Link Copiedcheck_circle
EV

Hari Raya: Pemilik Proton e.MAS, smart Terima Diskaun Pengecasan 30%

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Ada berita baik untuk pemilik kereta Proton e.MAS 7 dan model  smart!

Ini kerana anak syarikat Proton, PRO-NET ada menawarkan diskaun istimewa 30% untuk pengecasan EV hingga 7 April ini.

Untuk mendapatkan diskaun 30% ini, pemilik perlu menggunakan aplikasi Proton e.MAS ataupun aplikasi Hello smart .

image.png

Difahamkan, pemilik Proton e.MAS dan smart boleh menikmati tawaran istimewa ini di lebih 85% stesen pengecasan awam. 

Anda hanya perlu menggunakan aplikasi Proton e.MAS atau Hello smart untuk memulakan sesi pengecasan, dan diskaun akan diaktifkan secara automatik.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Encik Zhang Qiang menyifatkan pihaknya cukup komited untuk menjadikan pemanduan elektrik lebih praktikal dan menyeronokkan untuk semua. 

“Sempena sambutan Hari Raya, kami ingin menghargai pelanggan dengan memastikan perjalanan pulang mereka lebih mudah dan harga caj pengecasan lebih berpatutan. 

“Memandangkan Proton e.MAS 7 kini menjadi EV terlaris di Malaysia, dan dengan rangkaian pengecasan yang semakin berkembang, kami membuktikan komitmen kami dalam membina ekosistem EV yang Lestari,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehingga kini, Pro-NET telah menyenaraikan lebih dari 2000 pengecasan yang boleh diakses bukan sahaja menerusi aplikasi, akan tetapi terus dari paparan inforia kereta elektrik.


Gallery

Tag:

Proton e.MAS
Proton smart
Hari Raya Aidilfitri
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Proton e.MAS 7 Kekal EV No. 1 Di Malaysia, Lebih 3,000 e.MAS 7 Terjual Dalam 5 Bulan

PRO- NET mengumumkan bahawa e.MAS 7 terus menjadi model EV No.1 di Malaysia, apabila 3,632 unit terjual setakat 31 Mei lalu.

06-06-2025
EV

MAS 2025: Proton e.MAS 5 Dipertontonkan – Tiba Hujung Tahun Ini?

Proton pamerkan e.MAS 5 yang dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi.

08-05-2025
Berita Auto

Jualan Proton Melonjak Kepada 12,692 unit Bulan Lepas, e,MAS Dahului Jualan EV

Jualan Proton melonjak sebanyak 12,692 unit pada bulan lepas.

06-05-2025
EV

Proton e.MAS 7 Laku Keras, Tempahan Cecah 5,500 Unit

Proton e.Mas 7 sudah menerima lebih 5,500 tempahan sejak tempahan dibuka pada Oktober 2024.

18-04-2025
Gaya Hidup

Rumah Terbuka: Pemilik Proton e.MAS 7 Timba Ilmu Ekosistem EV

Pelanggan turut didedahkan dengan tip penjagaan bateri .

16-04-2025
EV

Proton e.MAS 5 Bakal Ditawarkan Pada Harga Marhaen, Sasar Keluarga Muda

Proton kini sedang giat merancang untuk memperkenalkan e.MAS 5 yang disasarkan untuk kegunaan keluarga dan ditawarkan pada harga lebih mampu milik.

07-04-2025
Gaya Hidup

Pro-Net Anjur Syawal Ikonik 2025 Bersama Proton e.MAS 7, Santuni 40 Anak Madrasah

PRO-NET menganjurkan konvoi Syawal Ikonik bersama Proton e.MAS 7, baru-baru ini.

28-03-2025
EV

BIMS 2025: Geely Star Wish Dipamerkan, Ini Proton e.MAS 5?

Geely Star Wish, atau nama lainnya, Geome Xingyuan di China, kini menjadi tumpuan di Bangkok International Motor Show 2025 (BIMS 2025).

25-03-2025

Berita Terkini

EV

Honda Bakal Tayang Honda Super EV Concept Pada Julai Depan

Honda akan menayangkan Honda Super EV Concept di Goodwood Festival of Speed.

17-06-2025
EV

Dihidupkan Semula: Peugeot e-208 GTi Dilancar Di Le Mans

Nampaknya, jenama milik Stellantis ini memilih untuk menghidupkan semula salah satu nama model ikonik mereka.

17-06-2025
EV

Sah! Hyundai Bakal Lancar Hyundai Ioniq 6 N Pada Julai Ini

Hyundai akhirnya mengesahkan bahawa Hyundai Ioniq 6 N yang dinanti-nantikan selama ini akan dilancarkan secara rasminya pada Goodwood Festival of Speed.

16-06-2025
EV

DC Handal Kini Bolehkan Pembayaran Melalui e-dompet TnG

Selepas ini, pengguna yang menggunakan DC Handal boleh membuat pembayaran menerusi Perkhidmatan e-dompet Touch 'n Go (TnG).

16-06-2025
EV

Cipta Sejarah: Xiaomi SU7 Ultra Catat 7 Minit 4.95 saat di Litar Nurburgring

Xiaomi SU7 Ultra mencatat masa mengagumkan iaitu 7 minit 4.957 saat di Green Hell, sekali gus mampu meninggalkan hyper-EV dari Croatia.

12-06-2025
EV

Tesla Supercharger Kini Di i-City Finance Avenue – Dari RM1.19/kWj

Tesla Malaysia memperluaskan rangkaian pengecasan pantasnya dengan pembukaan stesen Supercharger V4 baharu di i-City Finance Avenue, Shah Alam.

11-06-2025
EV

Proton e.MAS 7 Tembusi Pasaran Trinidad & Tobago – Hanya Satu Varian

Proton memperluaskan kehadirannya di peringkat antarabangsa dengan pelancaran kenderaan elektrik (EV) pertamanya, e.MAS 7, di Trinidad dan Tobago.

10-06-2025