Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tragedi Aidilfitri: Tayar Lori Pecah Punca 5 Nyawa Melayang!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png


Sekurang-kurangnya lima maut, angkara tayar lori pecah!

Kemalangan ngeri itu melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer 58.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan, Kluang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, hasil siasatan awal kejadian berlaku ketika treler kontena jenis Volvo dipandu lelaki berusia 35 dalam perjalanan dari arah Johor Bahru ke Kuala Lumpur.

Menurutnya, tayar hadapan sebelah kanan dikatakan pecah menyebabkannya kenderaan itu hilang kawalan sebelum bergesel dengan sebuah kereta Toyota Camry yang turut dalam arah perjalanan sama.

image.pngimage.png

“Akibat kejadian itu lori kontena itu telah terbabas dan memasuki laluan bertentangan dan berlanggar dengan kereta Proton X50 dan Honda Stepwagon Spada,” katanya.

Bagaimanapun, pelanggaran itu turut menyebabkan berlaku kebakaran ke atas kereta Honda Stepwagon Spada.

Mujur, semua mangsa sempat dikeluarkan pengguna jalan yang kebetulan berada di lokasi kejadian

Mangsa yang meninggal dunia ditempat kejadian adalah pemandu dan penumpang Proton X50, Iklil Nuraudah Muhammad Redzaa, 23, lelaki dipercayai Melayu berumur 20-an dan penumpang Honda Stepwagon Spada, Mariam Nasarudin, 2.

Sementara itu, pemandu dan penumpang hadapan Honda Stepwagon Spada yang maut adalah  pasangan suami isteri, Nasaarudin Pardi, 36, dan Siti Khazira Bani, 35, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.


Gallery

Tag:

Honda stepwagon
Toyota Camry
X50
Kluang
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Toyota Camry GT-S Concept Didedahkan – Bakal Muncul Sebagai 'Hero' Di SEMA 2025 AS

Toyota telah mencuri tumpuan di Amerika Syarikat (AS) dengan pendedahan model konsep istimewa, Toyota Camry GT-S Concept.

27-10-2025
Berita Auto

Toyota Camry Bapa Mentua Dilarikan Dari Pusat Cuci Kereta

Seorang lelaki yang membawa kereta milik bapa mentuanya untuk dicuci di sebuah pusat cuci kereta di Johor Bahru terkejut besar apabila dimaklumkan ia sebenarnya sudah dilarikan oleh seorang lelaki lain yang mendakwa rakannya.

09-09-2025
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal Minyak, Kereta Pelanggan Terjatuh Dari Tingkat Tiga

Gara-gara tersilap tekan pedal minyak, seorang pekerja cuci kereta warga Afghanistan parah selepas kereta pelanggan yang dipandunya terjunam dari tingkat tiga.

16-06-2025
Berita Auto

Kerajaan Pulau Pinang Beli 15 Buah Toyota Camry Untuk Kegunaan Rasmi

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membeli 15 kenderaan baharu jenis Toyota Camry 2.5V (AT) (CBU) bernilai RM3,311,895 bagi menggantikan kereta rasmi yang dibeli pada 2020.

22-05-2025
Berita Auto

UMWT Serah Barisan Model xEV Kepada MoT

Penyerahan ini bertujuan membolehkan MOT menilai keupayaan sebenar teknologi elektrifikasi dalam penggunaan harian.

01-05-2025
Global

Toyota Camry Generasi Ke-9 Hadir Dalam Edisi Khas 'Glorious Edition' Di China – Lebih Canggih & Mewah

Keterujaan masih terasa sejak ketibaan Toyota Camry generasi kesembilan di acara automotif KLIMS 2024 pada awal bulan ini.

27-12-2024
Berita Auto

Toyota Camry 2.5V 2025 Dilancar, Harga Murah Sedikit Berbanding Camry Hybrid

Nampaknya, UMW Toyota Motor (UMWT) melancarkan secara senyap-senyap varian tanpa sistem hibrid, Toyota Camry 2.5V 2025.

23-12-2024
Berita Auto

Jualan UMWT Cecah 8,500 Unit Bulan Lepas

Hasil jualan yang positif ini juga menjadikan jumlah volum Tahun-ke-Tarikh (YTD) kini berada di sekitar 89,500 unit.

13-12-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026