Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

KTMB Dedah Kes Gangguan Seksual Terhadap Penumpang Wanita Turun, Cuma 3 Kes Tahun Lepas

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengesahkan kes gangguan seksual terhadap penumpang menurun  kepada tiga kes tahun lalu, berbanding lapan kes tahun 2023.

Ketua Pegawai Operasi KTMB, Mohd Zain Mat Taha berkata, laporan berkaitan kes gangguan terhadap penumpang wanita menunjukkan penurunan hasil daripada pemantauan yang dilakukan.

"Sepanjang 2023, sebanyak lapan kes gangguan seksual terhadap penumpang wanita manakala hanya tiga kes sahaja dilaporkan pada tahun 2024, sekali gus menyaksikan kesedaran dalam kalangan wanita semakin meningkat.

image.png

"Kita percaya bahawa walaupun hanya satu kes berlaku, ianya tetap serius dan perlu ditangani dengan tegas kerana keselamatan wanita adalah tanggungjawab bersama dan usaha itu akan terus diperkukuhkan bagi memastikan tren dan premis kami sentiasa menjadi ruang yang selamat," katanya ketika Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-15 Koc Wanita, hari ini.

Bagaimanapun, KTMB turut menegaskan bahawa keselamatan wanita bukan hanya di dalam tren, akan tetapi merangkumi seluruh kawasan stesen, platform, laluan pejalan kaki dan kawasan tempat letak kenderaan.

Sementara itu, Pengurus Besar Perkhidmatan Komuter, Suhaila Saad berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) yang diketuai oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam usaha untuk mewujudkan satu akta dalam koc wanita.

"Akta ini akan mewartakan sebagai satu kesalahan bagi lelaki yang menduduki koc wanita sebagai usaha untuk menangani masalah gangguan seksual ini," katanya.

Sebarang aduan boleh dibuat melalui media sosial rasmi KTMB atau hubungi talian hotline Polis Bantuan KTMB di talian 03-22631194 / 03-22631199.

Gallery

Tag:

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
Koc Wanita KTMB
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Aidilfitri 2026: Jangan Risau Nak Balik Kampung Sebab KTMB Tambah 26 Tren Lagi

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah sebanyak 26 perjalanan tren tambahan bagi tempoh 17 Mac hingga 29 Mac 2026.

02-03-2026
Berita Auto
Berita Auto

Tahun Baharu Cina, Aidilfitri: KTMB Tambah 8 ETS

Jangan risau nak balik kampung pada tahun ini kerana KTMB sediakan 8 ETS tambahan.

30-01-2026
Berita Auto

KTMB Sasar 1.2 Juta Penumpang Naik ETS3 Tahun Ini

KTMB menyasarkan 1.2 juta penumpang menggunakan ETS3 tahun ini.

05-01-2026
Berita Auto

ETS3 Dari KL-JB, JB-KL Sudah Beroperasi, Tempoh Perjalanan Hanya 4.5 Jam

Perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3) Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) bagi laluan KL Sentral–Johor Bahru, sudah pun bermula hari ini.

12-12-2025
Berita Auto

KTMB Tawar Diskaun 30% Selama Sebulan Sempena Pembukaan ETS Ke JB Sentral

KTMB menawarkan diskaun 30% sempena pembukaan ETS JB Sentral bermula dari 12 Disember ini hingga 11 Januari 2026.

09-12-2025
Berita Auto

Perhatian Buat Penumpang Yang Nak Ke Hatyai, Tren MySawasdee Dibatal

KTMB mengumumkan pembatalan perkhidmatan tren MySawasdee No.1004 (KL Sentral – Hatyai, 28 November 2025) dan MySawasdee No.1005 (Hatyai – KL Sentral, 1 Disember 2025).

25-11-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026