Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kes Anak Gajah Mati Dirempuh Lori: KKR Arah Semak Semula Lokasi Lintasan Hidupan Liar

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kementerian Kerja Raya (KKR) akan mengarahkan semakan semula dilakukan terhadap semua kawasan berisiko tinggi lintasan hidupan liar di seluruh negara supaya tindakan lanjut boleh diambil.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata ini termasuk mempertimbang penggunaan teknologi dalam pemasangan kemudahan tambahan seperti sensor pergerakan haiwan.

image.png

"Saya amat sedih dan terkilan dengan insiden tular baru-baru ini membabitkan seekor anak gajah yang mati dilanggar di jalan raya. Insiden seperti ini bukan sahaja menyayat hati, tetapi juga mengingatkan kita akan kepentingan menyeimbangkan pembangunan infrastruktur dengan pemeliharaan alam sekitar dan hidupan liar.

"Sebagai Menteri Kerja Raya, saya ingin menegaskan keselamatan pengguna jalan raya dan perlindungan hidupan liar sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap projek pembangunan jalan yang dilaksanakan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama agensi pelaksana seperti JKR dan syarikat konsesi lebuh raya," katanya di Facebook.

Antara usaha yang telah dan sedang dilaksanakan oleh KKR termasuk menyediakan 'eco-viaducts' (jambatan hijau) dan 'underpass tunnels' (terowong lintasan bawah tanah) di lokasi panas dikenal pasti sebagai laluan migrasi hidupan liar seperti gajah.

Berikut adalah  lima kawasan yang sudah dilengkapi kemudahan itu :

1. Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) - Lebuh raya ini mempunyai beberapa lintasan bawah tanah antara Kilometer (KM) 33 hingga 37 dan di KM39 yang direka khusus untuk pergerakan hidupan liar. Lokasi ini berdekatan Hutan Simpan Ulu Gombak, menjadikannya penting untuk hidupan liar bergerak dengan selamat.

2. Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) - Di lebuh raya ini terdapat jambatan hijau di Terengganu yang berfungsi sebagai laluan selamat untuk hidupan liar melintasi lebuh raya.

3. Jalan Kuala Berang-FELDA Aring (Hulu Terengganu) - Jabatan Kerja Raya (JKR) membina tiga laluan khas hidupan liar berbentuk terowong di bawah jalan di Seksyen 66, 70 dan 73 jalan ini.

4. Central Spine Road (CSR) - Projek lebuh raya ini merangkumi pembinaan beberapa jambatan hijau , termasuklah Sungai Yu Eco-Viaduct yang terpanjang dengan anggaran 900 meter. Laluan ini penting untuk menghubungkan kawasan hutan yang terpisah akibat pembangunan.

5. Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) - Di jajaran Taiping Selatan-Bruas, WCE turut membina terowong hidupan liar (underpass) sebagai laluan selamat untuk haiwan melintasi lebuh raya.

Tambah Alexander, selain kemudahan jambatan hijau dan terowong lintasan bawah tanah, langkah pemasangan papan tanda amaran sering diambil khususnya seperti di Lebuhraya Timur-Barat (Gerik-Jeli).

"Walaupun belum ada lintasan khusus yang meluas, kawasan ini dikenali sebagai kawasan lintasan hidupan liar dan papan tanda amaran sering dipasang.

"Pemasangan papan tanda amaran lintasan hidupan liar di kawasan berisiko, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati," katanya.


Gallery

Tag:

Kementerian Kerja Raya (KKR)
anak gajah
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Kos Baiki Jalan Bukan Murah: KKR Akui Perlu RM4 Bilion Untuk Baiki Jalan

Kos Baiki Jalan Bukan Murah: KKR Akui Perlu RM4 Bilion Untuk Baiki Jalan

Percaya atau tidak, Kementerian Kerja Raya (KKR)memerlukan hampir RM4 bilion untuk membaik pulih jalan raya di negara ini secara serentak.

19-06-2025
Berita Auto
Lagi Maut Angkara Jalan Lubang, Mangsa Terjatuh Sebelum Digilis Treler

Lagi Maut Angkara Jalan Lubang, Mangsa Terjatuh Sebelum Digilis Treler

Seorang penunggang basikal warga Singapura maut selepas terlanggar jalan berlubang lalu digilis sebuah treler dekat Jalan Gunung Pulai di Kulai, semalam.

15-06-2025
Berita Auto
KKR: Jalan, Lebuh Raya Baharu Perlu Ada Terowong Hidupan Liar

KKR: Jalan, Lebuh Raya Baharu Perlu Ada Terowong Hidupan Liar

Kerajaan mahu melaksanakan setiap jalan raya serta lebuh raya baharu dibina dengan terowong hidupan liar bagi mewujudkan laluan selamat untuk haiwan berkenaan.

13-05-2025
Berita Auto
Kesesakan Teruk  Sejak 20 Tahun Di Pekan Tapah, Akhirnya Selesai!

Kesesakan Teruk Sejak 20 Tahun Di Pekan Tapah, Akhirnya Selesai!

Penduduk di sekitar Pekan Tapah, Perak kini boleh menarik nafas lega memandangkan projek penyuraian trafik sudah siap.

02-05-2025
Berita Auto
KKR Bangunkan Lebih Banyak Kemudahan Untuk Penunggang Motosikal

KKR Bangunkan Lebih Banyak Kemudahan Untuk Penunggang Motosikal

Ketika ini terdapat pelbagai risiko yang dihadapi penunggang motosikal terutama ketika mereka berhenti berteduh semasa hujan.

15-04-2025
Berita Auto
LTU Akan Dibuka Untuk Aidilfitri? Rupa-Rupanya Berita Palsu

LTU Akan Dibuka Untuk Aidilfitri? Rupa-Rupanya Berita Palsu

Perhatian buat warga Pantai Timur! LTU tidak akan dibuka untuk Aidilfitri.

24-03-2025
Berita Auto
Jalan Berlubang: Perlu Tampal 24 Jam

Jalan Berlubang: Perlu Tampal 24 Jam

Konsesi jalan Persekutuan yang dilantik perlu melakukan tampalan sementara dalam tempoh 24 jam.

23-03-2025
Berita Auto
Diskaun Tol 50%: "Kami Akan Umum, Sabar," - Menteri

Diskaun Tol 50%: "Kami Akan Umum, Sabar," - Menteri

Kerajaan akan mengumumkan mengenai diskaun tol 50 peratus sempena Hari Raya Aidilfitri dalam masa terdekat ini.

20-03-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Tali Pinggang: Pemandu, Penumpang Bas Ekspres, Persiaran Wajib Pakai Tali Pinggang Keledar Mulai 1 Julai

Tali Pinggang: Pemandu, Penumpang Bas Ekspres, Persiaran Wajib Pakai Tali Pinggang Keledar Mulai 1 Julai

Semua pemandu dan penumpang bas ekspres serta bas persiaran diwajibkan memakai tali pinggang keledar berkuat kuasa mulai 1 Julai ini.

29-06-2025
Berita Auto
JAC T9 EV Raih Pengiktirafan Malaysia Book of Records – Pikap Elektrik 4x4 Pertama

JAC T9 EV Raih Pengiktirafan Malaysia Book of Records – Pikap Elektrik 4x4 Pertama

Trak pikap 4x4 elektrik JAC T9 EV yang dilancarkan di Malaysia awal tahun ini, telah mencipta sejarah setelah menerima pengiktirafan secara rasmi dalam Malaysia Book of Records (MBR).

29-06-2025
Berita Auto
Proton, Grab Malaysia Jalin Kerjasama, Kini Tawar Pelbagai Pilihan Model Proton Termasuk Proton S70, Barisan Premium X-Series

Proton, Grab Malaysia Jalin Kerjasama, Kini Tawar Pelbagai Pilihan Model Proton Termasuk Proton S70, Barisan Premium X-Series

Hasil kerjasama itu turut menawarkan kelebihan eksklusif yang ditambah baik untuk menyokong keperluan rakan-pemandu Grab yang terus menjana pendapatan menerusi platform e-hailing tersebut.

29-06-2025
Berita Auto
Toyota GR86 Dengan Livery JPJ & PLUS Curi Perhatian

Toyota GR86 Dengan Livery JPJ & PLUS Curi Perhatian

Sebuah Toyota GR86 yang ‘segak’ dengan livery Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan PLUS Malaysia menarik perhatian ramai di media sosial.

26-06-2025
Berita Auto
Proton Meterai Empat Perjanjian Bangunkan Komponen, Dua Lagi Perjanjian Teknikal

Proton Meterai Empat Perjanjian Bangunkan Komponen, Dua Lagi Perjanjian Teknikal

Proton memeterai perjanjian dengan beberapa vendornya bagi mempercepatkan penyetempatan komponen bagi model Proton pada masa hadapan.

26-06-2025
Berita Auto
Pemandu Bas Tunjuk Isyarat Lucah, Pandu Melulu, Syarikat Bas Digantung Operasi Sebulan

Pemandu Bas Tunjuk Isyarat Lucah, Pandu Melulu, Syarikat Bas Digantung Operasi Sebulan

Sebuah syarikat bas ekspres digantung operasi selama sebulan bermula awal Julai depan selepas pemandunya dikesan memandu secara berbahaya dan menunjukkan isyarat lucah.

26-06-2025
Berita Auto
Menteri Pesan Orang Ramai Ambil Gambar Jika Ternampak Pemandu Lori, Bas Pecut Atas Jalan Raya

Menteri Pesan Orang Ramai Ambil Gambar Jika Ternampak Pemandu Lori, Bas Pecut Atas Jalan Raya

Menteri Pengangkutan meminta orang ramai merakam gambar sekiranya ternampak pemandu lori atau bas memecut di atas jalan raya.

25-06-2025
Berita Auto
WTCA Mulakan Operasi Pemasangan GAC Emkoo Sebab Bakal Dilancar Suku Ketiga Tahun Ini

WTCA Mulakan Operasi Pemasangan GAC Emkoo Sebab Bakal Dilancar Suku Ketiga Tahun Ini

WTCA mengesahkan bahawa pihak mereka telah memulakan operasi pemasangan tempatan (CKD) bagi model GAC Emkoo .

25-06-2025