Link Copiedcheck_circle
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CariCarz-Leapmotor-A10-4.png


Leapmotor secara rasmi telah mendedahkan ruang kabin jentera elektrik (EV), SUV kompak, A10 (kod B03X). Selepas membuat kemunculan sulung di pameran Auto Guangzhou tahun lalu, Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?


Bagaimana Rupa Paras Kabin Digital Leapmotor A10?


CariCarz-Leapmotor-A10-17.png


Masuk sahaja ke dalam kabin, mata anda akan terpaku pada skrin sentuh gergasi bersaiz 14.6 inci dengan resolusi 2.5K. Memandangkan tiada butang fizikal kelihatan pada papan pemuka, nampaknya hampir semua sistem kenderaan perlu dikawal secara digital.


CariCarz-Leapmotor-A10-16.png


Pemandu pula akan memegang stereng jenis dua jejari serta melihat paparan instrumen digital 8.88 inci. Segalanya nampak kemas, dengan corong udara berbentuk bujur, pad pengecas tanpa wayar dan sistem pencahayaan ambien yang menaikkan aura premium.


Adakah Leapmotor A10 Sebuah SUV Pintar?


CariCarz-Leapmotor-A10-8.png


‘Otak’ kepada sistem infotaimen jentera ini dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon SA8295. Sistem ini dilengkapi pembantu AI yang dijana oleh Qwen dari Alibaba.


CariCarz-Leapmotor-A10-14.pngCariCarz-Leapmotor-A10-12.pngCariCarz-Leapmotor-A10-11.pngCariCarz-Leapmotor-A10-10.png


Model ini turut dilaporkan memiliki bumbung kaca yang luas (siap ada penutup atau shade automatik), meja lipat di belakang penyandar kerusi hadapan, serta ruang storan rahsia di bawah tempat duduk barisan kedua dan lantai but.


Sejauh Mana Keunikan Reka Bentuk Luaran Leapmotor A10?


CariCarz-Leapmotor-A10-7.png

CariCarz-Leapmotor-A10-6.pngCariCarz-Leapmotor-A10-5.png


Menggunakan bahasa rekaan ‘Tech Natural Aesthetics 2.0’, A10 tampil dengan wajah yang seolah-olah sedang ‘tersenyum’, terutamanya pada unit lampu belakang. Antara ciri estetik lain termasuklah:

  • Gril tertutup sepenuhnya (identiti standard EV).
  • Pemegang pintu jenis separa tersembunyi.
  • Tiang C hitam untuk kesan ‘bumbung terapung’.
  • Enam pilihan warna: Seaweed Green, Acorn Brown, Berry Blue, Tundra Grey, Starlight Silver dan Morgan Pink.

Dari segi saiz, A10 (panjang 4,270 mm) adalah sedikit lebih kecil berbanding pencabar terdekatnya, BYD Atto 2. 


Berapa Jauh Leapmotor A10 Boleh Pergi Dengan Sekali Cas?


CariCarz-Leapmotor-A10-1.png


Bagi sebuah SUV kompak, prestasi yang dijanjikannya cukup memadai untuk kegunaan harian:

  • Kuasa: Motor elektrik menghasilkan 121 hp (122 PS/90 kW).
  • Bateri: Pilihan kapasiti 39.8 kWj atau 53 kWj.
  • Jarak Gerak: Cecah 403 km hingga 505 km (mengikut standard CLTC).
  • Pengecasan: Sistem pengecasan pantas DC membolehkan bateri dicas dari 30% ke 80% dalam masa hanya 16 minit.

Adakah Ini Sebuah Model Global Yang Akan 'Menerjah' Pasaran Malaysia?


CariCarz-Leapmotor-A10-2.png


Leapmotor mengesahkan A10 adalah model global. Selepas China, ia dijadualkan menjengah pasaran Eropah pada separuh kedua tahun ini. 


Memandangkan jenama Leapmotor kini di bawah naungan Stellantis yang sedang berkembang pesat di Malaysia, tidak mustahil A10 akan menjadi pencabar hebat di pasaran tempatan tidak lama lagi.

Tag:

Leapmotor
Leapmotor A10
Leapmotor A10 Kabin
Leapmotor A10 Canggih
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

05-06-2026
Global

30-12-2025
Kereta Baru

10-12-2025
Berita Auto

07-11-2025
EV

28-10-2025
Berita Auto

27-08-2025
Berita Auto

21-04-2025
EV

18-04-2025

Berita Terkini

Global
Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?

15-07-2026
Global
Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.

15-07-2026
Global
Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.

15-07-2026
Global
SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.

14-07-2026
Global
India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.

07-07-2026
Global
WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Global
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026