Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sidang Kemuncak ASEAN 2025: Senarai Jalan Ditutup Akan Didedah Pada Selasa Depan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Senarai jalan yang akan ditutup sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2025 akan diumumkan selewat-lewatnya pada 20 Mei ini,  kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

"Semasa mesyuarat Kabinet yang lepas, Kementerian Komunikasi telah diberi tanggungjawab untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai jalan-jalan yang akan digunakan bagi mengelakkan kesesakan.

"Kami (Kementerian Dalam Negeri) juga akan menjalankan latihan pada 20 Mei.  PDRM akan ambil kedudukan lebih awal,," katanya selepas majlis penghargaan kepada Jabatan Imigresen, Putrajaya. 

image.png

Saifuddin berkata seramai 7,200 anggota polis akan dikerahkan.

Di peringkat Jabatan Imigresen, beliau berkata lebih 2,000 anggota kini sedang menjalani latihan bagi memastikan kelancaran proses ketibaan para delegasi.

"Ia mesti berjalan lancar dari segi pergerakan manusia dan barangan. Kami telah mengenal pasti semua pintu masuk utama, termasuk lapangan terbang Subang, di mana beberapa delegasi akan mendarat," tambahnya.

Sidang Kemuncak ASEAN pada 26 dan 27 Mei ini diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), turut diadakan sidang kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Sidang Kemuncak Ekonomi ASEAN-GCC-China.

Gallery

Tag:

Sidang kemuncak ASEAN
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Sidang Kemuncak ASEAN: PLUS Tutup Jalan Untuk Lancarkan Perjalanan Delegasi

PLUS akan tutup jalan secara berperingkat mulai esok sempena Sidang Kemuncak ASEAN.

22-05-2025
Berita Auto

Sidang Kemuncak ASEAN: Operasi Rel Rapid KL Dilanjutkan

Orang ramai digalakkan menggunakan sepenuhnya kemudahan pengangkutan awam bagi memudahkan perjalanan ke lokasi.

21-05-2025
Berita Auto

Sidang Kemuncak ASEAN: Kakitangan Kerajaan Boleh Kerja Dari Rumah

Penjawat awam boleh memohon untuk bekerja dari rumah.

07-05-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Ada Cadangan Potong Kuota Subsidi BUDI95 Ikut Gaji? – Ini Jawapan Kerajaan

Kerajaan memberi jaminan tidak akan membuat perubahan drastik terhadap kuota bantuan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) berdasarkan kelas pendapatan buat masa ini.

08-01-2026
Berita Auto

Kenapa Passport Malaysia, IC Berwajah Baharu?

Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memperkenalkan pasport Malaysia dan MyKad berwajah baharu dalam dalam tempoh enam bulan lagi.

08-01-2026
Berita Auto

Tambang RM328 Ke Sarawak, RM398 Ke Sabah Sempena Tahun Baharu Cina, Aidilfitri

AirAsia mengumumkan inisiatif tambang tetap tahunan dengan menawarkan harga tiket pada kadar RM328 bagi penerbangan ke Sarawak dan RM398 bagi laluan Sabah sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri pada tahun ini.

08-01-2026
Berita Auto

Penerbangan MH21 Patah Balik, Ada Sebabnya!

Malaysia Airlines mengesahkan penerbangan MH21 yang beroperasi dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris (CDG) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL) semalam berpatah balik ke CDG sejurus selepas berlepas.

08-01-2026
Berita Auto

Kenapa Setiap Tahun Muncul Isu Tambang Van Sekolah Naik?

Sesi persekolahan tahun 2026 akan bermula dalam beberapa hari lagi, namun golongan ibu bapa sudah mula menyuarakan kebimbangan mengenai kenaikan tambang van sekolah di media sosial.

08-01-2026
Berita Auto

51 Kereta Musnah, Bengkel Kereta Terbakar

Sebanyak 51 buah kenderaan dilaporkan musnah dalam kebakaran melibatkan sebuah bengkel servis dan cat kenderaan.

07-01-2026
Berita Auto

Harga Minyak Turun, RON97 & Diesel Lebih Murah Mulai 8 Januari

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 8 Januari hingga 14 Januari depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

07-01-2026
Berita Auto

Lelaki Tayang Saman Panjang Tular Di Media Sosial, Ini Pula Jawapan JPJ!

Seorang lelaki menjadi bahan bualan hangat di media sosial apabila dia menunjukkan surat saman daripada Jabatan Pengangkutan Jalan di Melaka, semalam.

07-01-2026