Link Copiedcheck_circle
EV

Spesifikasi MG4 Terbaru Didedahkan – Lebih Besar, Ringan & Menyerlah

Sofea Najmi

20-3-2025

Kongsi melalui

MG-4-EV_01.jpg


Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China telah mendedahkan permohonan baharu daripada MG untuk model hatchback elektrik MG4. Spesifikasi yang didedahkan menunjukkan bahawa model ini telah diberikan perubahan dalam pelbagai aspek termasuk rekaan dan mekanikal. 


Rekaan Lebih Menyerlah 


MG-4-EV_01.jpgCaricarz-MBA-MG4-XPower-EXT-3-full.jpg


Rekaan terbaru MG4 yang didedahkan MIIT China (kiri) dan MG4 yang kini ditawarkan di pasaran (kanan)


Dari segi ukuran, model baharu ini lebih besar berbanding generasi sebelumnya, dengan dimensi sepanjang 4,395 mm, lebar 1,842 mm, tinggi 1,551 mm, serta jarak roda 2,750 mm. Sebagai perbandingan, MG4 terdahulu berukuran 4,287 mm panjang, 1,836 mm lebar, 1,516 mm tinggi dan jarak roda 2,705 mm. Jarak rodanya bertambah sebanyak 45 mm berbanding model yang kini berada di pasaran. 


MG-4-EV_02.jpgCaricarz-MBA-MG4-XPower-EXT-16-full.jpg


Reka bentuk belakang MG4 terbaru (kiri) dan MG4 yang kini ditawarkan di pasaran (kanan)


Turut menerima sentuhan baharu ialah reka bentuknya. Bahagian depan, pintu dan belakang diberikan rekaan semula, termasuk bumbung yang lebih aerodinamik. Rekaannya dilihat banyak mengambil inspirasi daripada MG3, dengan elemen tambahan yang menyerupai model MG Cyberster. 


MG-4-EV_03-scaled.jpg


Elemen rekaan MG4 terbaru 


Di bahagian belakang, model ini diberikan jalur LED lebar yang moden dan lampu belakang berbentuk anak panah untuk yang membuatkannya kelihatan lebih menyerlah. 


Lebih Ringan, Lebih Efisien


Dari segi prestasi, MG4 baharu dikuasakan oleh motor elektrik 120 kW, membolehkannya mencapai kelajuan maksimum 160 km/j dengan berat keseluruhan 1,485 kg. Sebagai perbandingan, model semasa menggunakan motor 125 kW yang dipasang di bahagian belakang tetapi dengan badan yang lebih berat iaitu 1,641 kg. Pengurangan berat ini menunjukkan bahawa model ini mungkin memiliki tahap penggunaan tenaga yang lebih efisien dan nisbah berat-kuasa yang lebih baik. 


thumb-MG4-XPower-Review.jpg


Buat masa ini, tiada maklumat didedahkan mengenai varian lain, tetapi dijangka beberapa pilihan dijangka akan ditawarkan, termasuk versi berprestasi tinggi seperti MG4 XPower. Di Malaysia, MG4 ditawarkan dalam empat varian, dengan model XPower dikuasakan oleh dua motor, pacuan semua roda (AWD) berkuasa 429 hp (320 kW) dan tork 600 Nm.


Bateri untuk model baharu ini dijangka masih menggunakan unit lithium logam fosfat (LFP) yang dibekalkan oleh Rept Battero Energy, namun kapasiti spesifik masih belum didedahkan. Untuk makluman, varian asas MG4 sedia ada menggunakan bateri 51 kWj.


Persaingan Sengit, Jualan Merosot di China


Caricarz-Social-MBA-MG4-XPower-Review-14.jpg


Kemaskini menyeluruh pada MG4 ini berkemungkinan salah satu daripada strategi MG untuk menghidupkan kembali jualan model ini yang merosot selepas kemuncak awal pada pertengahan 2022. MG4 kini berdepan saingan sengit daripada model seperti BYD Dolphin, Wuling Bingo dan Geely Xingyuan. Pada Februari lalu, hanya 13 unit MG4 terjual di China, mencerminkan cabaran yang dihadapi oleh jenama itu di pasaran domestik.


Sebaliknya, jualan MG4 di luar China menunjukkan prestasi lebih memberangsangkan. Di Malaysia, sebagai contoh, sebanyak 64 unit MG4 telah terjual dalam tempoh dua bulan pertama 2025, menandakan permintaan yang positif terhadap model ini.

Sumber: CarNewsChina

Baca: MG4 EV Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM103,999, Capai 429 HP & 520 KM!

Baca: Ada Berita Baik Bagi Yang Nak Beli MG Sebab Ada Penjimatan Eksklusif


Tag:

MG4
MG4 EV
Kementerian Industri dan Teknologi Informasi (MIIT) China
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Ada Berita Baik Bagi Yang Nak Beli MG Sebab Ada Penjimatan Eksklusif

MG Motor Malaysia menawarkan penjimatan eksklusif sempena Hari Raya Aidilfitri.

07-03-2025
Global

Jenama IM Motors Digantikan Kepada MG, Satu Langkah Strategik Agar Laris?

Jenama kereta IM bakal ditukarkan kepada MG. Kenapa?

26-02-2024
Berita Auto

TikToker Gigih Rakam Video, Selepas MG4 Terlibat Dalam Kemalangan

Iman sempat menunjukkan keadaan kereta MG4 selepas terlibat dalam satu kemalangan, baru-baru ini.

04-10-2024
Berita Auto

MG Malaysia Kini Miliki 10 Pusat Pengedaran di Seluruh Negara – Sasar Lebih Banyak Lokasi Tahun Ini

MG Malaysia (SAIC Motor Malaysia Sdn Bhd) hari ini mengumumkan bahawa mereka kini memiliki 10 cawangan pengedar sah di seluruh Malaysia.

19-04-2024
Kereta Baru

Pratonton MG4 EV: 4 Varian, Capai 520 KM, Harga Dari RM104K

Ini dia spesifikasi terperinci MG4 EV yang bakal masuki pasaran tempatan tak lama lagi.

28-02-2024
Global

Jenama IM Motors Digantikan Kepada MG, Satu Langkah Strategik Agar Laris?

Jenama kereta IM bakal ditukarkan kepada MG. Kenapa?

26-02-2024

Berita Terkini

EV

EV Bajet TQ Wuling Bingo Bakal Dilancarkan Di Malaysia – CKD, Bawah RM100,000?

Tan Chong Motor Holdings (TCMH) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama pengeluar kenderaan elektrik (EV) terkemuka China, SAIC-GM-Wuling (SGM Wuling).

05-05-2025
EV

Perak Mahu Perluas Stesen Cas EV, 500 Pengecas Akan Dibina Tahun Ini

Langkah itu sejajar dengan trend global ke arah pengurangan pelepasan karbon dioksida.

05-05-2025
EV

Thailand Laksana Cukai 'Mesra' PHEV, Malaysia Bila Lagi?

Kerajaan Thailand meluluskan penstrukturan semula cukai kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) yang akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2026.

05-05-2025
EV

Lebih 6,000 Tempahan di Malaysia, Kini e.MAS 7 Uji Pasaran Singapura

Selepas lebih sedekad, jenama automotif kebanggaan Malaysia, Proton, kini kembali ke pasaran Singapura.

05-05-2025
EV

Kena Intip: Perodua e.MO-II Sedang Diuji Di DUKE

Perodua e.MO-II sedang diuji di DUKE, baru-baru ini.

05-05-2025
EV

Jualan,Pengecasan EV Semakin Melonjak, Bagaimana Pula Langkah Lupuskan Bateri EV?

Biarpun, masih awal untuk bimbang mengenai pelupusan bateri, namun sudah tiba masanya, kerajaan sudah mula mewujudkan loji kitar semula bateri EV yang khusus.

03-05-2025
EV

Bateri CATL Tidak Boleh Terbakar, Meletup

CATL mengesahkan bahawa baterinya tidak boleh terbakar atau meletup, walaupun berlaku kegagalan haba dalaman .

02-05-2025
EV

Pameran Pertama Denza Malaysia Gegar TRX, Ini Yang Menarik

Denza Malaysia membuat kemunculan umum pertamanya di khalayak ramai setelah memasuki pasaran negara secara rasmi pada Februari lalu.

02-05-2025