Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

2 Peugeot 408 Dipinjam: PDRM Nak Test Dulu, Sesuai Tak Jadi Kereta Peronda

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Dua buah Peugeot 408 yang dijadikan sebagai kereta Polis Diraja Malaysia mula tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Sebaliknya, menurut sumber dalaman, dua unit Peugeot 408 yang dipinjamkan  oleh  Peugeot Malaysia (Stellantis Malaysia) kepada PDRM, rupa-rupanya bertujuan untuk tujuan penilaian.

Difahamkan, PDRM akan menguji dua model itu untuk menilai  sama ada crossover fastback ini sesuai dijadikan  kereta peronda atau sebaliknya.

image.png

Bagaimanapun, tempoh pinjaman unit itu tidak didedahkan namun dijangka antara  tiga hingga enam bulan. 

Kedua-dua unit itu adalah varian  Alure versi pemasangan tempatan (CKD) yang dilancarkan pada April tahun lalu.

image.pngimage.png

Model itu ditawarkan pada harga  RM146,055. Ia dikuasakan oleh enjin Puretech 1.6 liter turbo dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 218 PS dan 300 Nm.

image.pngimage.png

Apa yang menarik, penggunaan model Peugeot 408 oleh PDRM dilihat  perubahan ketara kerana ketika ini, pasukan polis menggunakan dua generasi Honda Civic sedan sejak 2016.

Honda Civic itu sebenarnya menggantikan pelbagai model sedan Proton lama  seperti Wira, Waja, Preve, dan Inspira.

image.png

Apa pula pendapat anda? Adakah Peugeot 408 yang dibangunkan dari Gurun, Kedah  ini sesuai untuk PDRM? 

Atau adakah terdapat model lain yang lebih sesuai? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen!


Gallery

Tag:

Peugeot 408
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Pandu Uji

28-03-2025
Gaya Hidup

10-07-2024
Berita Auto

11-06-2024
Berita Auto

28-05-2024
Kereta Baru

29-04-2024
Kereta Baru

15-04-2024
Global

01-12-2023
Berita Auto

17-11-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen

Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel naik sebanyak lima sen, bermula hari ini.

13-11-2025
Berita Auto

BYD Shark PHEV Bakal Didedah Hari Ini, Tunggu Pengumuman Rasmi BYD

BYD bawa masuk trak pikap bernama Shark pula ke pasaran tempatan?

13-11-2025
Berita Auto

Projek NPE2 Siap 2029, Bakal Kurangkan Kesesakan Di Pantai Dalam, Bangsar, Mahameru

Projek Sambungan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE2) siap sepenuhnya pada tahun 2029, nanti.

12-11-2025
Berita Auto

Peraturan 78 Dimansuh, Cara Pengiraan Faedah Bagi Pinjaman Kadar Tetap Kereta

Penambahbaikan Rang Undang-Undang (RUU) Sewa Beli (Pindaan) 2025 yang akan merombak cara pengiraan faedah bagi pinjaman kadar tetap kereta, bakal melegakan peminjam.

12-11-2025
Berita Auto

Syarikat Bas Operasi Di 1 Terminal, Ini Penjelasan MOT

MOT menegaskan pihaknya tidak pernah memaksa mana-mana syarikat bas untuk beroperasi dari terminal tertentu sahaja.

12-11-2025
Berita Auto

Berita Baik Untuk Orang Sarawak: Lebuh Raya Trans Borneo Bermula 2026

Pembinaan sebahagian jajaran jalan sepanjang 4.95 kilometer (km) bagi Projek Lebuh Raya Trans Borneo (LTB) akan dilaksanakan pada suku pertama tahun depan.

12-11-2025
Berita Auto

Stars@Mercedes-Benz Ketiga Dunia Dibuka Di Bangsar – Pengalaman Imersif & Eksklusif

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dan pengedar rasmi, NZ Wheels Sdn Bhd (anak syarikat Naza Auto Group), semalam melancarkan secara rasmi bilik pameran di Bangsar setelah diubah suai sepenuhnya.

12-11-2025
Berita Auto

Tak Sampai Sebulan Dilancar, Proton e. MAS 5 Terima Lebih 10,000 Tempahan

Proton e.MAS 5 yang baru sahaja dilancarkan berjaya menarik minat rakyat Malaysia kerana sudah menerima 10,000 tempahan setakat 30 Oktober lalu.

11-11-2025