Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

SAH: Jetour Dashing 2025 Bakal Dilancar April Ini

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selepas setahun membuat penampilan pertamanya di Malaysia, Jetour Dashing kini sudah bersedia untuk membuat penampilan pertamanya pada April tahun ini.

Perkara ini disahkan oleh Jetour Auto Malaysia menerusi halaman rasmi Facebooknya.

Bagi yang tidak biasa dengan jenama Jetour, pengeluar kereta dari China ini merupakan sebahagian daripada Chery Holding Group. Namun, ia beroperasi secara berasingan daripada sub-jenama Chery lain di Malaysia, yang berada di bawah naungan Chery International.

image.pngimage.png

Melihat rekaannya, ia menampilkan reka bentuk yang cukup  tajam dan hadir  dalam gaya badan SUV sporty ala coupe. 

Dari segi dimensi, Dashing agak  setanding dengan SUV segmen-C lain di pasaran kita dimana ukuran panjangnya adalah 4,590 mm, lebar 1,900 mm, tinggi 1,685 mm, dan jarak roda 2,720 mm.

Menjengah bahagian kabinnya, Jetour Dashing hadir secara eksklusif dalam konfigurasi dua baris dengan lima tempat duduk.

image.pngimage.png

Bahagian tempat duduknya dibaluti dengan material kulit, , tempat duduk bahagian pemandu boleh dilaraskan secara automatik, ada  pad pengecasan tanpa wayar 50-watt, serta skrin berkembar 10.25 inci yang menempatkan kluster instrumen digital dan sistem infotainmen yang menyokong Android Auto serta Apple CarPlay.

Bagi pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD) seperti Malaysia, Dashing hanya ditawarkan dalam versi enjin pembakaran dalaman (ICE).

Buat masa ini, tiada tarikh terperinci atau harga tentatif diumumkan oleh pembuat kereta itu, tetapi butirannya akan didedahkan selewat-lewatnya pada  April 2025.

Ia yang disumbat dengan enjin petrol turbo 1.5 silinder dapat menghamburkan kuasa setakat 156 hp dan tork 230 Nm. Enjinnya dipadankan dengan transmisi automatik DCT 6-kelajuan yang menyalurkan kuasa ke roda hadapan (FWD).

image.png

Seperti mana yang didedahkan sebelum ini, Jetour Dashing baharu akan dipasang secara tempatan (CKD) di Malaysia. 

Pembuat kereta itu ada menyuarakan hasratnya untuk membuka 20 cawangan di seluruh negara, dimana 10 daripadanya, terdiri daripada pusat 3S dan 4S, yang akan dibuka pada suku pertama tahun ini. 

Gallery

Tag:

Jetour Malaysia
Jetour Dashing CKD
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

16-02-2026
Pandu Uji

12-02-2026
Berita Auto

09-02-2026
Berita Auto

04-02-2026
Kereta Baru

26-01-2026
Berita Auto
Kereta Baru
Kereta Baru

Berita Terkini

Berita Auto

Beberapa Kawasan Di Lembah Klang Dilanda Banjir

Warga kota dinasihatkan tidak meredah banjir.

08-05-2026
Berita Auto

Jalan Bukit Bintang Ditutup Sempena program Quranic Madani malam ini

Jalan Bukit Bintang akan ditutup secara berperingkat bermula tengah malam ini.

08-05-2026
Berita Auto

Gandingan Dua Gergasi: Kia Malaysia Lantik Cycle & Carriage Sebagai Pengedar Baharu

Kia Sales Malaysia lantik Cycle & Carriage sebagai pengedar sah, perkukuh rangkaian jualan.

08-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai

Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.

07-05-2026
Berita Auto

Harga RON95, Diesel Tanpa Subsidi Naik 5 Sen

Harga runcit RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing naik lima sen.

06-05-2026
Berita Auto

Waspada Pemandu! Senarai Lokasi 'Hotspot' Banjir Kilat di Lembah Klang.

Beberapa kawasan di Lembah Klang dilanda banjir kilat.

06-05-2026
Berita Auto

Feytech Menang Kontrak Proton RM96.8 Juta; Bakal Bekal Sarung Tempat Duduk Model Baharu Proton

Feytech Holdings Bhd meraih kontrak bernilai RM96.83 juta untuk membekalkan sarung tempat duduk untuk model baharu Proton.

06-05-2026