Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Dilancar: VW Tiguan Allspace Wolfsburg Edition 2025, Ada 2 Varian

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selain Volkswagen Golf GTI Black Edition dan Arteon Wolfsburg Edition, Volkswagen Malaysia turut melancarkan VW Tiguan Allspace Wolfsburg Edition 2025 ke pasaran tempatan.

Untuk makluman anda, terdapat dua varian Tiguan Allspace iaitu Tiguan Allspace Elegance dan R-Line Wolfsburg Edition. 

image.png

Kedua-dua model ini didatangkan dengan aksesori tambahan seperti berikut:

• Pelindung tepi ruang muatan menawarkan gabungan fungsi dan gaya.

• Bekas pada but yang diperbuat daripada polipropilena tahan lasak,direka khas untuk muat dengan sempurna di lantai ruang kargo dan mudah ditanggalkan untuk dibersihkan.

• Pemegang dan cangkuk pintar yang merangkumi Pemegang Multimedia untuk apa jua peranti pintar, boleh dipasang menggunakan adaptor pada bahagian belakang penyandar kepala tempat duduk hadapan. Parameter keselamatan dan fungsi penyandar kepala ini mampu menampung beban sehingga 3kg.

• Pedal Sports Aluminium (Tiguan Allspace Elegance sahaja) - binaan berkualiti tinggi buatan Jerman dengan salutan anti-gelincir untuk penampilan atletik dan cengkaman pedal yang mantap.

• Pelindung bucu dengan gaya lasak lasak untuk melindungi bampar kereta daripada calar dan kesan geseran.

Harga runcit yang disyorkan untuk model Edisi Wolfsburg termasuk Volkswagen Assurance Package (VAP) adalah RM210,990 untuk Tiguan Allspace Elegance, RM263,990 untuk Tiguan Allspace R-Line.

Bagaimanapun, kedua-duanya didatangkan dengan harga promosi. Tiguan Allspace Elegance ditawarkan dengan penjimatan sebanyak RM30,000. Jadi harga selepas penjimatan adalah hanya RM180,990.

Sementara itu, Tiguan Allspace R-Line pula ditawarkan dengan penjimatan sebanyak RM20,000 dan Harga selepas penjimatan pula hanya RM243,990.

Semua model Wolfsburg Edition turut didatangkan dengan penyelenggaraan percuma selama 7 tahun, serta jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan percuma selama 5 tahun – sebagai sebahagian daripada Volkswagen Assurance Package (VAP).

Gallery

Tag:

Volkswagen Tiguan
Tiguan Allspace
2025 VW Tiguan Allspace Wolfsburg Edition
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Tiguan Baharu: Ada 4 Pilihan Trenkuasa

Selepas beberapa foto intipan dan model prototaip dibalut dengan pelekat camo, akhirnya SUV Volkswagen Tiguan membuat penampilan secara global.

20-09-2023
Berita Auto

Beli VW Dengan Diskaun Hingga RM18,888 Sempena Tahun Baru Cina

VPCM lancar promosi Tahun Baru Cina. Rugi tak beli sekarang!

08-01-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026

Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.

11-04-2026
Kereta Baru

Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired

MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.

10-04-2026
Kereta Baru

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Kereta Baru

Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan

Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!

08-04-2026
Kereta Baru

Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.

08-04-2026
Kereta Baru

MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki

Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.

07-04-2026
Kereta Baru

Isuzu D-Max 2026: Ada 9 Varian

Isuzu D-Max ada 9 varian, mana satu pilihan anda?

02-04-2026