- Berita
- EV
- Proton e.MAS 7 PHEV Emerald Green Kini Di Bilik Pameran
.jpg)
Ada berita baik untuk mereka yang sedang mempertimbangkan untuk membeli Proton e.MAS 7 PHEV warna Emerald Green memandangkan warna baharu ini sudah ada di bilik pameran seluruh Semenanjung Malaysia.
Apa yang cukup menarik.sejak dilancarkan awal tahun ini, Proton e.MAS 7 PHEV telah menjadi fenomena. Sehingga 31 Mac 2026, sebanyak 4,900 tempahan telah direkodkan, membuktikan bahawa rakyat Malaysia kini semakin yakin untuk beralih kepada mobiliti hijau.
Emerald Green: Sentuhan Eksklusif di Bilik Pameran
Warna Emerald Green yang melambangkan kemewahan dan kelestarian kini sudah boleh dilihat secara dekat di semua bilik pameran Proton e.MAS di seluruh Semenanjung Malaysia. Bagi peminat automotif di Sabah dan Sarawak, warna ini dijangka akan tiba dalam masa terdekat.
Ketua Pegawai Penjenamaan PRO-NET, Salawati Yusoff berkata, susulan permintaan yang kukuh terhadap Proton e.MAS 7 PHEV, pihaknya memperkenalkan pilihan warna Emerald Green sekali gus memberikan pelanggan lebih banyak pilihan warna.
"Pelanggan boleh melihat Proton e.MAS 7 PHEV Emerald Green ini di bilik pameran kami di seluruh negara,” katanya.
Ingin memiliki Proton e.MAS 7 PHEV Emerald Green?
Pendaftaran minat kini dibuka! Anda boleh layari laman web rasmi Proton e.MAS atau kunjungi pengedar sah.
Info Ringkas Spesifikasi Proton e.MAS 7 PHEV:
| Ciri | Spesifikasi |
| Teknologi | Hibrid EM-i Advanced |
| Jarak Elektrik (EV Mode) | 105km - 170km (Mengikut Varian) |
| Jumlah Jarak Keseluruhan | 1,065km |
| Penggunaan Bahan Api | 4.3L / 100km |
| Pilihan Warna Baharu | Emerald Green |
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

