- Berita
- Kereta Baru
- Dilancar: Maserati GranTurismo Fogore Masuk Malaysia, Kuasa 761 PS, Harga Kayangan -RM998,800
Dilancar: Maserati GranTurismo Fogore Masuk Malaysia, Kuasa 761 PS, Harga Kayangan -RM998,800
Pengimport dan pengedar jenama Maserati tempatan, Naza Italia melancarkan secara rasminya, Maserati GranTurismo Folgore ke pasaran tempatan.
Ia adalah kembar elektrik kepada model Maserati GranTurismo generasi kedua yang telah dilancarkan secara tempatan pada Mac lalu.
Namun ia kini sudah dibuka untuk tempahan di pasaran tempatan, dimana Maserati GranTurismo Folgore ditawarkan pada harga permulaan iaitu RM998,800. Sudah tentu, ini hasil daripada insentif cukai import kerajaan yang masih berjalan untuk kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), walaupun insentif ini dijangka tamat hujung tahun ini.
Sebaliknya, varian petrol dijual bermula dari RM738,800 (Modena) dan RM878,800 (Trofeo). Ingat, kedua-dua harga ini TIDAK TERMASUK duti, cukai dan pilihan tambahan. Seperti biasa bagi kereta sebegini, harga sebenar di atas jalan boleh meningkat dua kali ganda.
Dari segi prestasi pula, ini akan membuatkan anda berasa berbaloi membeli GranTurismo Folgore.
Walaupun kedua-duanya berkongsi rupa bentuk yang serupa, Folgore menggantikan enjin Nettuno V6 dengan pek bateri besar 92.5 kWh dan tiga motor elektrik. Dua motor memacu setiap roda belakang, manakala satu lagi memacu kedua-dua roda hadapan. Ini sekaligus menjadikan kereta ini pacuan semua roda (AWD).
Pendek kata, dengan adanya tiga motor elektrik, ia memberikan kuasa gabungan 761 PS (560 kW), dan tork 1,350 NM. Untuk itu, ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j hanya dalam masa 2.7 saat dengan kelajuan maksimum mencecah 325 km/j.
Di sebalik penampilannya ang ukup memukai, terdapat bateri berkapasiti 92.5 kWh (83 kWh boleh digunakan), selain menawarkan jarak pemanduan sehingga 450 km berdasarkan julat diiktiraf WLTP*.
Dari segi pengecasan, dengan adanya seni bina 800-volt, ia membolehkan coupe EV ini menerima input AC 22 kW dan DC sehingga 270 kW. Pengecasan DC ini mampu mengisi bateri dari 20-80% kapasiti bateri hanya dalam 18 minit.
Kenderaan ini juga mampu menambah julat 100 km hanya dalam lima minit .
Menyentuh ruang kabinnya, ia menampilkan ciri sofistikasi minimalis. Teknologi moden bertemu sentuhan kemewahan dalam rekaan dalaman yang mentakrifkan semula makna kembara mewah, sementara kapasiti ruang bagasi pula seluas 270 liter.
Itulah serba ringkas tentang Maserati GranTurismo Folgore baharu yang kini telah dibuka untuk tempahan melalui Naza Italia. Apa pendapat anda? Mungkinkah ini permulaan kebangkitan semula jenama trident ini? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen…
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/