabus 1000, Kuasa Enjin "Meroket"

Brabus 1000 mampu menghamburkan kuasa setakat 1,000 PS dan tork 1,620 Nm.

30-07-2025
Global

Maserati Pertimbang bawa Masuk Flagship Super GT Baharu dengan Transmisi Manual

Nampaknya Maserati sedang mempertimbangkan untuk menghasilkan model flagship baharu edisi terhad yang bakal menampilkan enjin ikonik mereka iaitu enjin kembar turbo V6 3.0 liter Nettuno.

30-07-2025
Global

Lakaran Mitsubishi Pajero Didedah Berdasarkan Gambar Intipan

Nampaknya pengeluar kereta Jepun, Mitsubishi, bakal menghasilkan sebuah model pengganti kepada SUV 4x4 ikonik mereka yang dikenali sebagai Pajero.

30-07-2025
Global

GWM Tank 500 PHEV Bakal Dilancar Di China

Sub jenama SUV off-road GWM, Tank, baru sahaja memperkenalkan versi terkini SUV plug-in hybrid , GWM Tank 500 PHEV.

28-07-2025
Global

Hongqi Bakal Dilancar Di Singapura, Mungkin Lepas Ini Masuk Malaysia?

Jenama premium dari China, Hongqi mengesahkan bahawa jenama itu secara rasminya akan menembusi pasaran Singapura, tidak lama lagi.

28-07-2025
Global

Mitsubishi Motors 'Undur Diri' Dari Pasaran China – Kalah Dominasi NEV

Mitsubishi Motors Corporation (MMC) telah mengumumkan penamatan perjanjian kerjasama dengan syarikat China, Shenyang Aerospace Mitsubishi Motors Engine Manufacturing Co., Ltd. (SAME).

28-07-2025