Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

SAIC Motor Dedah MG S5 Elektrik, Ada 2 Pilihan Bateri, Harga Bermula Dari RM115K

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

MG Motor Malaysia mendedahkan MG S5 elektrik dalam satu sesi majlis prantonton eksklusif bersama media, sebentar tadi.

Untuk pasaran tempatan, SUV elektrik segmen-B ini akan hadir dalam dua varian.

Bagaimanapun, buat masa ini, harga sebenarnya tidak didedahkan namun harga anggaran adalah bermula dari RM115 ,000.tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran.

image.pngimage.png

Ia yang mewakili generasi baharu EV yang serba boleh dan mampu dimiliki, dilengkapi dengan pengecasan pantas, ruang kabin yang luas, sistem bantuan pemandu pintar, pacuan roda belakang untuk pemanduan yang lebih menyeronokkan, serta ciri keselamatan komprehensif.

Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia, Emory QiFeng berkata, MG S5 EV adalah model pertama yang kami perkenalkan sebagai langkah permulaan dalam lembaran baharu MG di Malaysia. 

image.pngimage.png

“Ia memberikan gambaran jelas tentang pengalaman pemanduan terbaik dalam kelasnya, terutamanya dalam segmen ini. Dibina khas mengikut kesesuaian jalan raya Malaysia, model ini menandakan satu langkah penting buat SAIC Motor sejak kemunculannya di peringkat global di China pada Oktober lalu," katanya.

image.pngimage.png

Dari segi dimensi, MG S5 berukuran  4,476 mm (panjang),  1,849 mm (lebar),  1,621 mm tinggi manakala jarak roda pula and 2,730 mm.

Untuk makluman, MG S5 yang disumbat dengan bateri berkapasiti 49kWj mampu menghamburkan kuasa setakat 168 hp (125kW) dan tork 250Nm. Untuk itu, ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa 8 saat dan kelajuan maksimumnya pula 160km/j.

image.png

Sementara itu, varian  yang dilengkapi dengan bateri 62kWj pula menghasilkan kuasa setakat 241 hp (180kW) dan tork 350Nm. Ia mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 6.3 saat.

Varian yang menggunakan bateri 49kWj   mampu bergerak sejauh  340km (WLTP), manakala varian tertinggi pula  menawarkan jarak sehingga 430km.

image.pngimage.png

Difahamkan, kedua-dua varian menawarkan pacuan roda belakang (RWD) untuk pemanduan yang lebih responsif dan memuaskan.

Selain pengendalian cemerlang, kedua-dua varian MGS5 EV turut dilengkapi dengan pengecasan AC 6.6kW, Vehicle-to-Load (V2L), sambungan tanpa wayar Apple CarPlay dan Android Auto. 

Antara kelengkapan lain ialah, skrin infotainmen bersaiz  12.8 inci dengan kawalan suara, digital kluster instrumen 10.25 inci, MG iSMART, ada navigasi, 4 pengecas port, 4 speaker dan pakej keselamatan lengkap yang merangkumi 7 beg udara serta sistem  (ADAS).

image.png

Bagi mereka yang inginkan keselesaan tambahan, varian bateri 62kWh menawarkan ciri premium seperti rim aloi 18 inci, bumbung matahari panoramik, pintu belakang berkuasa, tempat duduk dibaluti dengan kulit dan fabrik berlubang, stereng kulit yang dipanaskan, tempat duduk pemandu boleh laras kuasa, sistem audio premium dengan 6 pembesar suara, dan kamera pandangan sekeliling 360 darjah.

Untuk makluman, MGS5 EV tersedia dalam lima pilihan warna menarik: Arctic White, Monument Silver, Camden Grey, Dynamic Red, dan Elegant Latte1. Model ini juga dilengkapi dengan tema dalaman kombinasi kulit dan fabrik gelap.

Gallery

Tag:

SAIC Motors
MGS5 EV
MGS5
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

15-01-2025
Global

13-07-2024
Global

02-07-2024
Global

27-02-2024
Global
Berita Auto

Berita Terkini

Kereta Baru

Ini Dia Suzuki Fronx, Bakal Dilancar Tak Lama Lagi

Pengimport dan pengedar Suzuki Cars Malaysia (Naza Eastern Motors Sdn Bhd) menyiarkan model baharu mereka, Suzuki Fronx, baru-baru ini.

06-08-2025
Kereta Baru

Haval H6 HEV Kini Lebih Sporty Dengan Kabin Phantom Black

GWM Haval H6 HEV kini tampil lebih sporty dan elegan dengan tawaran kemasan dalaman baharu, Phantom Black.

01-08-2025
Kereta Baru

Lexus NX 350h Luxury 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – Varian Hibrid Terbaru, Dari RM395,888

Lexus Malaysia sekali lagi membuat kemas kini barisan produknya ‘dalam diam’ dengan memperkenalkan varian baharu SUV NX, iaitu Lexus NX 350h Luxury.

29-07-2025
Kereta Baru

Proton X50 Facelift 2025 Dilancar: Harga Bermula Serendah RM86K? Biar Betul?

Proton melancarkan secara rasminya, Proton X50 Facelift 2025 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

24-07-2025
Kereta Baru

BYD Atto 2 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM100,000

BYD Cars Malaysia secara rasmi telah melancarkan BYD Atto 2 untuk pasaran tempatan.

24-07-2025
Kereta Baru

Dilancar: Lexus RX 500h F Sport Special Edition-Harga RM512,888, HANYA Ada 50 Unit Di Malaysia!

Lexus Malaysia secara senyap-senyap melancarkan edisi terhad baharu SUV saiz sederhana mereka, dikenali sebagai Lexus RX 500h F Sport Special Edition.

22-07-2025
Kereta Baru

BMW iX xDrive45 Sport Baharu Dilancar, Harga RM425,800

Selain BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW Malaysia turut melancarkan BMW iX xDrive45 Sport Baharu ke pasaran tempatan.

21-07-2025
Kereta Baru

Dilancar: BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, HARGA RM487,800

BMW Group Malaysia melancarkan secara rasminya BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu versi pemasangan tempatan melalui pameran eksklusif di The Art of Driving 2025, sebentar tadi.

21-07-2025