Link Copiedcheck_circle
EV

XPeng X9 Sudah Masuk Thailand, Malaysia Seterusnya Bakal Terima X9?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya, Thailand merupakan pasaran ASEAN yang pertama menerima XPeng X9 selepas XPeng memeterai kerjasama dengan Neo Mobility Asia pada Mac lepas.

Ini bermakna Malaysia juga akan menjadi negara yang seterusnya menerima Xpeng X9 memandangkan model itu akan dilancarkan pada suku kedua tahun ini menerusi pengedarnya, Bermaz Auto.

Ketibaan XPeng ke pasaran Malaysia nanti bakal memberi bahang kepada pesaing terdekatnya, Zeekr 009 dan Denza D9.

image.png

Dikhabarkan, XPeng mahu melebarkan sayap di seluruh dunia memandangkan Ketua Pegawai Ekeskutifnya, He Xiaopeng mempunyai rancangan untuk  mengembangkan perniagaannya ke pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD) dan kiri dalam pasaran EV antarabangsa.

image.png

Bagi melebarkan sayapnya ke persada antarabangsa, XPeng sedang membina rangkaian pengecasan global. 

Bermula tahun ini, ia akan melancarkan stesen pengecas ultra-pantas di Asia Tenggara, bermula dengan Hong Kong dan Thailand.

image.pngimage.png

Bagaimanapun, seperti yang dimaklumkan sebelum ini, untuk Malaysia, jenama itu akan bekerjasama dengan pengendali titik pengecasan (MSM) terpilih apabila ia melibatkan pengecasan kenderaan.

Setakat ini, XPeng telah beroperasi di  30 pasaran antarabangsa. 

Menjelang akhir 2025, ia merancang untuk menggandakan kehadiran globalnya untuk mencapai 60 negara dan mewujudkan 300 lokasi perkhidmatan global. 

Pelancaran ini adalah sejajar dengan kenyataan  Xiaopeng baru-baru ini yang mengganggap 2024 adalah permulaan "XPeng Globalization V2.0."

Gallery

Tag:

XPeng Motor
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV

Rekod Baharu Sepang! Lotus Emeya R Catat Masa 2:20.317, EV Terpantas dalam Sejarah

Lotus Emeya R Catat Rekod Pusingan EV Terpantas di Litar Sepang.

20-07-2026
EV

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV