Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kemalangan Bas UPSI Terbalik: Setakat Ini 14 Pelajar, 1 Kelindan Bas Terbunuh, PM Ucap Takziah

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kita dikejutkan sekali lagi dengan kemalangan tragis apabila seramai  14 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan seorang kelindan bas disahkan maut apabila bas yang dinaiki mereka  terbabit dalam kemalangan  di Jalan Raya Timur Barat, berhampiran Tasik Banding, Perak awal pagi tadi.

Punca kemalangan masih belum diketahui namun maklumat awal mendapati bas yang membawa pelajar UPSI  terbalik gara-gara  bertembung dengan Perodua Alza. Buat masa ini, tujuh orang turut parah

Kejadian itu dikatakan berlaku pada pukul 1.10 pagi tadi apabila pihak Hospital Gerik memaklumkan tentang kemalangan jalan raya di kawasan berkenaan.

image.png

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff mengesahkan nahas bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi tadi, membabitkan pelajar universiti berkenaan.

Susulan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan dukacita susulan nahas tragis hingga mengorbankan 15 pelajar UPSI.

"Saya dan Azizah amat berdukacita menerima perkhabaran nahas tragis awal pagi tadi berhampiran Gerik yang membabitkan sebuah bas dan beberapa kenderaan lain, mengorbankan 15 pelajar.

Takziah kepada semua keluarga mangsa. Kami mendoakan kalian diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan yang amat berat ini," katanya dalam satu hantaran di media sosialnya, hari ini.

Sejumlah 46 mangsa terbabit termasuk 44 pelajar UPSI Tanjung Malim, masing-masing seorang pemandu dan seorang pembantu selain empat lagi mangsa menaiki kenderaan Perodua Alza.

Gallery

Tag:

Kemalangan UPSI
Gerik - Jeli
Perodua Alza
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Global

10-05-2024
Berita Auto

07-05-2024
Berita Auto

15-02-2024
Berita Auto

05-01-2024
Berita Auto

20-12-2023
Berita Auto

15-08-2023
Pandu Uji

15-05-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto
Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Projek Stesen Sentral Seremban RM100 Juta Dijangka Siap Mac Depan — Anthony Loke
Berita Auto
smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Berita Auto
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir