Link Copiedcheck_circle
Global

BIMS 2025: GWM Haval H6 Facelift Dilancarkan Di Thailand – Gaya Lebih Agresif

Sofea Najmi

25-3-2025

Kongsi melalui

486362663_680134984589264_5341030805127397976_n.jpg


Selepas diperkenalkan di China tahun lalu, Haval H6 facelift 2024 kini rasmi memasuki pasaran Thailand, diumumkan semasa acara Bangkok International Motor Show 2025 (BIMS 2025) yang kini sedang berlangsung. 


Namun, berbanding versi China yang menerima kemas kini lebih menyeluruh, versi Thailand hanya diberikan perubahan pada bahagian hadapan, manakala rekaan belakang masih mengekalkan rupa asal.


Harga dan Varian Haval H6 di Thailand


486447321_680137297922366_5933240112531315576_n.jpg


Bagi pasaran Thailand, tiga varian ditawarkan iaitu H6 HEV Pro pada harga THB929,000 (~RM122,000), H6 PHEV Pro pada THB1,049,000 (~RM137,000) dan H6 PHEV Ultra pada harga THB1.149 juta (RM150,000). Sebagai perbandingan, di Malaysia hanya satu varian dipasarkan, iaitu H6 HEV CKD pada harga RM139,800.


Baca: GWM Haval H6 HEV Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM139,800!


Perubahan Rekaan: Tumpuan pada Bahagian Hadapan


486361096_680144767921619_4906679932777588335_n.jpg


Dengan kemas kini facelift ini, H6 kini kelihatan lebih agresif dengan gril krom smoked dan bampar baharu, dipadankan dengan lampu LED hitam smoked yang mengintegrasikan sistem pencahayaan "Waterfall Signature". 


Exquisite_02.jpg


Penampilannya diserlahkan lagi dengan kemasan hitam ‘piano’ pada trim pintu, trim but, bingkai tingkap sisi,dan rel bumbung, di samping jalur lampu belakang yang turut diberi kesan warna smoked seperti depan.


Semua varian menggunakan rim aloi 19 inci dengan kemasan hitam smoked, manakala varian tertinggi PHEV Ultra hadir dengan angkup brek merah untuk gaya lebih sporty.


Kemaskini Dalaman: Lebih Canggih dan Mewah


Interior_03.jpg


Di bahagian kabin, gaya premium diserlahkan melalui penggunaan warna tema warna hitam dan perak. Paparan infotainmen kini diperbesarkan dari 12.3 inci kepada 14.6 inci serta dilengkapi sistem terkini GWM Coffee OS 3.0, dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8155. Untuk pasaran Thailand, sistem navigasinya menggunakan Huawei Petal Map. 


Kelengkapan lain yang disediakan ialah stereng berbentuk D dan tombol gear elektronik. Untuk pengalaman pemanduan premium, sistem audio Amor Hi-Fi dan pengecas telefon tanpa wayar 50W turut disediakan. 


Spesifikasi Enjin: Kuasa Sama, Prestasi Konsisten


486317737_680151827920913_5538978231666354666_n.jpg


Kesemua varian menggunakan enjin yang sama dengan versi pra-facelift iaitu 1.5L turbo. Varian HEV menghasilkan 243 hp / 530 Nm. Sementara itu, varian PHEV memiliki output 326 hp/530 Nm, dengan bateri berkapasiti 27.54 kWj yang boleh dicas dengan pengecas DC 41 kW (CCS Type 2), yang memberikan jarak perjalanan EV sehingga 150 km. 


Sistem Keselamatan Dipertingkat


H6 facelift disematkan dengan lebih 31 ciri keselamatan pintar, antaranya kamera 540 darjah (pandangan atas dan bawah kenderaan), amaran keluar lorong (LDW), bantuan kekal lorong (LKA) dan bantuan pemusatan lorong (LCK). 


Bila Malaysia Akan Terima Model Ini?


Kehadiran H6 facelift di Thailand tidak bermakna Malaysia akan menerimanya dalam waktu terdekat.  Ini kerana model sedia ada baru sahaja dijual selama enam bulan, menjadikannya masih terlalu awal untuk diperbaharui. Dengan angka jualan tempatan kurang daripada 2,000 unit, sebarang peningkatan besar berkemungkinan hanya akan berlaku pada tahun 2026.


IMG-20240911-WA0084.jpg


Haval H6 HEV yang kini ditawarkan di Malaysia


Diharapkan apabila tiba di Malaysia, kita mendapat facelift penuh seperti yang dilancarkan di China, dan bukannya sekadar perubahan kecil seperti yang berlaku di Thailand.

Baca: [PANDU UJI] Pengalaman Memandu SUV Haval H6 HEV Sekitar 800 KM – 8 Ciri Menarik

Tag:

Haval H6
GWM Haval H6 Facelift
GWM Thailand
Haval H6 HEV Facelift 2024
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Ramadan: GWM Malaysia Tawar Promosi Eksklusif Untuk Pelanggan Baharu, Dapat Jimat Sampai RM25,000!

Ramadan: GWM Malaysia Tawar Promosi Eksklusif Untuk Pelanggan Baharu, Dapat Jimat Sampai RM25,000!

GWM Malaysia menawarkan pelbagai ganjaran menarik sempena bulan Ramadan ini.

05-03-2025
Kereta Baru
GWM Haval H6 HEV Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM139,800!

GWM Haval H6 HEV Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM139,800!

Haval H6 Hybrid Electric Vehicle (HEV) kini rasmi di Malaysia. Ini spesifikasinya...

09-10-2024
Pandu Uji
[PANDU UJI] Pengalaman Memandu SUV Haval H6 HEV Sekitar 800 KM – 8 Ciri Menarik

[PANDU UJI] Pengalaman Memandu SUV Haval H6 HEV Sekitar 800 KM – 8 Ciri Menarik

Daripada sesi pandu uji ini 'terbongkar' rahsia kenapa model ini merupakan yang terlaris selama 12 TAHUN berturut-turut di pasaran China.

22-09-2024
Berita Auto
GWM Haval H6 HEV Kini Boleh Ditempah – Harga Bawah RM145K

GWM Haval H6 HEV Kini Boleh Ditempah – Harga Bawah RM145K

GWM Malaysia kini secara rasmi membuka tempahan untuk SUV segmen C keluaran GWM, Haval H6 Hybrid Electric Vehicle (HEV).

03-09-2024
Global
GWM ORA 07 Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Tak Lama Lagi?

GWM ORA 07 Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Tak Lama Lagi?

Syarikat automotif China, GWM, telah melancarkan EV terbarunya untuk pasaran Thailand. Apa yang menarik?

01-12-2023
Global
GWM China Rancang Pemasangan Bateri EV dan Tubuh Pusat Penyelidikan di Thailand

GWM China Rancang Pemasangan Bateri EV dan Tubuh Pusat Penyelidikan di Thailand

Great Wall Motor Co Ltd (GWM) dari China merancang untuk melabur hingga US$30 juta (RM138.24 juta) di Thailand.

31-05-2023

Berita Terkini

Global
Aston Martin DBX S Meluncur Lebih Laju Daripada 707

Aston Martin DBX S Meluncur Lebih Laju Daripada 707

Aston Martin kini menawarkan SUV DBX dalam versi garang, DBX S, model yang tampil dengan kuasa lebih tinggi berbanding DBX 707.

30-04-2025
Global
Ferrari 296 Speciale – PHEV Paling Liar, Cecah 868 HP!

Ferrari 296 Speciale – PHEV Paling Liar, Cecah 868 HP!

Selepas hampir empat tahun berada di pasaran, Ferrari 296 akhirnya menyertai barisan eksklusif model "Speciale".

30-04-2025
Global
Ini Dia Info Chery Tiggo 4 HEV CSH, Enjin 1.5 Liter, Boleh Gerak Lebih 1,000 KM?

Ini Dia Info Chery Tiggo 4 HEV CSH, Enjin 1.5 Liter, Boleh Gerak Lebih 1,000 KM?

Tiggo 4 HEV bakal menembusi pasaran tempatan, tidak lama lagi.

29-04-2025
Global
SAH: Omoda C3 Didedah, Sah Masuk Malaysia

SAH: Omoda C3 Didedah, Sah Masuk Malaysia

Chery buat julung kalinya, menayangkan SUV kompak terbaharunya, Omoda C3 di Wuhu, wilayah Anhui, China, baru-baru ini.

28-04-2025
Global
Auto Shanghai 2025: Ini Dia Kereta Konsep Mercedes Benz, Vision V, Rekaan Melampau!

Auto Shanghai 2025: Ini Dia Kereta Konsep Mercedes Benz, Vision V, Rekaan Melampau!

Mercedes-Benz mendedahkan kereta konsep terbaharunya, Mercedes-Benz V Vison yang pada Auto Shanghai 2025, baru-baru ini.

28-04-2025
Global
Auto Shanghai 2025: Chery Tiggo 8 PHEV Bakal Masuk Malaysia?

Auto Shanghai 2025: Chery Tiggo 8 PHEV Bakal Masuk Malaysia?

Chery Tiggo 8 ini akan didedahkan di Malaysia pada bulan depan.

25-04-2025
Global
Auto Shanghai 2025: iCAUR V23 Bakal Didedah Di Malaysia

Auto Shanghai 2025: iCAUR V23 Bakal Didedah Di Malaysia

Jenama iCAUR didedahka pada MAS 2025.

25-04-2025
Global
Auto Shanghai 2025: Chery Dedah Info Lepas L8

Auto Shanghai 2025: Chery Dedah Info Lepas L8

Lepas L8 diperkenalkan sebagai sebuah SUV segmen D.

25-04-2025