BIMS 2025: Geely Star Wish Dipamerkan, Ini Proton e.MAS 5?

Geely Star Wish, atau nama lainnya, Geome Xingyuan di China, kini menjadi tumpuan di Bangkok International Motor Show 2025 (BIMS 2025).
Menurut portal automotif Thailand, car2day, model yang dipertontonkan ini adalah dalam versi pemanduan sebelah kiri (LHD) dengan dimensi sepanjang 4,135 mm, lebar 1,805 mm, tinggi 1,570 mm dan jarak roda 2,650 mm.
Proton e.MAS 5 Dijangka Dilancarkan Tahun Ini

Walaupun tarikh pelancaran rasmi untuk pasaran Thailand masih belum diumumkan, Timbalan CEO Proton, Roslan Abdullah, mengesahkan minggu lalu bahawa model Proton e.MAS 5, yang merupakan versi rebadge atau rekaan semula Star Wish, akan dilancarkan di Malaysia tahun ini.
Berdasarkan perkembangan terkini, kedua-dua model ini sudah sedia untuk diperkenalkan secara rasmi, namun, butiran terperinci masih dirahsiakan. Ini mungkin satu strategi Proton untuk meningkatkan ketererujaan sama seperti yang dilakukan Proton sebelum pelancaran e.MAS 7.
Baca: Proton Sahkan e.MAS Kedua Bakal Muncul, Bateri Dibekal Sekali, Yang Penting Tak Perlu Sewa!
Thailand atau Malaysia Dulu?
Persoalannya, pasaran manakah yang akan menerima model ini terlebih dahulu, Star Wish di Thailand atau e.MAS 5 di Malaysia? Selain itu, harga jualan juga menjadi tanda tanya.
Sekiranya Proton memilih untuk menerima e.MAS 5 dalam versi import sepenuhnya (CBU), harga permulaannya dijangka mencecah RM100,000 atau lebih. Namun, kos boleh dikurangkan sekiranya model ini dipasang secara tempatan (CKD) di kilang EV Proton baharu.
Kilang yang menelan belanja sebanyak RM82 juta itu dijadualkan siap menjelang akhir 2025, tetapi masih belum jelas sama ada ia boleh beroperasi lebih awal untuk menghasilkan e.MAS 5 sebelum tahun ini berakhir.
Sebaik kilang siap dibangunkan kelak, ada kemungkinan Geely Star Wish juga akan dipasang di Malaysia untuk pasaran eksport seperti Thailand.
Spesifikasi Star Wish: Teknologi Terkini Dalam Pakej Kecil

Star Wish yang dipamerkan di BIMS 2025 ini hadir dengan skrin infotainmen 14.6 inci, kluster instrumen digital 8.8 inci dan pencahayaan ambien 256 warna.
Ciri lain termasuk pilihan sistem audio empat atau enam pembesar suara, bekalan kuasa luaran 3.3 kW, tempat duduk hadapan larasan manual atau elektrik, pengecas tanpa wayar 50W dengan sistem penyejukan, serta sistem keselamatan ADAS yang komprehensif.


Untuk pilihan trenkuasa, terdapat dua varian ditawarkan iaitu Standard Range dan Extended Range. Varian Standard Range, dikuasakan oleh satu motor yang menggerakkan roda belakang dengan kuasa 79 hp dan tork 130 Nm. Kelajuan maksimum varian ini ialah 125 km/j. Varian ini dibekalkan dengan bateri LFP 30.12 kWj yang membolehkannya mencapai jarak perjalanan sehingga 310 km (CLTC). Bateri boleh dicas dengan pengecas pantas DC hingga 58 kW.
Seterusnya, varian Extended Range turut menggunakan satu motor pacuan roda belakang, namun dengan output kuasa lebih tinggi iaitu 116 hp dan tork 150 Nm. Kelajuan maksimumnya ialah 135 km/j. Varian ini dikuasakan oleh bateri LFP berkapasiti 40.16 kWj yang menjanjikan jarak perjalanan sehingga 410 km (CLTC). Bateri boleh dicas dengan pengecas DC hingga 86 kW.
Harga Pasaran Masih Misteri
Di BIMS 2025, harga rasmi Star Wish masih belum diumumkan. Namun, di China, model ini dijual pada harga bermula RMB69,800 (~RM46,000). Walau bagaimanapun, harga untuk pasaran Thailand dan Malaysia dijangka jauh lebih tinggi, seperti yang berlaku pada Geely E5 dan Proton e.MAS 7.
Sumber: Car2Day
Baca: Proton Mula Pembinaan Kilang EV Berteknologi Tinggi Di Tanjung Malim
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQB7354
SELANGOR
BSK4727
JOHOR
JYL8703
PULAU PINANG
PRW1876
PERAK
APC9085
PAHANG
CFE3027
KEDAH
KGD2375
NEGERI SEMBILAN
NEH7248
KOTA KINABALU
SJP296
KUCHING
QAB6217M
Terakhir Kemas Kini 28 Nov, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.63
-0.02
RON 97
RM 3.26
-0.02
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.08
-0.02
EURO 5 B7
RM 3.28
-0.02
Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2025
Berita Berkaitan
Auto Shanghai 2025: ‘Proton e.MAS 5’ Dipamerkan?
Geome Xingyuan yang dilancarkan di China pada Oktober tahun lalu, dipertontonkan kepada umum di acara Auto Shanghai 2025.
25-04-2025
Geome Xingyuan Dilancarkan di China – Dari RM42K, Cecah 410 KM Sekali Cas!
Geely baru-baru ini secara rasminya telah melancarkan model EV, Geome Xingyuan di China.
13-10-2024
Geely Geome Xingyuan Didedahkan Di China – Mungkin Proton e.MAS Yang Akan Datang?
Geely baru-baru ini mendedahkan imej rasmi model hatchback elektrik terbarunya di China, yang dikenali sebagai Geely Geome Xingyuan.
04-09-2024
Proton e.MAS Kini Miliki Lebih 50 Cawangan, Antara Pengedar EV Terbesar Di Malaysia
Pengedar rasmi Proton e.MAS, kini merupakan rangkaian pengedar kenderaan elektrik (EV) terbesar di Malaysia memandangkan ia kini mempunyai lebih 50 cawangan di seluruh negara, setakat ini.
27-10-2025
Proton e.MAS 5 Bakal Tiba Dengan Kabin Hitam?
Nampaknya, Proton e.MAS 5 bakal ditawarkan dalam versi kabin berwarna hitam. Pilihan warna kabin yang gelap ini dipamerkan ‘dalam diam’ oleh Proton di beberapa lokasi roadshow Jelajah MISI 5 yang kini sedang berlangsung.
25-09-2025
Proton Lancar Kilang EV Pertama Malaysia Di Tanjung Malim
Dalam tempoh kurang setahun selepas majlis pecah tanah, Proton telah merasmikan kilang pengeluaran kenderaan elektrik (EV) pertamanya di Tanjung Malim, Perak.
05-09-2025
Proton e.MAS 5 Turut 'Berarak' Di Dataran Putrajaya
‘Tradisi’ pengenalan model EV e.MAS kepada umum di bulan Merdeka diteruskan tahun ini untuk model hatchback kompak yang bakal dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi, Proton e.MAS 5.
01-09-2025
Kritikan Didengar, Proton e.Mas 7 Kini Lebih Canggih & Menawan – Apple CarPlay, Obsidian Black
Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat PROTON, hari ini secara rasmi melancarkan varian terbaru yang lebih ‘mengancam’ untuk EV e.Mas 7.
02-07-2025
Berita Terkini
Yinson GreenTech & PDT Bersatu Percepat Revolusi Mobiliti Elektrik di Johor
Yinson GreenTech, melalui anak syarikatnya, penyedia kenderaan elektrik (EV) sewa, drivEV, telah menjalinkan kerjasama strategik dengan Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dalam usaha memajukan matlamat mobiliti hijau di negeri Johor.
26-11-2025
Ini Dia SUV Ruggged, Kia EV5 Weekender, Lasak, Macho Habis
Kia menayangkan kereta konsep terbaharunya, Kia EV5 Weekender pada pameran Auto Guangzhou 2025, China baru-baru ini.
25-11-2025
Semakin Ramai 'Lembut Hati' Beralih Kepada EV, Tetapi Cukupkah Infrastruktur EV Malaysia?
Semakin ramai orang mula ‘berlembut hati’ untuk beralih kepada kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, namun adakah negara kita benar-benar bersedia untuk menampung pengunaan EV secara besar-besaran? Ini kupasannya…
24-11-2025
Cayenne Electric Diperkenalkan, Model Paling Berkuasa Porsche Setakat Ini, Capai 1,140 HP!
Jenama kereta sport ikonik Jerman, Porsche, akhirnya memperkenalkan Porsche Cayenne Electric!
20-11-2025
Gentari Go 2.0: Semakin Interaktif, Ganjaran Berlimpah, Paling Komprehensif Setakat Ini?
Setelah memperkenalkan ciri Trip Planner (perancang perjalanan) pada Januari lalu, Gentari kini melangkah setapak lagi ke hadapan dengan naik taraf besar kepada aplikasi mudah alihnya, yang kini dikenali sebagai Gentari Go 2.0.
20-11-2025
Rekaan EV Leapmotor A10 Didedahkan Menjelang Kemunculan Rasmi Di Auto Guangzhou 2025
Leapmotor A10 serba baharu telah didedahkan di China secara dalam talian menjelang penampilan global pertamanya di Pameran Auto Guangzhou 2025 hujung minggu ini.
19-11-2025
EV Jeep Recon Dikeluarkan Tahun 2026 – Capai 650 HP
Jeep Recon bakal memasuki fasa pengeluaran awal tahun 2026. Menjelang ketibaannya, spesifikasi dan harga jualan bagi pasaran Amerika Utara telah didedahkan.
19-11-2025
Leapmotor B10 Kini Boleh Ditempah – Anggaran Dari RM110K
Leapmotor Malaysia hari ini secara rasmi mengumumkan bahawa tempahan bagi kenderaan elektrik (EV) baharu, Leapmotor B10, kini dibuka kepada umum.
17-11-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat

