Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

MAA: TIV Menjunam Pada April 2025 Namun Jualan Kereta Bakal Melonjak Semula Bulan Ini!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mendedahkan volum industri (TIV) untuk bulan April lalu susut  16.8 peratus kepada 60,527 unit  berbanding 72,730 unit pada Mac 2025.

MAA berkata, faktor cuti Hari Raya yang panjang bermula dari 1 April hingga 6 April 2025  dan penghantaran sempena perayaan yang tinggi pada Mac menyumbang kepada jumlah jualan kenderaan yang lebih rendah pada bulan tersebut.

“TIV untuk setakat tahun ini adalah 5.8 peratus lebih rendah berbanding tempoh yang sama pada 2024,” katanya dalam satu kenyataan.

Berikut adalah carta Pengeluaran dan Jualan Kereta pada April 2025.

image.png

Tambah kenyataan itu, sepanjan empat bulan pertama tahun ini, sebanyak 248,730 unit kenderaan terjual, susut lima peratus daripada 263,050 unit tahun sebelumnya.

Sementara itu, pengeluaran pada April 2025 turut menyaksikan penurunan sebanyak dua peratus berbanding tahun sebelumnya dengan 56,313 unit kenderaan dikeluarkan.

image.png

Bagaimanapun, MAA menjangkakan TIV pada Mei 2025 adalah lebih tinggi berbanding April berikutan sambutan perayaan Kaamatan dan Gawai di Malaysia Timur pada akhir bulan ini.

“Bilangan hari bekerja yang lebih tinggi pada bulan Mei berbanding April dan pelancaran model baharu juga dijangka akan menyumbang kepada peningkatan jualan,” katanya.

Gallery

Tag:

Persatuan Automotif Malaysia (MAA)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

15-12-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Jangan Percaya Sindiket Guna MyBayar PDRM Berkaitan Trafik

PDRM menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan taktik penipuan yang menyalahgunakan nama PDRM dan MyBayar PDRM.

03-01-2026
Berita Auto

PUSPAKOM Kenakan Caj RM5 Untuk Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kereta Bermula Ahad Ini

PUSPAKOM Sdn Bhd akan menyelaraskan Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan daripada RM3.50 kepada RM5 bermula Ahad ini.

02-01-2026
Berita Auto

Tahniah Rakyat: JPJ Kelantan Kutip RM9 Juta Saman

Tahniah kepada rakyat Kelantan kerana melunaskan bayaran saman memandangkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya mengutip saman sebanyak RM9 juta sepanjang tahun lalu.

02-01-2026
Berita Auto

Peruntukan Terbesar: KPKT Salur RM40 Juta Untuk Turap 800 Jalan Di Perak

KPKT menganggarkan kos kira-kira RM50,000 bagi setiap jalan di kawasan perumahan.

02-01-2026
Berita Auto

Pemilik Motosikal ‘Tayar Sotong’ Meratap Nasib Di Ambang Tahun Baharu

Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 bertukar menjadi 'igauan ngeri' buat sekumpulan pemilik motosikal apabila Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur melancarkan Op Samseng Jalanan besar-besaran.

02-01-2026
Berita Auto

Ops Tahun Baharu 2026: Polis Keluarkan 12,437 Saman

Dalam sehari, 12,437 saman dikeluarkan sempena Operasi Ambang Tahun Baharu 2026 semalam.

02-01-2026
Berita Auto

Harga Pas Rapid KL Naik Selepas 17 Tahun, Tampung Kos Penyelenggaraan

Selepas 17 tahun mengekalkan kadar yang sama, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akhirnya mengumumkan harga baharu bagi pas perjalanan Rapid KL berkuat kuasa 1 Januari 2026.

02-01-2026
Berita Auto

Pemandu Treler Sagat Kereta, Rupanya Dah Tunggu Sejam

Pemandu treler didakwa melanggar tiga kereta yang diletakkan di tepi laluan masuk di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Jejantas Ayer Keroh menjelaskan, dia terpaksa berbuat demikian berikutan desakan selain mendakwa telah menunggu satu jam lebih di situ.

31-12-2025