Link Copiedcheck_circle
EV

MAS 2025: Perodua Bakal Lancar EV Pertama Tahun, Harga Bawah RM80,000 Sahaja

Suhana Veru

6 hours ago

Kongsi melalui

image.png

Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) mengesahkan bahawa pihaknya akan  melancarkan model kenderaan elektrik (EV) pertamanya selewat-lewatnya pada hujung tahun ini, dengan harga di bawah RM80,000.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, pada mulanya, model itu mahu dikeluarkan hanya sebanyak 500 unit.

image.png

Namun, kami telah mengubah hala tuju dan ia bukan lagi pengeluaran terhad tetapi akan menjadi pengeluaran model secara besar-besaran. Ia akan dikeluarkan sebanyak 2,000 unit sebulan di kilang baharu kami di Rawang, Selangor nanti," katanya.

Beliau berkata  pada sesi soal jawab selepas mendedahkan model 'half cut' EV Perodua di Malaysian Autoshow 2025 (MAS 2025), pagi tadi.

image.pngimage.png

Mengulas lanjut, beliau berkata, model half cut itu akan memasuki fasa pengeluaran akhir pada September atau Oktober ini.

EV berkenaan akan menggunakan komponen tempatan bagi bahagian kritikal, dengan sasaran kadar penggunaan komponen tempatan melebihi 60 peratus.

Bagaimanpun, beliau turut mengakui sasaran pasarannya adalah golongan muda dan keluarga kecil.

Mengulas mengenai spesifikasi bateri, beliau berkata, model EV itu dilengkapi sistem pengecasan pantas 60kW DC dengan jangka hayat bateri sekitar sembilan tahun. Setiap unit bateri juga akan dilengkapi dengan sistem pengenalan khusus bagi tujuan pengesanan dan keselamatan.

Apa yang cukup menarik adalah PERODUA turut memberi jaminan bahawa nilai jualan semula model berkenaan akan kekal tinggi, meskipun selepas bertahun-tahun digunakan.

image.png

"Kami memastikan tiada susut nilai ketara berlaku. Tidak seperti kebanyakan EV lain yang menyusut nilai akibat kebimbangan terhadap prestasi bateri selepas lapan tahun, kenderaan kami direka supaya kekal bernilai.

"Malah, pemilik boleh menukar bateri pada harga mampu milik, iaitu di bawah RM80,000, dengan proses penukaran hanya mengambil masa sekitar 30 minit di pusat servis kami yang dilengkapi sistem khas," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mendedahkan bahawa pihaknya tidak mahu terburu-buru melancarkan model EV.

Apa yang dikongsikan pada hari ini masih sama seperti yang pernah diumumkan Perodua sebelum ini. Ini termasuk penggunaan bateri CATL dengan kapasiti sekitar 50kWh, jarak kembara 400km, dan berupaya untuk memecut dari 0-100km/j dalam masa bawah 7 saat.

Ia juga akan dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu ADAS Tahap 2 manakala rekaan memenuhi piawaian 5-bintang A-NCAP. Untuk makluman, EV ini menampilkan rekaan fastback yang disasarkan untuk kereta segmen B.

Tambah Zainal, pengguna juga boleh membeli EV ini secara tunai atau melalui pinjaman bank, kemudian mendaftar perkhidmatan sewaan bateri secara berasingan. Pilihan untuk membeli EV dan bateri sekali gus juga akan disediakan kepada pengguna, tetapi butiran lanjut mengenai pembelian dan sewaan ini masih lagi dalam perbincangan.

Seperti sedia maklum, pembeli EV hanya akan membeli kenderaan tanpa bateri, manakala bateri akan disediakan melalui skim pajakan atau sewaan. 

Gallery

Tag:

EV Perodua
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV
MAS 2025: smart Malaysia mendedahkan smart #5

MAS 2025: smart Malaysia mendedahkan smart #5

smart Malaysia mendedahkan smart #5, sempena pameran Malaysia Autoshow 2025, di MAEPS, Serdang, tadi.

08-05-2025
EV
MAS 2025: MGS5 Sudah Didedah, Harga Anggaran Cuma RM115K

MAS 2025: MGS5 Sudah Didedah, Harga Anggaran Cuma RM115K

MG Motor Malaysia kini menawarkan pakej eksklusif awal sempena Malaysia Autoshow 2025.

08-05-2025
EV
MAS 2025: Perodua Bakal Lancar EV Pertama Tahun, Harga Bawah RM80,000 Sahaja

MAS 2025: Perodua Bakal Lancar EV Pertama Tahun, Harga Bawah RM80,000 Sahaja

Perodua mengesahkan bahawa pihaknya akan melancarkan model EV pertamanya selewat-lewatnya pada hujung tahun ini, dengan harga di bawah RM80,000.

08-05-2025
EV
MAS 2025: TQ Wuling Bingo Dipertontonkan

MAS 2025: TQ Wuling Bingo Dipertontonkan

TCMH mempertontonkan model pertama yang bakal dilancarkan secara rasmi bersama pengeluar EV terkemuka China, SGM Wuling, TQ Wuling Bingo.

08-05-2025
EV
MAS 2025: Proton e.MAS 5 Dipertontonkan – Tiba Hujung Tahun Ini?

MAS 2025: Proton e.MAS 5 Dipertontonkan – Tiba Hujung Tahun Ini?

Proton pamerkan e.MAS 5 yang dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi.

08-05-2025
EV
PRO-NET, ChargeSini & 3 CPO Lain Bekerjasama - Sedia Pengecas EV Di Kondo & Pangsapuri

PRO-NET, ChargeSini & 3 CPO Lain Bekerjasama - Sedia Pengecas EV Di Kondo & Pangsapuri

Anak syarikat Proton, PRO-NET, mengumumkan kerjasama rasmi dengan empat operator pengecasan (CPO) utama, ChargeSini, Charge+, RExharge dan Charge N Go.

07-05-2025
EV
Pendaftaran Minat Zeekr 7X Dibuka – Kemunculan Rasmi Di Malaysia Autoshow 2025

Pendaftaran Minat Zeekr 7X Dibuka – Kemunculan Rasmi Di Malaysia Autoshow 2025

SUV elektrik terbaru China, Zeekr 7X, bakal membuat kemunculan sulung di Malaysia sempena Malaysia Autoshow 2025 yang berlangsung dari 9 hingga 15 Mei ini.

07-05-2025