Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ada Berita Baik Untuk Pencari Kerja, Projek ECRL Bakal Tawar 3,200 Peluang Pekerjaan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya, Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bakal mewujudkan lebih 3,200 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan menjelang fasa operasi dan penyelenggaraan (O&M) yang dijangka pada Januari 2027.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata. penubuhan ECRL Operation, syarikat usaha sama antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) dengan pegangan 50:50, bakal memperkasa sektor rel negara menerusi penyertaan besar-besaran tenaga kerja tempatan.

“Bermula dari fasa pembinaan, PLKI-ECRL kini melangkah ke hadapan dengan memberi fokus dalam mempersiapsiaga fasa O&M.

“Program ini menyasarkan untuk memberi manfaat latihan dan peluang pekerjaan kepada seramai 3,200 pelatih secara keseluruhan bagi fasa O&M," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Peluang Pekerjaan dan Penyerahan Surat Tawaran PLKI-ECRL bagi fasa Pengoperasian dan Penyelenggaraan (O&M) ECRL, di ibu negara.

Pada tahun ini, seramai 210 pelatih dari Malaysia, yang datang daripada pelbagai latar belakang akan dihantar ke Liuzhou, China bagi menjalani latihan intensif selama setahun, yang merangkumi teori, praktikal dan pengalaman sebenar dalam operasi rel.

“Kita menjangkakan 1,800 tenaga kerja diperlukan untuk fasa operasi ECRL yang bermula para Januari 2027 dan 80 peratus daripadanya akan diisi oleh warga tempatan.

image.png

“Tenaga kerja ini akan terdiri daripada pelbagai tahap kepakaran, meliputi pekerja berpengalaman dan pekerja baharu, bagi memastikan operasi ECRL dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan.

“Apa yang lebih penting, para pelatih ini dijamin peluang pekerjaan dengan ECRL selepas tamat latihan. Ini bukan sekadar latihan dan ini adalah laluan kerjaya sebenar,” katanya 

Latihan tersebut melibatkan pelbagai bidang seperti penolong pemandu tren juruteknik isyarat, juruteknik overhead line dan Penyelenggaraan EMU & E-Loco dengan kumpulan pertama seramai 102 orang dijadual berlepas ke China bermula 15 Mei ini.

image.png

“Ini peluang besar untuk anak-anak muda kita membina kerjaya dalam industri rel moden. Apa yang lebih penting, para pelatih ini dijamin peluang pekerjaan dengan ECRL selepas tamat latihan. Ini bukan sekadar latihan dan ini adalah laluan kerjaya sebenar,” ujarnya.

Inisiatif yang disokong oleh Program Latihan Kemahiran Industri ECRL (PLKI-ECRL), mula diperkenal sejak 2017 dan kini memberi tumpuan khusus kepada latihan untuk fasa O&M.


Gallery

Tag:

East Coast Rail Link (ECRL)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

11-02-2026
Berita Auto

30-01-2026
Berita Auto

29-01-2026
Berita Auto

17-12-2025
Berita Auto

28-11-2025
Berita Auto
Berita Auto

21-11-2025
Berita Auto

05-11-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026
Berita Auto
Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto

BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam

Beberapa stesen minyak di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa semalam.

01-04-2026
Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto

Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!

31-03-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat

Polis Daerah Jasin kini sedang giat mengesan seorang pemandu van yang terlibat dalam kemalangan di Simpang Kerayong, Melaka.

31-03-2026