Link Copiedcheck_circle
EV

Auto Shanghai 2025: Perincian Leapmotor B01

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Percaya atau tidak, Leapmotor menunjukkan taringnya apabila syarikat terbabit mempamerkan keseluruhan barisan model terbaharunya di Auto Shanghai 2025, pagi tadi. Salah satunya adalah Leapmotor B01.

Selain B10, B01 juga dibina berdasarkan platform LEAP 3.5 iaitu  teknologi termaju Leapmotor yang menjanjikan prestasi pintar, keselamatan tinggi, serta pemanduan mencecah 600km.

image.png

Dari segi dimensi,  B01 berukuran 4,770 mm panjang dengan jarak roda 2,735 mm, lebar 1,880 mm,  dan tinggi 1,490 mm. Jadi, ia lebih kecil berbanding dengan C01.

image.pngimage.png

Dari segi visual, B01 menggunakan bahasa reka bentuk yang serupa dengan model SUV crossover B10 dan C10. Ia menampilkan rekaan minimalis dengan bar lampu nipis dan gril tertutup. 

Di bahagian belakang, ia hadir dengan lampu bar  sekali gus membuatkan ia  sepadan dengan bahagian hadapannya.

B01 menawarkan dua pilihan tren kuasa motor tunggal. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, model asas menghasilkan 177 hp, dipadankan dengan bateri LFP 56.2 kWh yang memberikan jarak perjalanan 420 KM mengikut penarafan WLTP.

Manakala, varian lebih tinggi pula mampu menghasilkan kuasa setakat 215 hp  dan menggunakan bateri lebih besar berkapasiti 67.1 kWh, yang membolehkan jarak perjalanan lebih panjang iaitu 530 KM (WLTP).

Seperti B10 dan C10, B01 menggunakan teknologi CTC 2.0 (Cell-to-Chassis) dari Leapmotor, yang meningkatkan ruang kabin, kekukuhan struktur, dan kecekapan pengecasan. 

Dengan seni bina 800-volt, pengecasan pantas dari 30% ke 80% hanya mengambil masa 19 hingga 20 minit. Sementara itu, pengecasan AC mengambil masa kira-kira 4.2 jam untuk bateri kecil dan 5.6 jam untuk pek yang lebih besar. Kedua-dua pek bateri ini dibekalkan oleh CALB.

image.png

Menjengah bahagian kabinnya, ia sebenarnya kelihatan sama dengan  B10 kerana mempunyai paparan instrumen digital 8.8 inci ada skrin sentuh 2.5K bersaiz 14.6 inci yang dikuasakan oleh pemproses Snapdragon.

Selain itu, terdapat juga sambungan  Apple CarPlay dan Android Auto namun ia  berbeza dengan model Leapmotor C10 yang kami uji baru-baru ini.

Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, sistem LiDAR yang dipasang di bumbung hanyalah ditawarkan sebagai pilihan, manakala cip Snapdragon SA8650 membolehkan keupayaan bantuan pemandu lanjutan untuk navigasi di lebuh raya dan bandar.

Walaupun SUV B10 disahkan akan dilancarkan  pasaran  kita, namun model B01 adalah model paling dinantikan untuk diperkenalkan di sini. 

image.png

Di China, B01 ditawarkan pada harga antara 100,000 yuan hingga 150,000 yuan (RM60,000 hingga RM90,000).

Memandangkan model Leapmotor C10 yang dipasarkan oleh Stellantis Malaysia kini menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan, namun B01 boleh dipertaruhka.

Jika harganya ditetapkan pada harga mampu milik, kami percaya ia mungkin menjadi EV yang mampu mengubah keadaan.

Gallery

Tag:

Leapmotor Stellantis
Leapmotor
Leapmotor B01
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Leapmotor Catat Prestasi Luar Biasa Sebagai Jenama Baharu, 293,00 Unit Pada 2024

Jenama automotif China, Leapmotor, telah mencatat prestasi memberangsangkan pada tahun 2024 meskipun kehadirannya masih baru di kebanyakan pasaran global, termasuk Malaysia.

23-01-2025
EV

SUV Elektrik Leapmotor B10 Dipertontonkan Di Paris Motor Show 2024

Jenama kenderaan elektrik (EV) China, Leapmotor, telah memperkenalkan buat pertama kalinya SUV elektrik segmen C terbaru mereka, Leapmotor B10.

16-10-2024
Berita Auto

Bilik Pameran Eksklusif Pertama Leapmotor Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil

Syarikat pengedar automotif terkemuka, Cycle & Carriage (C&C), telah melancarkan pembukaan cawangan bilik pameran pertama jenama kenderaan elektrik (EV), Leapmotor, di pusat beli-belah terkemuka, Pavilion Bukit Jalil.

09-01-2026
Global

Leapmotor Catat Jualan 536,132 Kereta Dari Jan-Nov 2025

Leapmotor mendedahkan bahawa pihaknya berjaya menjual sebanyak 536,132 kenderaan bermula dari Januari hingga November lepas.

16-12-2025
Global

Auto Guangzhou 2025: Leapmotor A10 Didedahkan Kepada Umum – Bakal Tiba Di Malaysia?

SUV crossover elektrik kompak Leapmotor A10 (B03X) akhirnya muncul menyerlahkan rekaannya untuk tatapan umum di Auto Guangzhou 2025.

24-11-2025
EV

Leapmotor B10 Kini Boleh Ditempah – Anggaran Dari RM110K

Leapmotor Malaysia hari ini secara rasmi mengumumkan bahawa tempahan bagi kenderaan elektrik (EV) baharu, Leapmotor B10, kini dibuka kepada umum.

17-11-2025
Global

Leapmotor B05 Ultra Diperkenalkan – Model Elektrik Yang Sporty

Pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China, Leapmotor, telah mendedahkan imej pertama Leapmotor B05 Ultra yang juga dikenali sebagai Lafa 5 Ultra di China.

09-10-2025
EV

Leapmotor B10 Didedah Di Thailand, Harga Di Bawah RM100K

Leapmotor B10 akhirnya membuat penampilannya di Thailand, baru-baru ini.

24-09-2025

Berita Terkini

EV

Lebih 3,000 Proton e.MAS 5 Terjual Setakat Bulan Lalu

PRO-NET, anak syarikat pengeluar kereta nasional PROTON, mengumumkan bahawa sebanyak 3,276 unit Proton e.MAS 5, model EV kedua di bawah jenama Proton e.MAS, telah terjual pada Januari lepas.

03-02-2026
EV

SUV Elektrik Zeekr 7X Terbukti 'Ganas' Tempuhi Cabaran Off-Road Di Sepang Bay 13

Siapa kata SUV elektrik hanya untuk kegunaan ‘manja’ di kawasan bandar atau pusat beli-belah? Jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) premium dari China, Zeekr, berjaya memadamkan stigma tersebut melalui model Zeekr 7X.

03-02-2026
EV

Proton e.MAS Mengganas Di Awal 2026! Serah Lebih 100 Unit Sehari

Jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) nasional, Proton e.MAS, memulakan kalendar 2026 dengan langkah kanan apabila mencatatkan angka penyerahan kenderaan yang cukup luar biasa bagi bulan Januari.

02-02-2026
EV

Jangan Risau, Proton e.MAS 7 PHEV Boleh Gerak Lebih 1,100 KM

Proton e.MAS 7 PHEV berjaya membuktikan keupayaannya dengan mencatatkan jarak keseluruhan 1,104.5 kilometer dengan satu cas penuh bateri dan satu tangki penuh bahan api, selain mengekalkan baki jarak pemanduan sejauh 189 kilometer.

30-01-2026
EV

Trak Elektrik Chery ‘Himla’ Dilancarkan – Dari RM73K Di China

Kurang setahun selepas kemunculan sulungnya di Auto Shanghai 2025, Kumpulan Chery kini menggegarkan pasaran global dengan pelancaran varian elektrik sepenuhnya (EV) bagi trak pikap di bawah jenama Himla.

28-01-2026
EV

Luxeed V9 Diperkenalkan – MPV Mewah Huawei-Chery, Capai 1,200 KM

Arena MPV mewah kini semakin hangat dengan kemunculan Luxeed V9, hasil kolaborasi strategik antara gergasi teknologi Huawei (HIMA) dan Chery.

26-01-2026
EV

JMEV SC-01 'Menakutkan' Jenama Kereta Sport Eropah – Elektrik, Laju, Ringan

Sudahlah laju, ringan pula tu! Model yang dimaksudkan ialah JMEV SC-01, jentera sport elektrik terbaru dari China yang berani mencabar jenama sport lain keluaran Eropah.

26-01-2026
EV

IKM Besut Terajui Pendidikan EV: Pengecas JomCharge Kini Dibuka Untuk Orang Awam

Institut Kemahiran MARA (IKM) Besut kini bukan sekadar pusat latihan kemahiran biasa, malah telah mengukuhkan posisinya sebagai hab teknologi hijau di Pantai Timur.

26-01-2026