Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Volvo EX90 & XC90 Baharu Kini Dibuka

Sofea Najmi

Kongsi melalui

333441_90_90_day_event.jpg


Volvo Car Malaysia (VCM) secara rasmi membuka pendaftaran minat (ROI) untuk dua model SUV mewahnya, iaitu kenderaan elektrik (EV) Volvo EX90 dan hibrid plug-in (PHEV) Volvo XC90 yang telah diberikan pelbagai ciri baharu.


Kedua-dua model yang dijangka akan dilancarkan selepas Aidilfitri ini menawarkan tujuh tempat duduk, ruang yang luas dan kelengkapan premium, sekaligus menjadikannya sebuah kenderaan keluarga yang ideal. 


EV Volvo EX90: Teknologi Canggih dan Jarak Pemanduan Cecah 600 KM


332644_Volvo_EX90_Vapour_Grey_Exterior.jpg332645_Volvo_EX90_Vapour_Grey_Exterior.jpg


Malaysia bakal menjadi pasaran kedua di Asia selepas Thailand yang menerima Volvo EX90, SUV EV terbaru daripada Volvo yang sarat dengan teknologi canggih.


Salah satu teknologi yang menarik pada model ini adalah penggunaan sensor Lidar, yang memainkan peranan penting dalam sistem bantuan pemanduan (ADAS) Volvo. Teknologi ini bukan sahaja dapat membantu mengurangkan risiko kemalangan, tetapi juga mengelakkannya sepenuhnya, menurut VCM.


332704_Volvo_EX90_Vapour_Grey_Interior.jpg332706_Volvo_EX90_Vapour_Grey_Interior.jpg


Lebih menarik, EX90 juga hadir dengan Volvo Cars Superset, teknologi pengkomputeran canggih yang bakal menjadi asas kepada sistem pemanduan tanpa pemandu Volvo pada masa akan datang.


Walaupun spesifikasi teknikal masih belum disahkan, EX90 dijangka dilengkapi bateri 111 kWj serta sistem pacuan semua roda (AWD) dwi-motor. Bergantung pada varian, SUV ini menawarkan kuasa 408 hp / 770 Nm (Twin Motor) dan  517 hp / 910 Nm (Twin Motor Performance). 


Dari segi jarak pemanduan, EX90 Twin Motor menawarkan jarak maksimum sehingga 600 km (WLTP). Bateri yang digunakan boleh dicas dengan pengecas AC 11 kW dan pengecas pantas DC 250 kW. Dengan pengecas pantas DC, masa yang diambil untuk dicas dari 10-80% hanya 30 minit. 


PHEV Volvo XC90: Kuasa Dipertingkat & Jarak EV Sehingga 70 KM


336914_New_Volvo_XC90_T8_-_exterior.jpg


Bagi Volvo XC90 yang dikemas kini, model generasi kedua ini menerima naik taraf besar pada sistem hIbrid plug-in (PHEV) yang digunakan. Ia masih dikuasakan oleh enjin 2.0L 4 silinder turbo, tetapi kini dipadankan dengan motor elektrik dan bateri baharu yang menawarkan jarak pemanduan elektrik sehingga 70 km (WLTP).


336961_New_Volvo_XC90_T8_-_interior.jpg336949_New_Volvo_XC90_T8_-_interior.jpg


Penambahbaikan turut diberikan kepada aspek lain seperti suspensi udara yang dipertingkat, penebat bunyi yang lebih baik dan reka bentuk dalaman dan luaran yang lebih moden. 


336982_New_Volvo_XC90_T8_-_dynamic.jpg


VCM masih belum mengesahkan status pemasangan tempatan (CKD) untuk model ini, namun berkemungkinan besar ia akan terus dipasang di Malaysia seperti model sebelum ini.


“Ada Model ‘90’ Untuk Setiap Gaya Hidup” – Chris Wailes, Volvo Car Malaysia


Pengarah Urusan VCM, Chris Wailes, menekankan bahawa kedua-dua model ini memberikan pilihan terbaik kepada pengguna, sama ada mereka yang mendambakan teknologi keselamatan termaju dalam EV, atau ingin menaik taraf kepada SUV ikonik Volvo versi terbaru yang telah memenangi pelbagai anugerah.


Pendaftaran minat untuk EV Volvo EX90 dan PHEV Volvo XC90 kini boleh dibuat melalui laman web, volvocars.com/my. Maklumat selanjutnya akan diumumkan melalui laman rasmi Facebook dan Instagram Volvo Car Malaysia.

Baca: Volvo Car Malaysia Jual 1,953 Unit Tahun 2024 – Jualan EV Makin Rancak

Tag:

Volvo Car Malaysia (VCM)
VCM
ROI
Volvo XC90
Volvo EX90
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

22-01-2026
EV

13-01-2026
Kereta Baru

02-01-2026
Kereta Baru

17-10-2025
Kereta Baru

30-09-2025
Kereta Baru

09-09-2025
Berita Auto

19-06-2025

Berita Terkini

Kereta Baru
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026