Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Volvo Car Malaysia Jual 1,953 Unit Tahun 2024 – Jualan EV Makin Rancak

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_CariCarz_MA_Volvo-EX30-launch_-4.jpg


Volvo Car Malaysia (VCM) melabuhkan tirai tahun 2024 dengan kejayaan besar dalam segmen kenderaan elektrik penuh (BEV) yang menyumbang 30% daripada jumlah jualan, meningkat 18% berbanding tahun lalu dan lebih tinggi daripada sasaran global Volvo Cars iaitu 23%. 


web_PR_Volvo-EX30-Press-Drive_-5.jpg


Secara keseluruhan, VCM menjual sejumlah 1,953 unit kenderaan tahun lalu dengan model BEV dan hibrid plug-in (PHEV) merangkumi 83% daripada jumlah jualan, meningkat daripada 71% pada 2023. Ini seiring dengan sasaran Volvo untuk mencapai 90% hingga 100% jualan kenderaan dengan teknologi elektrik menjelang 2030. 


Sementara itu, model hibrid ringkas (MHEV) pula menunjukkan penurunan jualan iaitu kurang 20% daripada jumlah keseluruhan. 


Volvo EX30 Laris


Menurut Pengarah Jualan Volvo Car Malaysia, Chris Tan, meskipun pasaran semakin sengit, Volvo kekal komited terhadap keselamatan dan kelestarian.


web_CariCarz_MA_Volvo-EX30-launch_-3.jpgweb_CariCarz_MA_Volvo-EX30-launch_-2.jpg


Salah satu penyumbang kepada peningkatan jualan model BEV tahun lalu adalah pelancaran Volvo EX30 pada September tahun lalu yang mendapat sambutan luar biasa. Model yang ditawarkan pada harga bermula RM188,888 ini menyaksikan stok pertamanya habis terjual sebelum pengeluaran tempatan (CKD) dimulakan secara rasmi.


Volvo EX30 versi CKD yang dilancarkan bulan lalu pula ditawarkan pada harga permulaan lebih tinggi, dari RM208,888 dengan hanya dua varian, tanpa varian asas yang ditawarkan di peringkat awal. 


Baca: Tempahan Volvo EX30 Versi CKD Kini Dibuka – Tiada Lagi Varian Plus, Dari RM208,888


Volvo Global Pecah Rekod Jualan


Di peringkat global, Volvo Cars menjual 763,389 unit pada 2024, naik 8% berbanding tahun 2023. Daripada jumlah ini, sebanyak 175,194 unit (+54%) adalah model BEV dan 177,593 unit  (+16%) lagi adalah model PHEV.


Secara keseluruhan, 46% daripada semua model Volvo yang dijual adalah kenderaan elektrik, dengan EV menyumbang 23%, lebih tinggi berbanding 16% pada 2023.


Rancangan Volvo 


EX90-45.jpgVolvo-XC90-2025-Facelift-16.jpg


Di pasaran Malaysia, Volvo dijangka akan melancarkan SUV elektrik tujuh tempat duduk, Volvo EX90, tidak lama lagi, kemungkinan dalam separuh kedua 2025.


Volvo juga akan memperkenalkan antara muka pengguna (user interface) baharu untuk semua kenderaan keluaran 2020 ke atas yang menggunakan sistem operasi Android, yang menjanjikan pengalaman lebih moden dan mesra pengguna.


Baca: [PANDU UJI] 6 Perkara Menarik Tentang EV Kompak Volvo EX30

Tag:

VCM
Volvo Car Malaysia
Volvo Car Malaysia (VCM)
Prestasi Jualan 2024
Prestasi Jualan Volvo 2024
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

11-09-2023
Berita Auto

08-04-2023
Berita Auto

23-02-2023
EV

15-12-2022
Pandu Uji

08-03-2026
Berita Auto

23-01-2026
Kereta Baru

03-01-2025
Global

05-09-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto
LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto
Harga Petrol  Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah  Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur