- Berita
- Berita Auto
- Malaysia Duduk Tangga Ke-2 Miliki Kenderaan Paling Tinggi Di Asia
Malaysia Duduk Tangga Ke-2 Miliki Kenderaan Paling Tinggi Di Asia

Tahukah anda, Malaysia menduduki tangga kedua dengan kadar pemilikan kenderaan tertinggi di Asia Tenggara.
Ini kerana berdasarkan rekod, negara Jepun mendahului senarai di Asia dengan kadar pemilikan 612 buah kereta bagi setiap 1,000 orang diikuti Malaysia dengan kadar pemilikan 535 unit bagi setiap 1,000 orang.
Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Law Teik Hua berkata, pertambahan jumlah kenderaan di jalan raya di negara ini disebabkan beberapa faktor saling berkait seperti harga petrol yang relatif rendah serta kenderaan semakin mampu dimiliki lebih ramai rakyat Malaysia.

"Pengeluar kereta tempatan muncul sebagai pilihan popular pengguna di Malaysia antaranya dengan faktor penawaran harga lebih rendah berbanding jenama antarabangsa.
"Keadaan ini membolehkan lebih ramai individu membeli kenderaan peribadi yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya," katanya kepada Harian Metro.
Malah, salah satu faktor utama yang menyebabkan orang ramai terus bergantung kepada kenderaan persendirian disebabkan sistem pengangkutan awam kurang efisien dan terhad liputannya.

"Ini menyebabkan ramai orang lebih memilih untuk menggunakan kenderaan sendiri kerana alternatif pengangkutan awam yang tidak mencukupi atau tidak sampai ke tempat yang mereka perlukan.
"Selain itu, kebanyakan aktiviti harian dan perniagaan tertumpu di beberapa bandar utama yang menyebabkan lebih ramai orang menggunakan kenderaan (sendiri) untuk ke tempat kerja atau menjalankan urusan harian mereka.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/