Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jenama Eurorepar Tawar Servis, Alat Ganti OEM Pada Harga Mampu Milik, Bakal Tembusi Pasaran Malaysia

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Sempena pameran Automechanika Kuala Lumpur 2025 yang sedang berlangsung ketika ini, syarikat gergasi automotif global Stellantis mendedahkan rancangan untuk memperkenalkan jenama selepas jualan pelbagai jenama miliknya, Eurorepar akan menembusi pasaran tempatan dalam tempoh terdekat ini. 

Ditubuhkan pada tahun 2002, Eurorepar ialah satu jenama alat ganti dan rangkaian servis pelbagai jenama yang dimiliki sepenuhnya oleh Stellantis.Eurorepar menawarkan lebih daripada 17,000 jenis alat ganti yang terdiri daripada 60 kategori produk  suspensi tayar, minyak pelincir, komponen enjin, bateri, minyak pelincir hinggalah kepada bahan habis pakai.

image.pngimage.png

Dikhabarkan sebahagian daripada rancangan ini juga melibatkan pengenalan rangkaian bengkel yang dikenali sebagai Eurorepar Car Service. 

Rangkaian ini dijangka  menyediakan servis pembaikan dan perkhidmatan pakar bagi kenderaan jenama Stellantis, serta kenderaan bukan jenama Stellantis daripada pelbagai pengeluar lain.  

Secara global sejak tahun 2003, Eurorepar Car Service telah bertapak di lebih 30 negara, dengan rangkaian kukuh melibatkan 6,500 pusat servis di seluruh dunia. Di Malaysia, jenama ini turut menetapkan beberapa matlamat  untuk pasaran tempatan.

Pertamanya, Eurorepar Car Service berhasrat untuk mengubah pasaran perkhidmatan automotif Malaysia daripada pendekatan berasaskan harga kepada pendekatan berasaskan kualiti.

Kedua, ia bertujuan untuk memperkasakan pusat servis bebas supaya dapat mengetengahkan perkhidmatan bertaraf profesional mereka, selain  menawarkan kadar kos efektif yang disokong oleh alat ganti yang diluluskan OEM.

“Dengan portfolio produk yang luas merangkumi 60 keluarga produk, Eurorepar akan menyediakan  pelbagai servis dan alat ganti yang mampu milik pada harga tempatan,” kata Pengarah Urusan Stellantis ASEAN, Isaac Yeo.

Beliau turut menekankan bahawa kemasukan jenama Eurorepar dan rangkaian Eurorepar Car Service ke Malaysia menandakan perluasan penting bagi jejak selepas jualan global syarikat pembuat kereta ini.

Selain itu, Yeo turut menegaskan bahawa jenama ini akan disokong oleh Hab Alat Ganti Serantau Stellantis yang baru sahaja ditubuhkan di Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

“Kami yakin bahawa dengan menawarkan tahap profesionalisme dan kualiti setaraf OEM pada kadar kos kompetitif melalui pusat servis tempatan, kami akan dapat membuka permintaan besar yang mana Eurorepar sudah bersedia untuk memenuhi permintaan tersebut.

"Kami menjangkakan pelancaran bersama rakan pengedar akan dibuat pada akhir tahun ini, berdasarkan minat tempatan yang cukup kukuh,” tambahnya.


Gallery

Tag:

Stellantis
Eurorepar Car Service
Eurorepar Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

15-12-2025
EV

19-11-2025
EV

23-09-2025
Teknologi

23-09-2025
Berita Auto

27-08-2025
Global

30-07-2025
Global

17-07-2025
Global

08-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026