Link Copiedcheck_circle
EV

Hyundai Ioniq 6 Versi Facelift Ternyata Lebih Agresif, Praktikal

Sofea Najmi

Kongsi melalui

2026-hyundai-ioniq-6-(3).jpg


Selepas beberapa imej acah dikongsikan minggu lalu, Hyundai kini mendedahkan lebih banyak imej rasmi sedan elektrik, Ioniq 6 versi facelift.


Varian Bergaya Sporty, N Line, Kini Ditawarkan 


Selain memberikan bayangan awal mengenai model berprestasi tinggi yang di bawah logo "N", Hyundai turut memperkenalkan varian baharu Ioniq 6 N Line. Model ini tampil dengan gaya badan lebih agresif serta pilihan warna badan dua tona. 


2026-hyundai-ioniq-6-(2).jpg2026-hyundai-ioniq-6-(7).jpg


Berbanding varian asas (kanan), varian bergaya sporty, N Line (kiri) tampil lebih agresif dan menyerlah dengan penggunaan warna badan dua tona 


Antara perubahan penting termasuklah lampu depan baharu dengan rekaan berbelah (split design) yang disematkan dalam bampar. Lampu nyalaan siang (DRL) LED ditempatkan di bahagian atas lampu ini. 


2026-hyundai-ioniq-6-(8).jpg2026-hyundai-ioniq-6-(4).jpg


Varian asas (kiri) masih menggunakan bar lampu LED bergaya piksel yang berkelebaran penuh, sementara N Line, meggunakan rekaan 'split'


Perubahan yang ketara turut dapat dilihat di bahagian belakang. Hanya varian asas yang masih mengekalkan rekaan bar lampu LED berkelebaran penuh jenis piksel. Varian N Line pula menggunakan rekaan lampu belakang seakan terbelah. 


Di sudut sama, spoiler kembar gaya double ducktail telah digantikan dengan satu spoiler yang lebih ringkas dan kemas.


Ruang Kabin Kekal Praktikal, Kini Lebih Mesra Pengguna


2026-hyundai-ioniq-6.jpg2026-hyundai-ioniq-6-(1).jpg


Lebih banyak butang kawalan fizikal disediakan pada versi facelift


Masuk ke ruang kabin, Hyundai komited mengekalkan butang kawalan fizikal berbanding sentuhan digital. Konsol tengah telah direka semula untuk menempatkan lebih banyak butang kawalan berbanding versi sebelum ini. Panel khas untuk kawalan pendingin hawa masih wujud dan kini lebih besar.


Untuk pasaran Korea, cermin sisi digantikan dengan kamera sisi, lengkap dengan skrin tambahan di kedua-dua hujung papan pemuka.


Rekaan stereng juga telah berubah kepada format tiga jejari, manakala panel pintu turut dikemaskini, menunjukkan usaha Hyundai untuk menaik taraf bahan kemasan dalaman secara menyeluruh.


Spesifikasi Enjin Kekal, Versi Berprestasi Tinggi Bakal Muncul


2026-hyundai-ioniq-6-(5).jpg


Ioniq 6 facelift 


Buat masa ini, tiada butiran teknikal rasmi didedahkan. Namun, dijangka barisan trenkuasa kekal seperti sedia ada iaitu pilihan motor tunggal atau dwi-motor. Untuk makluman, varian paling jimat mampu mencapai jarak 614 km berdasarkan piawaian WLTP, manakala varian paling berkuasa mencatatkan masa pecutan 0-100 km/j sepantas 5.1 saat.


hyundai-ioniq-6-n-teaser.jpg


Imej acah ini memaparkan varian berperstasi tinggi, Hyundai Ioniq 6 N 


Kapasiti bateri dijangka kekal untuk varian biasa, dengan pilihan 53 kWj atau 77.4 kWj. Perubahan besar mungkin hanya diperkenalkan pada model prestasi tinggi, Ioniq 6 N, yang dijangka akan didedahkan sekitar Julai tahun ini.


Pelancaran Tidak Lama Lagi


Ioniq 6 versi facelift dijangka mula dijual dalam masa terdekat tahun ini. Dengan tambahan varian N Line yang menjanjikan sentuhan lebih sporty, adakah model ini cukup menarik untuk dipertimbangkan? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen. 

Baca: Imej Acah Hyundai Ioniq 6 Facelift Didedahkan – Ada Versi Berprestasi Tinggi?

Tag:

Hyundai Ioniq 6
2025 Hyundai Ioniq 6 N Line
N Line
Ioniq
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Imej Acah Hyundai Ioniq 6 Facelift Didedahkan – Ada Versi Berprestasi Tinggi?

Hyundai telah mengeluarkan empat imej acah bagi model Ioniq 6 versi facelift yang memperlihatkan beberapa perubahan rekaan yang ketara.

04-04-2025
EV

Kelasakan Prototaip Hyundai Ioniq 6 N Diuji Di Litar Nurburgring

Prototaip Hyundai Ioniq 6 N dikesan sedang diuji di litar terkenal Nurburgring Nordschleife.

18-09-2024
EV

Hyundai Dah Mula Jual Ioniq 6

Hyundai Ioniq 6 akhirnya sudah menembusi pasaran Filipina pada minggu lalu.

26-06-2023
EV

Harga & Spesifikasi Hyundai Ioniq 6 First Edition Diumumkan Di UK

Hyundai Motor UK baru-baru ini telah mengumumkan harga dan spesifikasi bagi Ioniq 6 First Edition, varian pertama bagi model Ioniq 6.

30-10-2022

Berita Terkini

EV

Prasarana Bakal Sediakan 150 Bas Elektrik Pada 2026

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengorak setapak ke hadapan kerana akan bakal menawarkan 150 bas elektrik selewat-lewatnya pada tahun hadapan.

14-11-2025
EV

Swift Bridge, ChargeSini Meterai MoU, Hasilkan Pengecas EV Di Malaysia

Swift Bridge Technologies (MFG) Sdn. Bhd. mengumumkan pelaburan besar bernilai RM11.2 juta untuk memulakan pengeluaran pengecas EV tempatan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

13-11-2025
EV

Kerajaan Luluskan EMSP: Satu Platform Digital Kawal Semua Pengecasan EV Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengesahkan bahawa kerajaan telah meluluskan penubuhan Platform Perkhidmatan e-Mobiliti (EMSP)

13-11-2025
EV

BYD Atto 3 Bakal Muncul Dengan Prestasi Lebih Tinggi, Jarak EV Cecah 650 KM

SUV elektrik BYD Atto 3 2026 nampaknya bakal menerima kemas kini secara besar-besaran. Perkara ini terbongkar melalui dokumen rasmi Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China yang mula tersebar di internet.

12-11-2025
EV

Spesifikasi Xpeng X9 Ultra Bocor – Kepintaran Luar Biasa Dengan 3 Cip AI

MPV Xpeng X9 dilaporkan bakal memiliki varian ‘Ultra’ baharu, hanya beberapa minggu setelah versi range-extender (EREV) diperkenalkan.

12-11-2025
EV

Sudah Diuji: iCaur V23 iWD Tunjuk Taring Dalam Cabaran Off-Road

Pihak Carz.com berpeluang memandu uji, SUV elektrik, iCaur V23 di litar ujian off-road Kev Advenduro yang terletak di Gamuda Gardens, Rawang.

10-11-2025
EV

ChargeSini & Meta Bright Lancar Pengecas EV Di Sunway Pyramid – 6 Pengecas AC

Syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) tempatan, ChargeSini, telah merasmikan hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) terbarunya di Sunway Pyramid, lokasi pertama yang dilancarkan di bawah kerjasama strategik bersama Meta Bright Group.

05-11-2025
EV

Zeekr X, MG MGS5 EV Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Buktikan EV Terbaru Semakin Selamat

Zeekr X dan MG MGS5 EV berjaya meraih penarafan penuh sebanyak 5 bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) di bawah protokol penilaian 2021–2025.

05-11-2025