Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

MG S5 EV Rasmi Dilancar, Ada 3 Varian, Kalau Tempah Awal, Ada Diskaun RM6,000

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

MG Malaysia akhirnya  melancarkan secara rassminya model elektrik terbaharu mereka, MG S5 EV 2025 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

MGS5 ini didatangkan dalam tiga varian dimana varian Com berharga  RM125,900 untuk varian Com Long Range, manakala varian Lux pula berharga RM135,900.

Bagaimanapun, untuk 500 orang pelanggan pertama akan menerima manfaat berupa penjimatan sehingga RM6,000 serta pakej pengecas dinding 7kW secara percuma. Ini bermakna, harga jualan  MGS5 EV bermula serendah RM109,900.

image.png

SUV segmen B elektrik sepenuhnya ini berukuran 4,476 MM panjang, 1,849 MM lebar dan 1,621 MM tinggi, dengan jarak roda 2,730 MM. 

Saiznya meletakkannya dalam persaingan rapat dengan model seperti Proton e.MAS 7,  BYD Atto 3 dan Honda e:N1 yang dilancarkan baru-baru ini. 

image.pngimage.png

Untuk makluman anda, Varian Com disumbat dengan pilihan pek bateri lithium iron phospate (LFP) berkapasiti 49 kWh dimana ia boleh bergerak sejauh  340 km, sementara varian Com Long Range pula dilengkapi bateri 62 kWh dengan jarak gerak cecah 430 km.

Sementara itu, varian Lux Long Range pula hanya eksklusif dengan pek bateri 62 kWh.

image.pngimage.png

Namun, kesemua varian secara standard dilengkapi dengan motor elektrik pacuan roda belakang berkuasa 170 PS dan 250 Nm.

Selain itu, MG S5 EV juga menyokong pengecasan AC 7 kW dan pengecasan pantas DC sehingga 120 kW, manakala varian Lux pula diberikan kelebihan pengecasan pantas DC sehingga 150 kW. Jadi  MG S5 EV Lux boleh dicas  dari 10-80 peratus hanya dalam 26 minit.

Menjengah bahagian luarannya, MG S5 ini didatangkan  dengan lampu depan LED dengan DRL bertemakan ‘Racing Flag’ dan lampu belakang Arch khas MG dengan motif tersendiri.

Bahagian kabinnya pula, jentera ini dilengkapi dengan skrin kluster digital 10.25 inci serta skrin tengah sebesar 12.8 inci. ada sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar  termasuk kefungsian Vehicle-to-Load (V2L), Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, 12.8 inci skrin sentuh infotainment dengan arahan suara, 10.25

Begitupun, Varian Lux pula mendapat kelengkapan tambahan. Ini termasuklah rim aloi 18 inci, bumbung kaca panorama, upholsteri tempat duduk kulit-fabrik, tempat duduk pemandu boleh laras, pemanas roda stereng, pengecasan peranti pintar tanpa wayar, pintu tailgate berkuasa, sistem audio dengan enam pembesar suara dan kamera keliling.

Ruang butnya pula  seluas  1,441 liter .

image.png

Bagi yang berminat, MGS5 EV  ditawarkan dalam lima warna pilihan: Putih, Perak Monumen, Kelabu Camden, Merah Dinamik, dan Elegant Latte.

Jika anda cukup berminat dengan MGS5, segeralah menjadi salah seorang daripada 500 pelanggan terawal untuk mendapat harga diskaun sehingga RM6,000.

Lebih menarik terdapat Pakej Waranti Komprehensif dan Pakej untuk Pembeli MGS5 EV

  •  7-tahun atau Waranti Perbatuan Pada Kenderaan
  • 8-tahun atau 180,000km Waranti Perbatuan Pada Pek Bateri Voltan Tinggi
  • 8-tahun atau Waranti Perbatuan 160,000km Pada Pacuan Motor dan Unit Kawalan Motor
  • Percuma Kotak Pengecasan Dinding 7kW 2

Sebelum itu, adakah MGS5 ini mampu menewaskan seterunya seperti Proton e.MAS 7, BYD Atto 3 dan seangkatannya?

Kongsikan pendapat anda!

Gallery

Tag:

MG S5 EV
MG S5 EV Malaysia
MG Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Bilik Pameran MG: MG S5 EV Sudah Berada Di Semua Bilik Pameran MG Di Seluruh Negara

Bilik Pameran MG: MG S5 EV Sudah Berada Di Semua Bilik Pameran MG Di Seluruh Negara

MG Motor Malaysia mengesahkan bahawa MG S5 EV sudah berada di semua bilik pameran Pengedar Sah MG Motor di seluruh negara.

03-06-2025
Kereta Baru
MG S5 Bakal Dilancar Mei Depan Tetapi ROI Telah Dibuka

MG S5 Bakal Dilancar Mei Depan Tetapi ROI Telah Dibuka

MG Motor mendedahkan imej teaser model terbaharunya, MG S5 elektrik.

04-04-2025
Berita Auto
Bilik Pameran MG: MG S5 EV Sudah Berada Di Semua Bilik Pameran MG Di Seluruh Negara

Bilik Pameran MG: MG S5 EV Sudah Berada Di Semua Bilik Pameran MG Di Seluruh Negara

MG Motor Malaysia mengesahkan bahawa MG S5 EV sudah berada di semua bilik pameran Pengedar Sah MG Motor di seluruh negara.

03-06-2025
Berita Auto
MG Malaysia Kini Miliki 10 Pusat Pengedaran di Seluruh Negara – Sasar Lebih Banyak Lokasi Tahun Ini

MG Malaysia Kini Miliki 10 Pusat Pengedaran di Seluruh Negara – Sasar Lebih Banyak Lokasi Tahun Ini

MG Malaysia (SAIC Motor Malaysia Sdn Bhd) hari ini mengumumkan bahawa mereka kini memiliki 10 cawangan pengedar sah di seluruh Malaysia.

19-04-2024

Berita Terkini

Kereta Baru
Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026
Kereta Baru
Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?

Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?

Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.

14-05-2026
Kereta Baru
Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.

13-05-2026
Kereta Baru
Adakah DENZA B8 SUV Paling 'King' Tahun Ini?
Kereta Baru
Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900

Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900

Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!

08-05-2026
Kereta Baru
Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.

08-05-2026
Kereta Baru
Subaru Crosstrek 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Unit CBU Jepun, RM190,788

Subaru Crosstrek 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Unit CBU Jepun, RM190,788

Subaru Crosstrek 2026 rasmi dilancarkan di Malaysia.

06-05-2026
Kereta Baru
SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

Bagaimanapun, Proton masih mengunci mulut.

06-05-2026