Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Dilancar: Toyota GR Supra Track Edition 2025 - Harga RM698,000

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Selain Toyota GR Yaris 2025 transmisi 8AT yang didedahkan Carz.com semalam, nampaknya UMW Toyota Motor (UMWT) turut mengemaskini model rangkaian model berprestasinya Toyota GR Supra Track Edition 2025 yang dijual pada harga RM698,000 namun tidak termasuk insurans.

Untuk makluman anda,  Track Edition ini sebenarnya menggantikan model standard GR Supra yang ditawarkan sebelum ini. Seperti sebelumnya, kedua-dua pilihan transmisi manual 6-kelajuan dan automatik 8-kelajuan masih tersedia untuk coupe sporty  ini yang dibangunkan bersama BMW.

image.pngimage.pngimage.pngimage.pngimage.png

Antara  penambahbaikan yang dilakukan pada Track Edition ialah penggunaan unit adaptif AVS, yang bertujuan untuk menawarkan lebih cengkaman, manakala sistem stereng kuasa elektrik dan limited slip differential ditala semula untuk memberikan maklum balas yang lebih stabil apabila menelusuri  selekoh Ketika berada pada  kelajuan tinggi

image.pngimage.png

Malah, sistem breknya juga telah ditambah baik memandangkan  cakera hadapan kini berdiameter 374 mm dan dipadankan bersama angkup Brembo empat piston berwarna merah dengan logo GR.

image.png

Selain itu,  control arm  telah diperkuat, palang penstabil  lebih tegar, casisjuga dikuatkan dengan  stabiliser bar serta getah yang lebih keras.

Track Edition ini  juga memperkenalkan satu siri komponen aerodinamik yang dipertingkatkan melalui tayar hadapannya, flap aero, serta spoiler "ducktail" pada penutup but yang diperbuat daripada gentian karbon. Secara visual, ia sebenarnya menambahkan lagi tarikan coupe sporty ini dari sudut tepi.

Mengenai tayarnya tiada perubahan dilakukan kerana Track Edition ini masih menggunakan rim aloi  19 inci yang dipadankan dengan tayar Michelin Pilot Super Sport berprestasi tinggi, dengan profil hadapan-belakang tidak seimbang masing-masing 255/35 dan 275/35.

image.pngimage.png

Menjengah bahagian kabin, edisi Track Edition untuk pasaran Malaysia hadir dengan kombinasi upholsteri Alcantara hitam dan kulit, serta diserlahkan warna kontra merah. Rona merah  ghairah ini menghiasi bahagian tali pinggang keledar, kemasan tempat duduk, jahitan kontras, serta pada tombol penukar gear  manualnya.

image.png

Dari segi mekanikal, Toyota GR Supra Track Edition 2025 tidak mengalami sebarang perubahan berbanding model GR Supra ‘biasa’. Sebagai peringatan, coupe sporty ini dikuasakan oleh enjin BMW B58 3.0-liter turbo berkembar dengan konfigurasi enam silinder sebaris.

Bagi mereka yang biasa dengan enjin ini yang turut digunakan dalam BMW M340i xDrive dan BMW X5 xDrive50e M Sport — pasti tahu bahawa ia mampu menghasilkan kuasa setakat 388 PS dan tork 500 NM, manakala kuasanya dihantar ke roda belakang. Ini membolehkan ia mampu memecut dari  0-100 kilometer sejam hanya  dalam masa 4.1 saat (automatik) dan 4.3 saat (manual).

Maka tidak hairanlah mengapa Toyota GR Supra Track Edition 2025 ditawarkan pada harga yang lebih tinggi iaitu RM698,000 (manual) dan RM708,000 (automatik).

image.png

Harga tersebut termasuk perlindungan jaminan selama 5 tahun dengan jarak perbatuan tanpa had. Namun, GR Supra versi biasa yang ditawarkan sebelum ini berharga RM645,000 (manual) dan RM655,000 (automatik).

Selain daripada edisi khas ‘Final Edition’ yang ditawarkan cuma  300 unit, ini mungkin merupakan  GR Supra generasi A90 terakhir yang ditawarkan secara rasmi di Malaysia sebelum model ini menghentikan pengeluarannya pada akhir tahun ini.



Gallery

Tag:

UMW Toyota Motor
2025 Toyota GR Supra Track Edition
Toyota Supra
Toyota GR
Supra Track Editiion
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026
Berita Auto

UMWT Serah Barisan Model xEV Kepada MoT

Penyerahan ini bertujuan membolehkan MOT menilai keupayaan sebenar teknologi elektrifikasi dalam penggunaan harian.

01-05-2025
Berita Auto

Program T-TEP: UMW Toyota Labur RM20 Juta, Berjaya Latih 7,000 Graduan

UMW Toyota Motor telah melaburkan hampir RM20 juta dalam T-TEP, yang telah melahirkan kira-kira 7,000 graduan berkemahiran tinggi.

18-04-2025
Berita Auto

Toyota Camry 2.5V 2025 Dilancar, Harga Murah Sedikit Berbanding Camry Hybrid

Nampaknya, UMW Toyota Motor (UMWT) melancarkan secara senyap-senyap varian tanpa sistem hibrid, Toyota Camry 2.5V 2025.

23-12-2024
Berita Auto

Toyota Camry Generasi Ke-9 Bakal Didedah Di KLIMS 2024

Toyota Camry generasi ke-9 akhirya akan menembusi pasaran kita tidak lama lagi.

02-12-2024
Berita Auto

Jualan Toyota Kukuh Sebab Ramai Tempah Toyota!

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mengakhiri bulan Mac lalu dengan merekodkan jualan positif .

05-04-2024
Berita Auto

Baru 2 Bulan, Toyota Dah Jual Lebih 13K Kereta

UMW Toyota Motor (UMWT) mendedahkan bahawa 7,480 unit kereta terjual pada bulan lepas

07-03-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.

25-02-2026
Kereta Baru

Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.

24-02-2026
Kereta Baru

Proton S70 MC1 2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 yang dinaik taraf telah dilancarkan secara rasmi secara siaran langsung, dua hari lepas.

13-02-2026
Kereta Baru

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026
Kereta Baru

SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

HMY membuat pengumuman mengejutkan sempena majlis makan malam media Tahun Baharu Cina malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.

10-02-2026
Kereta Baru

Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

OMODA | JAECOO Malaysia turut mengumumkan harga anggaran Omoda C9 PHEV adalah sekitar RM220,000.

06-02-2026
Kereta Baru

Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000.

06-02-2026
Kereta Baru

Tempahan Proton S70 2026 Dibuka Esok

Tempahan PROTON S70 2026 akan dibuka bermula esok memandangkan model ini sudah pun berada di bilik pameran sah 3S/4S Proton di seluruh negara.

06-02-2026