Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

BAS.MY Kota Setar: Mudahkan Urusan 28,000 Penumpang, Ada 13 Laluan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Ada berita baik untuk orang Kedah!

Ini kerana  bas berhenti-henti di bawah jenama BAS.MY KOTA SETAR yang telah mula beroperasi di Kedah secara berperingkat mulai 1 Jun lalu, bakal memudahkan urusan  kira-kira 28,000 pengguna setiap bulan di negeri terbabit.

Pelaksanaan program ini adalah satu inisiatif di bawah Belanjawan 2024 Kerajaan Persekutuan dengan peruntukan berjumlah RM 80 juta bagi tempoh perkhidmatan selama (5) tahun atau bersamaan RM16 juta setahun.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan bas berhenti-henti di Alor Setar, serta bandar-bandar lain termasuk Sungai Petani, Jitra, Kuala Kedah, Kuala Nerang dan Pendang.

Kekerapan perkhidmatan BAS.MY Kota Setar adalah setiap 30 minit bagi laluan dalam bandar, manakala antara 60 hingga 90 minit bagi laluan rentas daerah.

image.png

Kementerian Pengangkutan berkata, laluan-laluan BAS.MY Kota Setar telah dirancang untuk menghubungkan tempat-tempat tumpuan di sekitar Alor Setar seperti Hospital Sultanah Bahiyah, Pekan Rabu, Stadium Darul Aman, UTC Kedah, institusi-institusi pengajian tinggi seperti UiTM Merbok, POLIMAS.

"Laluan itu turut disediakan untuk ke KTM Alor Setar, KTM Sungai Petani, Terminal Shahab Perdana, Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, dan Jeti Kuala Kedah," katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu,  ia juga menghubungkan Pantai Merdeka dengan Sungai Petani bagi memudahkan orang ramai beriadah di hujung minggu.

Berikut adalah 13 laluan  BAS.MY Kota Setar:

I. K10 Shahab Perdana – Kuala Kedah

II. K20 Shahab Perdana – Jitra

III. K30 Shahab Perdana – Kuala Nerang

IV. K40 Shahab Perdana – Pendang via Simpang Empat

V. K41 Shahab Perdana – Pendang via Kota Sarang Semut

VI. K50 Shahab Perdana – Sungai Petani

VII. K51 Sungai Petani – Tanjung Dawai

VIII. viii.K52 Sungai Petani – Pantai Merdeka

IX. K60 Sungai Petani – Bandar Baharu

X. K61 Sungai Petani –Taman Kelisa

XI. K62 Sungai Petani – Taman Ria Jaya / Taman Batik

XII. K63 Sungai Petani – Bandar Perdana

XIII. K100 Alor Setar Feeder 

image.png

Bagi memudahkan orang ramai menggunakan perkhidmatan BAS.MY Kota Setar, pihak kerajaan telah memperkenalkan inisiatif tambang percuma  kepada golongan warga emas, OKU, pelajar sekolah, dan mahasiswa di universiti, politeknik, kolej komuniti dan matrikulasi melalui Kad Konsesi BAS.MY.

Selain itu, turut diperkenalkan Kad 30 Hari BAS.MY, dimana pengguna yang berdaftar dengan inisiatif ini boleh menggunakan perkhidmatan BAS.MY Kota Setar tanpa had selama 30 hari dengan bayaran sebanyak RM50 bagi tempoh 30 hari. 

Gallery

Tag:

BAS.MY Kota Setar
Ministry Of Transport (MOT)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Operasi inDrive, Maxim Dihentikan: Patuhilah Undang-Undang Malaysia Kalau Nak Operasi!

Operasi inDrive, Maxim Dihentikan: Patuhilah Undang-Undang Malaysia Kalau Nak Operasi!

TPAD kecewa berhubung arahan MOT yang meminta dua penyedia e-hailing antarabangsa, inDrive dan Maxim, menghentikan operasi memandangkan pekerjaan itu adalah punca pendapatan bagi pemandu di luar bandar.

14-05-2025
Berita Auto
Pesawat Terhempas Di Kapar, Rupanya Juruterbang Bawa Agresif, Tahap Alkohol Tinggi

Pesawat Terhempas Di Kapar, Rupanya Juruterbang Bawa Agresif, Tahap Alkohol Tinggi

Juruterbang pesawat Blackshape Gabriél BK 160TR yang terhempas di Kapar, Selangor tahun lalu didapati melakukan gerakan penerbangan agresif.

10-04-2025
Berita Auto
"Penggunaan Soket 3 Pin, USB Dalam Bas Dihentikan Sementara,"- Loke

"Penggunaan Soket 3 Pin, USB Dalam Bas Dihentikan Sementara,"- Loke

Kementerian akan menyediakan spesifikasi untuk pemasangan port USB pada bas menjelang Mei.

18-02-2025
Berita Auto
Penumpang Kereta Pula Wajib Ada Insurans? MOT Sedang Kaji Implikasinya

Penumpang Kereta Pula Wajib Ada Insurans? MOT Sedang Kaji Implikasinya

Kementerian Pengangkutan akan meneliti implikasi mewajibkan penumpang kereta persendirian turut dilindungi oleh insurans kenderaan.

29-11-2024
Berita Auto
JPJ Nak Pastikan Anda Pulang Dengan Selamat, Gigih JPJ Buat Kempen Untuk Korang

JPJ Nak Pastikan Anda Pulang Dengan Selamat, Gigih JPJ Buat Kempen Untuk Korang

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menjalankan Kempen Pulang Dengan Selamat Ke Kampung.MOT

12-04-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Petronas Kurangkan Pekerja: Lebih 5,000 Pekerja Terjejas

Petronas Kurangkan Pekerja: Lebih 5,000 Pekerja Terjejas

Langkah pengurangan pekerja diambil bagi mengurangkan kos susulan kejatuhan harga minyak mentah.

06-06-2025
Berita Auto
Aidiladha: KPN Nafi Keluar Arahan Untuk Adakan Sekatan Jalan Raya

Aidiladha: KPN Nafi Keluar Arahan Untuk Adakan Sekatan Jalan Raya

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menafikan mengeluarkan arahan mengadakan sekatan jalan raya (SJR) bermula tengah malam tadi sempena Hari Raya Aidiladha.

06-06-2025
Berita Auto
Sistem AWAS Guna AI: Saman Lebih Penting Daripada Tangani Punca Kemalangan Sebenar?

Sistem AWAS Guna AI: Saman Lebih Penting Daripada Tangani Punca Kemalangan Sebenar?

Cadangan MOT untuk menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menyaman pemandu yang memandu laju telah mencetuskan kemarahan orang ramai.

06-06-2025
Berita Auto
Perhatian! Kerja Penyelenggaraan Besraya Bermula 3 Jun- 30 Nov Ini

Perhatian! Kerja Penyelenggaraan Besraya Bermula 3 Jun- 30 Nov Ini

Besraya sudah memulakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan secara berjadual di sepanjang Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA).

05-06-2025
Berita Auto
Jualan Proton Melonjak Mei Lalu Sebab  Proton X70, Proton X50 Laku Keras

Jualan Proton Melonjak Mei Lalu Sebab Proton X70, Proton X50 Laku Keras

PROTON melabuhkan tirai untuk bulan Mei lalu dengan mencatatkan 13,328 unit terjual (domestik,eksport, smart, Proton e.MAS), 6.1% lebih tinggi berbanding Mei 2024,

05-06-2025
Berita Auto
BAS.MY Kota Setar: Mudahkan Urusan 28,000 Penumpang, Ada 13 Laluan

BAS.MY Kota Setar: Mudahkan Urusan 28,000 Penumpang, Ada 13 Laluan

BAS.MY KOTA SETAR sudah pun mula beroperasi sejak 1 Jun lalu.

05-06-2025
Berita Auto
Satu Perjalanan Pengangkutan Awam Boleh Kurangkan 300 Kenderaan, - Kata Menteri

Satu Perjalanan Pengangkutan Awam Boleh Kurangkan 300 Kenderaan, - Kata Menteri

Satu perjalanan pengangkutan awam dapat mengurangkan sebanyak 300 kenderaan di jalan raya, sekali gus mengurangkan kesesakan di kawasan sibuk.

05-06-2025
Berita Auto
PM: Cadang Perumahan Rakyat Baharu Dibina Berhampiran Dengan Stesen Pengangkutan Awam

PM: Cadang Perumahan Rakyat Baharu Dibina Berhampiran Dengan Stesen Pengangkutan Awam

Langkah itu dilihat dapat menggalakkan penggunaan perkhidmatan awam di negara ini.

05-06-2025