Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

MAS 2025: Jetour VT9 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga HANYA RM118,800

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Jetour Malaysia akhirnya melancarkan SUV tiga baris terbaharunya, VT9 ke pasaran tempatan sempena pameran di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025)  di MAEPS, Serdang, semalam.

Bagi yang tidak tahu, model ini sudah pun  dipamerkan pada MAS 2024 dengan nama Jetour X70 Plus.

image.png

Bagaimanapun, ia kini dinamakan semula  sebagai VT9 kerana mahu mengelakkan kekeliruan dengan model SUV Proton X70.

Sebaliknya, SUV crossover ini mengekalkan rekaan yang agak berani seperti yang pernah kita lihat sebelum ini. Dari segi dimensi, VT9 berukuran 4,724 mm panjang dengan jarak roda 2,720 mm, lebar 1,900 mm, dan tinggi 1,720 mm.

Secara visual, Jetour VT9 menampilkan reka bentuk depan X-Face yang menjadi signatur jenama ini.

image.pngimage.png

Ia hadir dengan  lampu LED, serta  ekzos berkembar yang sporty. Reka bentuk tradisional Cina turut memberi inspirasi kepada penampilan luaran kerana lampu nyalaan siang harinya ala-ala gaya tanglung (DRL). Tidak ketinggalan, grilnya juga  menggabungkan warisan dengan gaya moden.

Untuk makluman, Jetour VT9 dikuasakan oleh enjin petrol turbo 4 silinder 1.5 liter. Untuk itu, ia mampu menghasilkan kuasa setakat 156 PS dan 230 NM. Enjin ini dipadankan dengan kotak gear automatik DCT 6 kelajuan yang memacu roda hadapan.

Menurut Jetour, sistem rangkaian kuasa ini telah diuji sejauh lebih 2 juta kilometer untuk memastikan kebolehpercayaan dan prestasi yang lancar.

Menjengah bahagian kabinnya,, VT9 menawarkan susun atur luas dengan 7 tempat duduk. Tempat duduk baris kedua dan ketiga boleh dilipat rata bagi membesarkan lagi ruang butnya kepada  1,680 liter.

image.png

Selain itu, pintu belakang juga jenis berkuasa . Apapun,  kabinnya menampilkan sentuhan premium seperti stereng bentuk-D berbalut kulit, aksen aluminium, dan tempat duduk berpengudaraan untuk keselesaan tambahan.

image.png

Model ini juga hadir dengan paparan digital berkembar bersaiz 10.25 inci, dengan bahagian infotainmen menyokong Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar. Ini turut dilengkapi fungsi arahan suara pintar. Ciri menarik lain termasuk bumbung panoramik bersaiz besar dan pengecas tanpa wayar 50 watt.

Dari segi ciri keselamatannya, ia hadir dengan enam beg udara, paparan kamera HD 360 darjah, serta beberapa ciri bantuan pemandu seperti Pengesan Titik Buta, Amaran Lintasan Trafik Belakang, kawalan mula daki dan amaran tukar lorong.

Mengenai harga pula, varian  1.5 TCI Comfort dijual pada harga D RM118,800 manakala varian 1.5 TCI Prime pula  RM123,800. Kedua-duanya hadir dengan waranti kenderaan selama 7 tahun atau 150,000 KM, dan waranti enjin 10 tahun atau 1,000,000 KM.

Selain itu, Jetour Malaysia menawarkan 800 pelanggan pertama yang membeli Jetour VT9 baharu dengan rebat tunai RM2,000, serta lima tahun servis percuma  termasuk buruh dan alat ganti.

Anda boleh melihat dan membesarkan Jetour VT9 secara langsung dengan mengunjungi booth  Jetour Malaysia di MAS 2025 yang terletak di Dewan A.

Gallery

Tag:

Jetour
Jetour VT9
Jetour Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

23-10-2025
Global

17-09-2025
Berita Auto

26-08-2025
EV

09-05-2025
Kereta Baru

09-05-2025
Kereta Baru

09-04-2025
Berita Auto

17-03-2025
Global

27-01-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Leapmotor B10 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM99,800 Untuk 200 Terawal

SUV elektrik segmen C, Leapmotor B10 kini rasmi dilancarkan di Malaysia dalam dua varian iaitu Life dan Design. Model import sepenuhnya (CBU) ini menyasarkan pembeli yang mencari SUV lima tempat duduk praktikal dengan spesifikasi yang menarik.

10-12-2025
Kereta Baru

SUV Mercedes-Benz GLC 200 4Matic – Hanya Dari RM329,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan varian asas, GLC 200 4Matic (X254) di Malaysia. SUV CKD baharu ini menawarkan enjin 2.0L turbo berkuasa 201 hp dan tork 320 Nm.

09-12-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz GLE 400 e 4Matic Kini Rasmi Di Malaysia – PHEV, Dari RM498,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan GLE 400 e 4Matic PHEV untuk pasaran Malaysia. SUV hibrid plug-in ini menjanjikan prestasi tinggi cecah 375 hp dan 600 Nm, serta jarak pemanduan elektrik sehingga 108 km.

09-12-2025
Kereta Baru

Dongfeng 007 & Vigo Ditunjuk, Rupanya Bakal Dilancar Tahun Depan, Harga Agak Marhaen

Dongfeng Cars Malaysia menayangkan dua model elektrik terbaharunya, Dongfeng 007 dan Dongfeng Vigo di Cyberjaya, Selangor semalam.

07-12-2025
Kereta Baru

MPV 1,000 KM, Nissan Serena e-Power 'Didekati' & Diuji – Lancar Di Malaysia Q1 2026

Kami pandu uji Nissan Serena e-Power (C28/generasi keenam) sebelum kemunculan rasminya pada Q1 2026. Model ini menggunakan enjin e-Power Gen-2, menjanjikan jarak mencecah 1,000 km.

05-12-2025
Kereta Baru

Lexus GX 550 2026 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Daripada RM780,000

Lexus Malaysia telah melancarkan Lexus GX generasi ketiga, baru-baru ini.

04-12-2025
Kereta Baru

Maybach S580 Night Series 4Matic Dilancarkan Di Malaysia – 'Hanya' Dari RM2.4 Juta

Mercedes-Benz Malaysia rasmi melancarkan Maybach S580 Night Series (CBU) berharga RM2.4 juta. Tampil memukau dengan enjin V8 turbo, sistem AWD dan pakej estetik gelap.

04-12-2025
Kereta Baru

EV Pertama Perodua Dilancarkan, QV-E: Harga Cuma RM80,000

Perodua akhirnya melancarkan secara rasminya EV pertama mereka, QV-E ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

01-12-2025