Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

R&D Proton Di China Percepat Pembangunan Model Baharu Proton

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pembukaan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (PRDC) PROTON di Hangzhou Bay, China, melalui kerjasama dengan Zhejiang Geely Holding Ltd (Geely), telah melonjakkan lagi pembangunan model baharu Proton.

PRDC itu dikatakan mengamalkan sistem pembangunan produk baharu (NPDS) yang tersusun, merangkumi semua fasa penting daripada perancangan strategi produk, penetapan reka bentuk sehingga kepada penilaian akhir data (FDJ).

Jurutera Kanan di pusat tersebut, Wan Fatin Nur Amira Wan Rusli berkata, penggunaan platform dan peralatan berteknologi tinggi telah mempercepatkan pembangunan model PROTON. 

“Dalam tempoh tiga bulan kebelakangan ini, saya melihat bagaimana PRDC menyumbang kepada pembangunan generasi baharu kenderaan pintar PROTON menerusi integrasi teknologi E&E kenderaan yang canggih," katanya.

image.png

Kerjasama antara PRDC dan Geely turut menyumbang kepada pembangunan model EV pertama PROTON, Proton e.MAS 7 menerusi kemudahan makmal bateri, bangku ujian sistem janaan kuasa dan pusat pembangunan kenderaan pintar di Hangzhou Bay. 

Sejak pelancarannya di Malaysia pada Disember lalu, model EV pertama PROTON telah menjadi model EV paling laris di negara ini.

Dengan memanfaatkan pengalaman PROTON dalam membangunkan kenderaan untuk pasaran Malaysia dan ASEAN, Geely turut mendapat pemahaman yang lebih baik tentang kehendak pelanggan tempatan, keadaan jalan raya serta peraturan kerajaan. 

Jurutera Utama dalam Kejuruteraan Prestasi di PROTON,  Muhammad Hafiz  Zabidi, menjelaskan  bahawa kemajuan ketara telah dicapai dalam usaha meningkatkan karekter pemanduan model-model PROTON akan datang.

Antara penambahbaikan termasuk talaan casis dan sistem suspensi yang lebih sesuai untuk jalan raya di Malaysia, sistem brek yang lebih baik, tahap bunyi, gegaran dan kekasaran (NVH) yang lebih rendah serta pengunaan minyak yang dipertingkat menerusi ujian kejuruteraan lanjutan.

Pusat R&D ini juga melakukan penanda aras dengan pesaing untuk memastikan daya saing PROTON dan menjanjikan pengalaman pemanduan yang lebih baik kepada pelanggan.

Sepanjang tahun lalu, Jurutera Kanan bersama pasukannya, Omar Farhan Omar, terlibat dalam penyelarasan kejuruteraan, pelaksanaan garis masa dan kerjasama merentas fungsi bagi memastikan projek ini mencapai tahap kesediaan untuk pengeluaran.

Mereka telah mencapai beberapa pencapaian penting dengan mengetuai usahapengesahan dalam pengurusan haba, kecekapan pengecasan dan brek regenerative, yang meningkatkan aspek keselamatan, ketahanan dan jarak perjalanan, terutamanya untuk iklim tropika Malaysia.

“Menerusi usaha ini, kami berada di landasan yang tepat untuk memperkenalkan EV yang boleh dipercayai dan berkualiti tinggi untuk penggunaASEAN,” tambahnya.

image.pngimage.png

Sementara itu, Zulkifli Bin Fadzlullah, Jurutera Kanan dalam Pengujian & Pembangunan, berkata kemudahan seperti litar ujian dan bilik iklim yang digunakan PRDC memainkan peranan penting dalam proses pengujian yang menyeluruh oleh PROTON.

“Kami berhubung secara harian dengan pasukan R&D PROTON Malaysia, berkongsi pengetahuan PROTON juga memainkan peranan sebagai rakan strategik Geely dalam usaha penyesuaian teknologi dan pengembangan kehadirannya di rantau ASEAN.

Pada masa hadapan, PROTON berhasrat untuk memperkukuh pemahaman teknikal serta memperluaskan pasukan R&D di Malaysia melalui program pertukaran. Malaysia juga mengakui keperluan untuk ujian dunia sebenar yang lebih banyak.

Pusat ini dijangka memainkan peranan penting dalam mencorakkan masa depan PROTON, khususnya dalam bidang seni bina E&E dan pembangunan EV, sekali gus mengukuhkan keupayaan inovasi bebas PROTON di Malaysia.

Gallery

Tag:

R&D
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Lebih 1.2 Juta Kenderaan Terjual Tahun 2022, Ini Strategi Kejayaan Chery...

Lebih 1.2 Juta Kenderaan Terjual Tahun 2022, Ini Strategi Kejayaan Chery...

Chery capai jualan lebih 100,000 unit secara berturut-turut selama lapan bulan sejak Jun 2022 termasuk Januari tahun ini.

21-02-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto
LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026