Link Copiedcheck_circle
EV

XPeng G6 2025 Diperkenal – Lebih 80 Peningkatan, Rekaan Lebih Futuristik!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

6da514b8-0968-46d9-be6d-b4bd82bf4d0e_enhanced-1536x813c.jpg


XPeng G6 2025


XPeng secara rasmi melancarkan model G6 2025 versi facelift. Yang menariknya, walaupun diklasifikasikan sebagai model facelift, pelbagai ciri baharu yang diperkenalkan pada versi kali ini. Menurut CarNewsChina, model baharu ini hadir dengan 81 peningkatan serta 34% daripada komponen utamanya digantikan kepada yang lebih baik, termasuk penggunaan sistem pemanduan pintar canggih, AI Turing


Rekaan Lebih Garang & Moden


2165f1222d2e44479d6787a00f90de76.jpg


Dari segi rekaan, sudut depan G6 2025 mengalami perubahan ketara. Jalur lampu LED “galaxy light wing” yang merentangi keseluruhan hadapan menggantikan reka bentuk sebelumnya, memberikan rupa yang lebih moden dan aerodinamik. Jika diperhatikan, kedudukan lampu kali ini mirip Tesla Model Y “Juniper” yang baru sahaja dilancarkan bulan lepas.


2f9e3375ecf249ad91d7a37b43afe024.jpg


Logo XPeng kini dialihkan ke atas bonet, disertai lampu biru khas yang melambangkan teknologi AI untuk pemanduan pintar. Gril bawah kini berbentuk trapezoid dengan kemasan hitam, menyerlahkan imej lebih sporty


5b542fe699e14ab1a78b8ed53fc824ed.jpg


Sudut tepi pula kini kelihatan lebih kemas dengan rim aloi bergaya kelopak yang berwarna hitam. Lengkungan roda atau wheel arch juga kini kelihatan lebih minimal tanpa elemen cladding.


3755821f1a674e0b8dbeaf050a12b580.jpg


Sementara itu di bahagian belakang, bampar kini kelihatan berbeza, dan diberikan spoiler ducktail baharu untuk sentuhan lebih agresif.


Dengan perubahan bampar ini, dimensi G6 kini lebih panjang 3 mm, menjadikannya 4,758 mm, sementara lebarnya kekal pada 1,920mm, tinggi 1,650mm dan jarak roda 2,890 mm.


Kabin Kini Lebih Mewah & Canggih


13fff8b173be43149094ee50f254a43c.jpg


Di ruang dalaman, XPeng G6 kini hadir dengan pelbagai ciri baharu untuk meningkatkan aura premiumnya. Skema warna baharu, penggunaan bahan lebih berkualiti, serta susun atur yang terkini menjadikan kabin tampil lebih moden.


Skrin infotainmen kini lebih besar dengan saiz 15.6 inci, diiringi kluster instrumen digital 10.25 inci dan cermin pandang belakang digital bersaiz 9 inci.


Tempat duduk hadapan kini dilengkapi fungsi pengudaraan, pemanasan dan urutan canggih yang dibangunkan dengan kerjasama sebuah hospital ortopedik terkemuka. XPeng mendakwa fungsi urutan shiatsu ini adalah yang paling berkuasa dalam kelasnya yang mampu menawarkan keselesaan maksimum kepada penumpang.


d13db1fec2ee4c5caf572f701efab880.jpg


XPeng G6 2025 turut menawarkan nisbah ruang terbaik dalam kelasnya iaitu 85.6% dengan 12 tahap larasan bagi tempat duduk belakang untuk keselesaan optimum.


Sentuhan mewah diteruskan dengan kemasan suede ultra-halus di bumbung, dan pad pengecas tanpa wayar kini menggunakan bahan sentuhan lembut. Pada panel pintu pula, kini lebih daripada 50% adalah kulit. 


Jurang antara panel instrumen dan pintu turut diperkemaskan kepada hanya 5±2 mm, untuk gaya yang lebih kemas dan premium.


Panel papan pemuka kini menampilkan kemasan corak kayu bersama sistem pencahayaan ambien "galaxy rhythm", menambah aura elegan di dalam kabin.


Namun, belum dapat dipastikan jika tingkap belakang akan mendapat perlindungan kaca dua lapis (double glaze) seperti bahagian depan,  satu ciri yang tidak terdapat pada model sebelum ini. 


Prestasi & Cas Pantas 5C


image-(2).jpg


XPeng G6 2025 masih menggunakan satu motor dengan platform 800V. Motor elektrik yang dihasilkan di kilang Wuhan XPeng kini dengan peningkatan kuasa kecil kepada 292 hp (218 kW).


Bateri AI 5C ultra-pantas bukan sahaja meningkatkan jarak pemanduan, tetapi juga menjadikan tempoh pengecasan jauh lebih singkat daripada biasa. Walaupun angka rasmi mengenai jarak pemanduan masih belum didedahkan, XPeng menjanjikan kecekapan tenaga yang lebih baik.


Sementara itu, sistem pemanduan pintar dan autonomi canggih AI Turing yang disematkan pada XPeng kali ini menjanjikan pengalaman pemanduan yang lebih lancar dan intuitif.


Baca: XPeng Perkenal Sistem Pengecas Salur Lebih 1KM Dalam 1 Saat & Cip AI Canggih Untuk Pemanduan Autonomi


Pelancaran di China & Kemungkinan Masuk ke Malaysia


download.png


Penghantaran XPeng G6 2025 di China dijadualkan bermula awal Mac ini dengan unit pamerannya sudah pun tiba di pusat-pusat pengedaran negara tersebut.

Di Malaysia, XPeng G6 versi sebelum ini baru sahaja dilancarkan pada Ogos 2024 lalu. Bagi versi facelift ini pula, sebaik versi pemanduan sebelah kanannya tersedia, berkemungkinan besar ia akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia

Sumber: CarNewsChina, Top168

Baca: SUV Elektrik Xpeng G6 Raih 5 Bintang Dalam Euro NCAP!

Baca: SUV Elektrik Premium, Xpeng G7, Didedahkan Di China – Dari RM123K

Baca: XPeng X9 Sudah Masuk Thailand, Malaysia Seterusnya Bakal Terima X9?

Tag:

Xpeng G6
Xpeng G6 2025
XPeng G6 2025 Facelift
Xpeng China
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

01-10-2025
Kereta Baru

24-09-2025
EV

07-05-2025
EV

11-03-2025
Pandu Uji

24-01-2025
EV

03-10-2024
EV

12-09-2024
Berita Auto

28-08-2024

Berita Terkini

EV
Kenapa Nombor Plat EV Lambat Keluar Malaysia?

Kenapa Nombor Plat EV Lambat Keluar Malaysia?

Ada pemilik EV mengadu plat putih lambat siap. Adakah ia masalah sistem, vendor, atau kroni? Ketahui punca sebenar dan apa yang anda perlu buat.

17-04-2026
EV
Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham  EV "Bersuara"

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV
Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV
Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV
4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV
Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV
Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di  Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV
Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026