- Berita
- EV
- SUV Elektrik Berhenti Mengejut Di Lorong Kanan! Nyaris Makan Nyawa
SUV Elektrik Berhenti Mengejut Di Lorong Kanan! Nyaris Makan Nyawa
Seorang lelaki trauma seumur hidup gara-gara SUV elektrik yang dipandunya secara tiba-tiba berhenti mengejut di laluan kanan di Lebuhraya Cheras-Kajang, baru-baru ini.
Izwan Hassan, 33, berkata, ketika kejadian berlaku, dia dalam perjalanan bersama keluarganya dari Melaka ke Pulau Pinang.
Ketika kejadian dia sedang memandu di lorong paling kanan di Lebuh Raya Cheras-Kajang dengan kelajuan sekitar 90 hingga 100 kilometer sejam.
Bagaimanapun, SUV buatan China itu dikatakan tiba-tiba membrek sendiri tanpa sebarang memberi amaran atau petunjuk.
"Pada paparan skrin kenderaan, hanya tertera mesej 'Power System Failure' manakala keempat-empat tayar seperti dikunci,” katanya kepada Sinar Harian.
Susulan itu, beberapa kenderaan juga hampir merempuh SUV tersebut kerana berhenti mengejut di lorong kanan.
“Kurang 10 minit, anggota peronda tiba dan mengawal aliran trafik. Saya cuba mematikan dan menghidupkan semula sistem kenderaan tetapi tiada respons. Tayar pula terkunci walaupun gear telah ditukar ke mod 'neutral', menyebabkan kereta tidak boleh ditolak,” ujarnya.
Dia kemudian menghantar kereta terbabit ke pusat servis dan apa yang mengejutkan, pihak teknikal memaklumkan memang tiada sistem amaran awal untuk kerosakan bateri kecil ini, menyebabkan kenderaan terus brek secara automatik.
Pada 5 Mei lalu, pusat servis mengesahkan bateri 12 volt kenderaan perlu ditukar kerana bacaan voltan terlalu rendah. Kos penggantian sebanyak RM418 bagaimanapun tidak dilindungi waranti kerana jarak perbatuan telah melebihi 20,000 kilometer.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari