Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Jetour Dashing Masuk Malaysia, Ada 2 Varian, Harga Bermula RM119,800, Enjin 1.5L Turbo

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

JETOUR Malaysia melancarkan secara rasminya model terbaharunya, Jetour, Dashing, ke pasaran tempatan di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Untuk makluman, Jetour Dashing yang dijual di Malaysia, hadir dalam  dua varian, dimana varian Comfort dijual pada harga RM109,800  manakala RM116,800 untuk varian Prime.

image.png

Jetour Dashing yang dikuasakan  oleh enjin turbo 1.5 liter mampu menghasilkan kuasa setakat 156ps (115kw) dan tork 230Nm.

image.pngimage.png

Enjinnya dipadankan dengan transmisi automatik DCT 6-kelajuan yang menyalurkan kuasa ke roda hadapan (FWD).

Melihat luaran model Jetour ini, ia menampikan reka bentuk kereta sport saloon namun mengekalkan ciri kenderaan utiliti sukan (SUV).

image.pngimage.pngimage.pngimage.png

Dashing yang boleh memuatkan lima orang dilihat menampilkan reka bentuk 3D coupe fastback yang cukup memukau.

Dari segi dimensi, Dashing agak  setanding dengan SUV segmen-C lain di pasaran kita dimana ukuran panjangnya adalah 4,590 mm, lebar 1,900 mm, tinggi 1,685 mm, manakala jarak roda pula 2,720 mm.

Selain itu, model ini juga hadir dengan lampu LED  matriks jenis terpisah dimana pencahayaan boleh diaktifkan secara automatik 100-meter dan ada juga fungsi ‘follow-me-home’.

Menjengah bahagian belakangnya pula, ia hadir dengan lampu nyalaan siang jenis  ‘Mecha-Eyes’, manakala lampu belakang digabungkan dengan menggabungkan reka bentuk bendera perlumbaan untuk meningkatkan karakter sportynya.

Jetour Dashing ini dipasang dengan roda  bersaiz 19 inci dimana ia mampu meningkatkan cengkaman dan kestabilan serta menawarkan pengendalian yang cemerlang biarpun berada di pelbagai jenis permukaan. 

Antara kelengkapan lain ialah terdapat bumbung panaromik bersaiz 75 inci.

Mengenai kabin pula, Dashing hadir dilengkapi dengan skrin infotainmen  10.25 inci, kerusi berventilasi, ada 4 port pengecas, 6 speaker, pad pengecas 50-watt, ada sambungan Android Auto dan Apple CarPlay, kluster instrumen 10.25-inci dan  penghawa dingin dwi zon selain menawarkan dua kombinasi warna dalaman iaitu off-white atau hitam dan merah.

image.pngimage.png

Reka bentuk kabin tanpa bonggol di bahagian tengah kerusi belakang berfungsi meningkatkan keselesaan bagi semua penumpang. 

Ruang butnya yang seluas 486 liter  dikatakan mampu memuatkan pelbagai jenis barang serta sesuai membawa peralatan pengembaraan seperti khemah dan peralatan BBQ.

Sebaliknya,  ruang butnyanya boleh bertambah luas kepada 977 liter  jika kerusi belakang direbahkan. 

image.png

Ia juga hadir dengan pelbagai  ciri teknologi seperti arahan suara pintar yang membolehkan kawalan intuitif untuk tingkap, penyaman udara, navigasi, dan muzik mengikut kedudukan dalam kenderaan. 

Ciri-ciri keselesaan tambahan termasuk sistem penapisan udara tahap CN95 yang memastikan kualiti udara kabin yang bersih, pencahayaan ambien yang boleh disesuaikan serta saluran udara belakang yang diletakkan secara strategik untuk kawalan suhu yang konsisten di seluruh kabin.

Malah, ia juga hadir dengan pintu belakang jenis berkuasa dimana ia boleh diprogram melalui skrin mengikut keperluan pemandu. pad pengecas tanpa wayar dan paling penting ialah trdapat sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

image.png

CIRI KESELAMATAN:

Mengenai ciri keselamatan, anda jangan risau kerana ia cukup sarat dengan pelbagai ciri keselamatan.

Ini kerana model ini didatangkan dengan pengesan titik buta yang menggunakan radar gelombang milimeter yang diaktifkan pada kelajuan melebihi 15 km/j, ada amaran tukar lorong, amaran lintasan trafik belakang untuk meningkatkan keselamatan semasa mengundur, serta amaran pintu terbuka yang memberi peringatan kepada penumpang mengenai kenderaan yang menghampiri ketika keluar dari SUV.

image.png

Bagi yang berminat, Jetour Dashing ditawarkan dalam lima warna luaran yang elegan iaitu Carbon Black, Khaki White, Aurora Green, Phantom Grey, dan Hematite Red.

Ia didatangkan dengan waranti kenderaan selama 7-tahun/150,000 kilometer, 10 tahun/1,000,000 km untuk waranti enjin dan pelanggan juga diberikan servis percuma sebanyak kali termasuk kos upah dan alat ganti.

JETOUR Dashing sudah mula dipamerkan di semua bilik pameran JETOUR yang sah di seluruh negara.

Untuk keterangan lanjut, layari  https://jetour.com.my/.


Gallery

Tag:

Jetour Malaysia
Jetour Dashing
Jetour Dashing Comfort
Jetour Dashing Prime
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Jenama Jetour Laku Keras, Terima Lebih 2,000 Tempahan, 1,000 Unit Sudah Diserah Kepada Pelanggan

Jetour Malaysia terus mengekalkan momentum yang cukup positif kerana sudah menerima kira-kira 2,000 tempahan setakat ini.

26-08-2025
Berita Auto

Pemasangan CKD: Jetour Dashing VT9 Dipasang Di Johor

Jetour Auto Malaysia secara rasminya telah memulakan operasi pemasangan tempatan untuk model SUV, JETOUR Dashing dan VT9.

28-07-2025
EV

MAS 2025: Jetour eVT5 EV Didedah, SUV B-Segmen, Jarak Gerak Hingga 356km

Adakah model ini bakal menjadi EV yang ditawarkan pada harga bawah RM100,000 di negara kita?

10-05-2025
Kereta Baru

MAS 2025: Jetour T2, SUV "Rugged", Bakal Dilancar Tak Lama Lagi!

Selain SUV VT9, Jetour Malaysia turut mempamerkan salah satu SUV lasak mereka di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) y iaitu Jetour T2.

10-05-2025
Kereta Baru

MAS 2025: Jetour VT9 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga HANYA RM118,800

Jetour Malaysia akhirnya melancarkan SUV tiga baris terbaharunya, VT9 ke pasaran tempatan.

09-05-2025
Kereta Baru

Jetour X70 Plus Tukar Nama Kepada Jetour VT9, Ini Sebabnya...

Nama rasmi untuk model baharu Jetour yang sebelum ini dikenali sebagai X70 Plus telah pun disahkan, ia kini dikenali sebagai Jetour VT9.

17-04-2025
Berita Auto

Jetour Lebarkan Sayap Rangkaian Jualan, Tambah Lagi Pusat Servis

Jetour menjadikan Malaysia sebagai hab R&D Asia Pasifik.

10-04-2025
Berita Auto

SAH: Jetour Dashing 2025 Bakal Dilancar April Ini

Jetour Dashing 2025 bakal dilancarkan pada April ini.

17-03-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Tempahan Minat Xpeng G6 Facelift 2025 Kini Dibuka – Bakal Dilancarkan Di Malaysia?

Beberapa bulan selepas kemunculan globalnya di China, model facelift, Xpeng G6 2025 kini bakal tiba di pasaran Malaysia. Pendaftaran minat (ROI) model ini telah dibuka melalui laman web rasmi Xpeng Malaysia.

24-09-2025
Kereta Baru

Imej Teaser Disiar: Tempahan Subaru Forester Gen Ke-6 Sudah Dibuka

Pengimport dan pengedar rasmi Subaru, Motor Image Malaysia Sdn Bhd, menyiarkan gambar Subaru Forester generasi keenam yang baharu di media sosial, baru-baru ini.

22-09-2025
Kereta Baru

Nissan Navara X-Tremer 2025 Sudah Berada Di Bilik Pamera, Harga Bermula Daripada RM134,800

Nissan Navara X-Tremer 2025 kini sudah berada di semua bilik pameran Nissan di seluruh negara.

19-09-2025
Kereta Baru

Suzuki Fronx Ditayang Lagi, Tempahan Sudah Dibuka

Suzuki Fronx di bakal dilancarkan di pasaran tempatan, tidak lama lagi.

18-09-2025
Kereta Baru

Dilancar: Chery O5 Selamat Mendarat Ke Malaysia, Hanya 1 Varian, Harga Cuma RM116,800

Chery Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya Chery O5 yang merupakan nama baharu bagi Omoda 5 facelift, sebentar tadi.

10-09-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz C200 AMG Line 2025 Kini Di Pasaran – Harga Sama Tetapi Lagi Bergaya, Dari RM292,800

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) membuat pelancaran ‘mengejut’ model ketiga hari ini iaitu Mercedes-Benz C200 AMG Line 2025.

10-09-2025
Kereta Baru

Mercedes-AMG CLA 45 S 4Matic+ Coupe Final Edition Kini Di Pasaran – Dari RM538,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan varian edisi terhad, Mercedes-AMG CLA 45 S 4Matic+ Coupe Final Edition, sebagai 'lambaian terakhir' kepada model CLA generasi kedua (C118).

10-09-2025
Kereta Baru

Mercedes-AMG CLE 53 4Matic+ Coupe Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM722,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini secara rasmi telah melancarkan model terbaru dalam ‘keluarga’ coupe AMG, iaitu Mercedes-AMG CLE 53 4Matic+ Coupe.

10-09-2025